Thursday, October 22, 2009
TAWARAN KEDUA SKIM EPF MENGGANTIKAN RBTF. APAKAH MOTIF DAN IMPLIKASINYA PADA PEKERJA, KESATUAN DAN SYARIKAT?
TNB telah mengeluarkan tawaran kali kedua skim caruman Kumpulan Simpanan Pekerja bagi alternatif menggantikan Faedah Persaraan oleh Pengurusan TNB kepada pekerja-pekerja TNB yang dilantik pada atau selepas 11 Mac 1994. Tawaran ini telah diedarkan TANPA PERSETUJUAN dari mana-mana Kesatuan dan Persatuan TNB. Secara nyata dan terang tindakan pengurusan TNB ini telah melanggar dan tidak menghormati Artikel 7 Perjanjian Kolektif antara Kesatuan dan TNB. Perjanjian Kolektif adalah merupakan perjanjian yang dimaktubkan dengan pengesahan undang-undang melalui Mahkamah Perusahaan. Antara lain kandungan Artikel 7 PERJANJIAN KOLEKTIF ANTARA TNB DAN KESATUAN menyatakan :-
ARTIKEL 7- PENGUBAHSUAIAN DAN PINDAAN
1. Perjanjian ini adalah lengkap, muktamad dan penyelesaian secara bersama terhadap semua tuntutan yang dikemukakan kepada Syarikat oleh Kesatuan berhubung dengan Perjanjian ini.
2. Dalam tempoh Perjanjian ini, baik Syarikat mahupun Kesatuan tidak boleh memohon untuk mengubah, mengubahsuai, mengganti, atau menambah mana-mana termanya dengan apa cara jua, kecuali dengan pelaksanaan undang-undang atau persetujuan bersama. Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju mengubah mana-mana terma Perjanjian ini, kedua-dua pihak hendaklah bertemu untuk membincangkan pindaan-pindaan tersebut.
3. Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju mengubah mana-mana terma Perjanjian ini, kedua-dua pihak hendaklah secara bersama mengemukakan perubahan terma-terma Perjanjian ini kepada Mahkamah Perusahaan untuk pengiktirafannya dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Persetujuan dicapai mengenai perubahan tersebut.
Sehubungan itu Jawatankuasa Bersama Kesatuan Dan Persatuan TNB dalam mesyuarat tergemparnya pada petang ini (22.10.09) telah memutuskan secara bersama :-
1. Menghantar surat bantahan rasmi terhadap edaran surat tawaran alternatif EPF menggantikan RBTF
2. Meminta Pengurusan TNB menarik semula pekeliling tawaran tersebut selewat-lewatnya pada 30.10.09
3. Menuntut Pengurusan memberi penjelasan dan mengadakan sesi rundingan rasmi berhubung tawaran kedua ini.
4. Menimbang untuk memulaukan Majlis Perhimpunan Bersama Perdana Menteri pada 31.10.09 sebagai tanda protes terhadap tindakan 'ex-partie' Pengurusan TNB yang melanggar Perjanjian Bersama.
4. Menimbang untuk mengambil tindakan sewajarnya yang perlu berdasarkan peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan undang-undang.
Apakah motif tawaran EPF kedua ini ada kaitan dengan KPI pengurusan TNB dalam mengekang 'staff cost'? Apakah akan ada lagi tawaran baru selepas tawaran kedua ini? Dimanakah letaknya Integriti syarikat yang sering dilaung-laungkan? Amat nyata sekali sejak akhir-akhir ini kebajikan pekerja dan Perhubungan Perusahaan bukan lagi menjadi keutamaan kepada pengurusan TNB yang ada pada masa ini. Ramai ahli yang menolak dan menerima tawaran option pertama merasa kesal dengan apa yang berlaku ini kerana merasakan ada sesuatu motif terselindung disebalik tawaran kali kedua ini. Sekiranya tindakan Pengurusan ini diizinkan terus berlaku, maka ia akan menjadi 'Precedence' kepada tindakan pindaan artikel-artikel lain Perjanjian Kolektif secara sewenang- wenangnya dan mengenepikan kehendak undang-undang. Kesatuan sama sekali tidak akan membiarkan perkara ini dari terus berlaku . Pemimpin Kesatuan dan Persatuan TNB akan mendapatkan maklumat terperinci dan berunding mengenai tawaran ini sebelum mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli-ahli.
Kesatuan dan Persatuan meminta ahli-ahli menangguhkan sebarang keputusan berhubung perkara ini sehingga pihak Kesatuan dan Persatuan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sekarang ini nampaknya pihak pengurusan seringkali membuat keputusan yang melibatkan terma dan syarat perkhidmatan yang membelakangkan Kesatuan. Tindakan pengurusan itu seperti menidakkan pengiktirafan bersama yang telah di persetujui melalui Perjanjian Kolektif yang telahpun di sempurnakan. Langkah yang di ambil oleh pengurusan dengan cara mendapatkan kelulusan di pihak Lembaga Pengarah terlebih dahulu tanpa bersemuka dengan Kesatuan secara tidak langsung membayangkan pengurusan sekarang ini tidak mahu berhadapan dengan Kesatuan seolah olah ingin mencabar atau ingin menutup kelemahan pengurusan sendiri. Apakah cara begini membayangkan kepimpinan sekarang yang sedia ada merestuinya?
ReplyDeleteMajlis Perundingan Bersama sepertimana yang termaktub dalam Perjanjian Kolektif haruslah di fungsikan bagi menjamin kesejahteraan serta keharmonian iklim perhubungan perusahaan.
Sikap saling menghormati, perlulah kita tingkatkan bukan dengan cara membelakangkan hak sesuatu pihak dapat menjamin keharmonian yang sudah terbentuk pada sekian lama. Bagi memulihkan perhubungan perusahaan yang harmoni sudah tentu ia memerlukan masa yang agak panjang....tak tahu berapa nilainya?
bawak je ke mahkamah! jgn bagi muka mngmnt TNB ni..kalau mcm ni tak payah buat CA lah..kalo union dolu2 dah piket dah...apa yg CK bagi kita semua ambek je...yg mampos kita kat bwh ni...keja mati-mati nak dpt KUP pun susah..interview 4 kali pon tak dpt2...org atas apa tahu?
ReplyDelete