Sunday, August 30, 2009

Dato Sidek & Dato Razak Bersara........



Satu majlis perpisahan persaraan Naib Presiden Kanan Dato Sidek dan Dato Razak telah diadakan di foyer TNB Ibu Pejabat pada jumaat 28 Ogos 2009. Pemimpin TNBJOU turut hadir mengucapkan selamat bersara kepada kedua-dua pemimpin ulung TNB yang telah berkhidmat dan banyak berjasa kepada seluruh anggota kerja dan organisasi semenjak dari era 70an. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi TNB-Tan Sri Leo Moggie, CEO-Dato Sri Che Khalib, pegawai-pegawai kanan serta anggota kerja TNB.

TNBJOU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua-dua mereka di atas jasa dan perkhidmatan yang telah diberikan terutama dalam menjalin hubungan yang baik dengan Kesatuan ini. Selamat maju jaya dalam apa juga lapangan yang diceburi dan semuga Allah memelihara kesihatan kedua-dua mereka.

MAKLUMAN TERKINI BERHUBUNG RBTF

RBTF.

Option exercise kedua akan dibuat kepada lebih kurang 50% yang masih belum menerima EPF yang tinggi atas dasar Board telah setuju untuk memberikan faedah 4% setahun keatas nilai yang dibekukan. Kepada yang telah menerima option A julai lalu akan menerima faedah yang serupa. Lain-lain syarat masih kekal. Board merasakan option yang diberi merupakan satu effort yang positive kepada Syarikat. Option ini akan dilaksanakan selama sebulan dan dijangka pada bulan September atau Okober.09

My Friend Views

Assalamualaikum & Salamsejahtera

Rakan-rakan Kesatuan/Persatuan TNB yang saya hormati,

Pegurusan, telah mengambil keputusan untuk membuat tawaran kedua bagi opsyen Skim KWSP menggantikan skim RBTF. Pada mata kasar, ianya nampak seperti baik kerana 4% dividen (interest) setahun diberi kepada anggota kerja bagi jumlah ”RBTF” yang dibekukan.

Walaubagaimanapun, sekira dilihat secara halus, dalam surat tawaran, jumlah ”RBTF” yang dibekukan itu (walaupun termasuk dividen atau interest), hanya akan didapati oleh warga kerja sekiranya dia BERSARA dari TNB. Sekiranya dia berhenti dari TNB, walaupun pada usia persaraan pilihan, dia tidak akan dapat jumlah ”RBTF” yang dibekukan itu (walaupun termasuk dividen atau interest).

Dari pengiraan kita dulu, jumlah RBTF memang jauh lebih banyak daripada tambahan KWSP (3%, 5%, 7%) dan jumlah yang dibekukan.

Kita perlu ingat bahawa ahli-ahli kita yang mula bertugas selepas 1990, tidak mempunyai pencen, tidak mempunyai manfaat perubatan selepas persaraan. Maka, jumlah wang dalam KWSP dan juga RBTF adalah jumlah wang yang mereka ada untuk hidup selepas persaraan.

Dengan kos kehidupan dan kos perubatan yang semakin meningkat setiap hari, berapa lamakah ahli-ahli kita mampu hidup diatas paras kemiskinan selepas persaraan dengan kos yang semakin meningkat ini.Yang penting, kita pastikan bahawa manfaat yang mereka dapat selepas bersara (KWSP, RBTF), memadai untuk mereka hidup selepas bersara.

Pada masa perudingan CA dahulu, kita setuju dengan cadangan memberi opsyen skim KWSP lebih tinggi menggantikan RBTF, tetapi kita tidak pernah setuju dengan butir-butir opsyen.

RBTF dan KWSP adalah merupakan artikel CA. Sebelum Pengurusan menawarkan ”pusingan ke-2”, tawaran skim skim KWSP lebih tinggi menggantikan RBTF, sepatutnya mereka berbincang dan beruding dengan kesatuan/persatuan mengenai butiran tawaran yang akan diberikan, dan bukan membuat keputusan sebelah pihak.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru Kesatuan/Persatuan mengambil serius perkara ini, dan mencadangkan kepada Pengurusan bahawa Tawaran tersebut perlu dibincangkan dan dipersetujui bersama sebelum dilaksanakan.

