- Apakah maksud Tawaran Skim Option Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bhg syarikat yg lebih tinggi?
Tawaran Skim Option KWSP bhg syarikat yg lebih tinggi bermaksud majikan menawarkan untuk mencarum sebanyak 3%, 5% & 7% (tertakluk kpd tempoh perkhidmatan) lebih tinggi dari caruman wajib majikan 12% ke dalam akaun KWSP pekerja.
Tawaran option KWSP ini adalah sama kandungannya dengan tawaran pertama dahulu KECUALI kadar faedah sebanyak 4% tahunan diberikan kpd jumlah wang RBTF yg dibekukan
- Apakah wang yg akan diterima oleh kumpulan pekerja selepas 11 Mac 1994 yg memilih Skim Option Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila bersara pilihan atau wajib?
Pekerja yg memilih skim KWSP akan menerima :-
a) Jumlah wang caruman wajib KWSP sumbangan pekerja
b) Jumlah wang caruman KWSP majikan yg lebih tinggi spt para 1 diatas tertakluk pd tempoh perkhidmatan
c) Jumlah wang yg ada dalam akaun Faedah Persaraan (RBTF) semasa setakat yg dibekukan dan diberi faedah tahunan sebanyak 4% berkuatkuasa 1.1.2010.
.
- Apakah wang yg akan diterima oleh pekerja yg memilih skim KWSP jika beliau meninggal dunia, berhenti atau dibuang kerja sebelum usia persaran pilihan atau wajib?
a) Pekerja akan menerima jumlah wang caruman pekerja dan caruman majikan yg lebih tinggi setakat tempoh berhenti atau diberhentikan kerja dalam akaun KWSP. (tertakluk pd tempoh perkhidmatan)
b) Pekerja tidak layak dibayar wang RBTF
c) Wang KWSP ini hanya boleh dikeluarkan setelah mencapai usia persaran pilihan atau wajib serta tujuan lain spt terkandung dlm Akta KWSP 1991
- Apakah maksud Faedah Persaraan (RBTF) semasa yg dibekukan dan diberi faedah tahunan sebanyak 4% berkuatkuasa 1.1.2010?
Terma dan Syarat Perkhidmatan sedia ada TNB memperuntukkan setiap pekerja LLN/TNB yg dilantik sebelum 1.1.2008 LAYAK mendapat sejumlah wang yg diperuntukkan majikan ke dalam tabung Faedah Persaraan (RBTF) apabila mencapai usia persaraan pilihan atau wajib tertakluk kpd syarat-syarat yg ditetapkan.
W/Bagaimanapun wang tersebut hanya layak dibayar apabila pekerja telah mencapai usia bersara wajib. Apabila pekerja memilih option KWSP maka semua jumlah wang yg ada berdasarkan kiraan’ formula’ RBTF dalam akaun tersebut akan dibekukan (freeze) setakat tarikh pemilihan option tetapi majikan akan membayar kadar faedah sebanyak 4% tahunan terhadap wang tersebut.
- Skim option manakah yg paling baik untuk saya pilih?
Skim Option Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Skim option RBTF mempunyai kelebihan dan kekurangan tertentu. Keputusan membuat pilihan option yg sesuai adalah HAK MUTLAK seseorang pekerja kerana ia akan melibatkan masadepan pekerja tersebut.
Pertimbangan
Seseorang pekerja perlu menentukan perkara-perkara berikut sebelum membuat keputusan :-
1) Adakah bercadang untuk bekerja sehingga cukup tempoh persaraan wajib atau pilihan?
2) Adakah mempunyai dedikasi dan komitmen tinggi terhadap kerjaya di TNB?
3) Adakah berniat untuk berhenti, bekerja sendiri atau bertukar ke syarikat selain TNB sebelum mencapai usia persaraan pilihan atau wajib?
4) Jangka hayat usia juga akan menentukan samada pekerja tersebut layak mendapat RBTF atau tidak. Jika kematian berlaku sebelum usia persaraan pilihan atau wajib, maka wang RBTF tidak layak dibayar dan waris pekerja hanya layak mendapat KWSP sahaja.
Sekiranya jawapan soalan 1&2 adalah YA, maka pekerja disarankan mengekalkan RBTF.
