Monday, June 24, 2013

STATUS KAJIAN PELARASAN GAJI OLEH HAY CONSULTANT



1. Pertanyaan yang dikemukakan oleh Cawangan-Cawangan dan ahli-ahli berhubung status kajian pelarasan gaji oleh pihak HAY Consultant adalah dirujuk. Perjumpaan Presiden TNBJOU & Presiden KPPPTNB dengan Naib Presiden Sumber Manusia Y.Bhg Datuk Mohamad Razif Abdul Rahman pada 10 June 2013 di pejabatnya adalah juga berkaitan.

2. Naib Presiden Sumber Manusia telah memaklumkan pihak Hay Consultant kini dalam peringkat akhir menyediakan kajian pelarasan gaji. Pihak HAY Consultant juga dijadualkan akan mengadakan perjumpaan pada akhir Jun 2013 dengan Y.Bhg Dato Seri Azman Mohamad – Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif untuk melaporkan hasil kajian tersebut bagi suatu keputusan.

3. Seterusnya pihak HAY Consultant dilaporkan akan membentangkan hasil kajiannya kepada pihak Kesatuan pada awal bulan July 2013 untuk suatu perbincangan lanjut.

4. Perlu ditegaskan dalam pertemuan itu, Naib Presiden Sumber Manusia tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung penetapan tarikh-tarikh tertentu untuk tujuan pembayaran.

5. Untuk makluman semua ahli-ahli TNBJOU, pihak Naib Presiden Sumber Manusia & pihak HAY Consultant telah memaklumkan kepada Kesatuan di mesyuarat bulan March 2013, tempoh kajian pelarasan gaji ini akan mengambil masa 16 minggu dan mensasarkan dimuktamatkan pada akhir bulan July 2013.

6. Juga ditegaskan semua maklumat terperinci dan hasil kajian pihak HAY Consultant belum lagi dibincangkan kepada mana-mana Kesatuan.

7. Pihak TNBJOU berharap ahli-ahli tidak menyebarkan atau terpengaruh dengan sebarang khabar angin berhubung kajian HAY Consultant. Kesatuan akan memaklumkan sebarang maklumat rasmi berhubung kajian tersebut sebaik sahaja ianya diperolehi dari pihak Pengurusan.

Sekian untuk makluman semua Cawangan dan ahli-ahli TNBJOU.

Yang Benar

Mohd Roszeli Majid
Presiden TNBJOU