Wednesday, October 28, 2009

TAWARAN KEDUA OPTION 'A' DAN 'B' ISU KWSP DAN RBTF - BUATLAH KEPUTUSAN YANG BIJAK !

October 2009 : Keputusan telah dicapai dalam mesyuarat antara majikan, Kesatuan dan Persatuan TNB berhubung isu tawaran skim caruman KWSP bahagian syarikat yang lebih tinggi sebagai alternatif kepada skim faedah persaraan sedia ada bagi anggota kerja yang dilantik selepas 11 Mac 1994. Dalam mesyuarat tersebut Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan telah menerangkan rasional tawaran kali kedua dikeluarkan adalah berlanjutan dari permintaan Kesatuan dan Persatuan dalam rundingan tawaran option pertama supaya majikan menimbangkan faedah tahunan diberikan kepada jumlah Faedah Persaraan pekerja yang dibekukan bermula dari tarikh 1 Januari 2010.

Sehubungan itu mesyuarat Lembaga Pengarah telah meluluskan permintaan tersebut dan majikan mengambil inisiatif mengeluarkan tawaran kali kedua yang telah diedarkan kepada pekerja terlibat baru-baru ini. Mesyuarat hari ini juga memutuskan perkara-perkara berikut:-

1. Majikan akan memberikan surat rasmi memaklumkan perincian butiran maklumat tawaran option kedua kepada Kesatuan dan Persatuan.
2. Tempoh tawaran option dilanjutkan sehingga 30 November 2009.
3. Majikan mengekalkan tarikh kuatkuasa pelaksanaan option kedua ini pada 1 Januari 2010.
4. Majikan akan menghantar surat makluman kepada setiap individu kumpulan pertama yang menerima option KWSP, jumlah Faedah Persaraan (RBTF) yang dibekukan dengan kelayakan kadar faedah 4% secara tahunan pada pertengahan bulan December 2009.
5. Majikan juga menghantar Lampiran A (terma dan syarat skim) serta memaklumkan kepada kumpulan yang ditawarkan option kedua, jumlah Faedah Persaraan (RBTF) individu terbabit seawal mungkin.
6. Majikan, Kesatuan dan Persatuan bersetuju tiada lagi tawaran baru berhubung perkara ini dikeluarkan melainkan tertakluk kepada pindaan-pindaan dalam rundingan Perjanjian Kolektif.

Tawaran option ini adalah merupakan 'pilihan' yang perlu diputuskan sendiri oleh ahli-ahli. Semua ahli yang ditawarkan option kali kedua diminta membuat keputusan setelah menerima dokumen-dokumen berikut:-
1. Surat tawaran individu beserta dengan Lampiran A (terma dan syarat skim)
2. Surat Pilihan Tawaran Lampiran B

Ahli-ahli TNBJOU adalah disarankan membuat pilihan yang tepat bersesuaian dengan keperluan masa depan masing-masing samada ingin kekal dalam skim Faedah Persaraan (RBTF) atau menukar ke skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bahagian majikan yang lebih tinggi. TNBJOU akan mengeluarkan soalan dan jawapan (Q&A) berhubung option ini dalam membantu ahli-ahli mendapat pemahaman yang menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan.

Untuk rujukan berikut adalah statistik keputusan tawaran option pertama untuk makluman semua.



BILANGAN PEKERJA
GRED PEKERJA SKIM A (KWSP) SKIM B (RBTF) JUMLAH
TT 1758 1657 3415
TU 2 9 11
TD 288 245 533
PP 655 763 1418
PS 350 371 721
PM 11 25 36
PG 1 0 1
PK 141 243 384
IT 5 3 8
E(Eksekutif) 1152 994 2146
M(Eksekutif) 2 1 3

Jumlah Besar

4365

4311

8676





















No comments:

Post a Comment