Sekiranya jawapan soalan no 1 & 2 TIDAK dan jawapan no . 3 adalah YA, maka pekerja disarankan memilih Option KWSP.
- Apakah maksud Skim Option Faedah Persaraan (RBTF)?
Skim Option RBTF bermaksud sejumlah wang yg diperuntukkan majikan ke dalam tabung Skim Faedah Persaraan berdasarkan kpd kiraan ’formula’ yg ditetapkan dalam Perjanjian Kolektif. (tertakluk kpd faktor ’F’, gaji terakhir dan tempoh perkhidmatan)
2. Apakah wang yg akan diterima oleh pekerja selepas 11 Mac 1994 yg memilih Skim Option Faedah Persaraan (RBTF) apabila bersara pilihan atau wajib?
Pekerja yg memilih skim RBTF akan menerima:-
a) Jumlah keseluruhan caruman wajib KWSP sumbangan pekerja
b) Jumlah keseluruhan wang caruman KWSP wajib majikan yg ditetapkan oleh Akta KWSP 1991(kadar sekarang 12%)
c) Jumlah wang yg ada dalam akaun Faedah Persaraan (RBTF) pekerja tertakluk kpd ’formula’ yg ditetapkan dalam Perjanjian Kolektif setelah ditolak sejumlah wang bersamaan dengan jumlah sumbangan majikan dalam akaun KWSP pekerja.
Formula = “F” x Gaji Terakhir Yang Layak Diterima x Tempoh Perkhidmatan Yang Layak Diambil Kira
(Faktor F ditentukan berdasar tempoh perkhidmatan).
3. Apakah wang yg akan diterima oleh pekerja yg
memilih skim RBTF jika beliau meninggal dunia,berhenti atau
diberhentikan kerja sebelum usia persaran pilihan atau wajib?
a) Pekerja akan menerima jumlah wang caruman pekerja dalam akaun RBTF dan caruman majikan yg ditetapkan oleh Akta KWSP 1991 setakat tempoh berhenti atau diberhentikan kerja.
b) Pekerja tidak layak dibayar wang RBTF
c) Wang KWSP ini hanya boleh dikeluarkan setelah mencapai usia persaran pilihan atau wajib serta tujuan lain spt terkandung dlm Akta KWSP 1991
FAKTA PEMILIHAN OPTION
1. Waris Pekerja yg memilih option KWSP serta berhenti atau dibuang kerja sebelum usia persaran wajib akan menerima jumlah wang KWSP yg tinggi (termasuk dalam kes kematian).
*Tidak layak dibayar RBTF
2. Waris Pekerja yg memilih option RBTF serta berhenti atau dibuang kerja sebelum usia persaran wajib akan menerima jumlah wang KWSP yg rendah berbanding mereka yg memilih option KWSP (termasuk dalam kes kematian).
*Tidak layak dibayar RBTF
3. Pemilihan salah satu option samada RBTF atau KWSP TIDAK menghilangkan kelayakan pekerja untuk mendapat faedah-faedah berikut :-
a) Faedah-Faedah Pengurangan Pekerjaan
b) Faedah-Faedah Kematian
c) Faedah-Faedah Hilang Upaya
4. Mengapa Tawaran Option KWSP Kedua dikeluarkan?
Option KWSP dikeluarkan kali kedua dengan nilai tambah (value added) bayaran faedah 4% secara tahunan untuk RBTF yg dibekukan bertujuan supaya pekerja yg berminat mempunyai pilihan (alternatif) terbaik yang mampu diberikan oleh majikan selain dari skim RBTF sedia ada.
5. Mengapa Kesatuan tidak menetapkan pilihan option kepada ahli-ahlinya?
Pilihan option ini dikeluarkan kepada individu yg layak dan menjadi HAK PEKERJA untuk membuat keputusan muktamad yg tidak boleh ditentukan oleh pihak Kesatuan atau pihak majikan. Penentuan masadepan kerjaya dan jangka hayat pekerja adalah diluar bidangkuasa Kesatuan atau Majikan.
Kesatuan hanya bertanggungjawab memberikan panduan dan info dalam membantu pekerja membuat keputusan muktamad terhadap tawaran option ini.
No comments:
Post a Comment