Antara cadangan yang saya mahu anjurkan bagi tawaran tersebut ialah :

Jumlah RBTF yang di”Beku” kan, di bayar secara berperingkat kedalam KWSP anggota kerja dalam masa 3 tahun selepas menerima tawaran

  1. Kenaikan gaji sebanyak 15% daripada gaji asas kepada yang menerima tawaran pada masa tawaran diterima.
  2. Tambahan 3%, 5%, dan 7% KWSP dikekalkan seperti tawaran terdahulu
  3. Dividen atau interest sebanyak 4% diberi kepada Jumlah RBTF yang di”Beku” kan yang masih belum dibayar dalam tempoh 3 tahun tersebut.

Apa yang penting, dalam skim alternatif ini, jumlah wang terkumpul bagi ahli pada masa persaraan tidak banyak bezanya daripada sekiranya dia terus kekal dalam RBTF.

Saturday, August 29, 2009

TNB BAYAR BONUS SYARIKAT

TAHUN KEWANGAN 2008/2009

(0.40 BULAN GAJI POKOK)


28 Ogos 2009 Kuala Lumpur - Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan TNB – Tn Hj Muhammad Razif Abdul Rahman memaklumkan kepada pemimpin Kesatuan/Persatuan TNB bahawa Ahli Lembaga Pengarah TNB telah meluluskan pembayaran Bonus Syarikat tahun Kewangan 2008/2009 bersamaan dengan 0.40 bulan gaji pokok berdasarkan kepada gaji pokok yang telah dibayar pada bulan Ogos 2009 tertakluk kepada bayaran minimum sebanyak RM500.00 dan bayaran maksimum sebanyak RM2500.00. Pembayaran Bonus Syarikat ini adalah bagi tempoh 1 September 2008 hingga 31 Ogos 2009 (Tahun Kewangan 2008/2009) kepada semua pekerja TNB yang layak.

Bonus Syarikat ini tidak berdasarkan kepada PMS tetapi dibayar kepada semua pekerja yang layak. Pembayaran Bonus Syarikat ini adalah sebagai ganjaran tambahan untuk menghargai sumbangan pekerja-pekerja TNB supaya terus berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Semua pekerja tetap dan kontrak yang dilantik oleh TNB yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan dalam Tahun Kewangan 2008/2009 adalah layak dibayar Bonus Syarikat ini. Pembayaran Bonus Syarikat ini juga adalah tertakluk kepada potongan cukai pendapatan dan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Pembayaran Bonus Syarikat dijangka akan dapat dilakukan pada atau selepas 16 September 2009 kepada semua pekerja yang layak. TNBJOU merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Ahli Lembaga Pengarah Dan Pengurusan TNB melalui pengumuman awal ini yang sememangnya sedang ditunggu-tunggu oleh anggota kerja .


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BERSAMA KESATUAN DAN PERSATUAN TNB 2009


Langkawi, Kedah : Jawatankuasa Perjanjian Kolektif TNBJOU turut serta dalam Program Latihan Dalam Perkhidmatan Bersama Kesatuan dan Persatuan TNB yang dianjurkan oleh TNB bermula dari 17 hingga 20 Ogos 2009 di hotel Bayview, Langkawi, Kedah. Selain dari TNBJOU, program tersebut turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja (KPPPTNB), Persatuan Eksekutif (PETNB) dan Persatuan Unit Keselamatan TNB (PERUNIKA). Program telah dirasmikan oleh Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan TNB – Tn Hj Muhammad Razif Abdul Rahman. Pembentangan Kertas Kerja pertama disampaikan oleh Pengurus Besar Regional Syarikat SHELL Malaysia dan Pengurus Besar Perjawatan Sumber Manusia TNB dengan tajuk Performance Management System dan diikuti oleh Konsultan Perhubungan Perusahaan dan Pengurus Besar Hal Ehwal Dalaman (HED) dengan Kertas Kerja Prosedur Disiplin. Kesatuan dan Persatuan telah menjalankan sesi bengkel (workshop) pada hari kedua dengan melakukan percambahan fikiran (brainstorming) mengupas isu berkaitan Performance Management System dan Prosedur Disiplin TNB. Satu memorandum yang dipersetujui bersama Kesatuan dan Persatuan telah disiapkan untuk diserahkan kepada pengurusan TNB dalam masa terdekat dengan tujuan memberi input dan penambah baikan terhadap kedua-dua isu yang dibincangkan.


Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari