4 November 2009 : Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak – Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Kesatuan dan Persatuan TNB yang terdiri dari TNBJOU,KPPPTNB,PETNB dan PERUNIKA di bilik mesyuarat pejabat Perdana Menteri, Tingkat 4, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Sdr Md Zamri Yasin - Presiden TNBJOU, Sdr Abu Hussin Nikmat-Presiden KPPPTNB, Sdr Abd Shukur Hassan–Yang DiPertua PETNB dan Sdr Nekmat Mohd Seh–Yang DiPertua PERUNIKA telah hadir bersama-sama dengan 27 Pegawai Utama Kesatuan dan Persatuan ke pejumpaan tersebut.
|
|
Perdana Menteri turut bersama-sama dengan pimpinan Kesatuan dan Persatuan menikmati juadah sarapan pagi yang disediakan. Keprihatinan Perdana Menteri terhadap isu-isu yang dibangkitkan amat terserlah dengan memberikan ruang kepada pemimpin Kesatuan dan Persatuan meluahkan isu-isu yang dibangkitkan secara satu persatu. Perdana Menteri juga mencatitkan beberapa maklumat yang diperolehi dan memaklumkan akan meneliti isu-isu yang dibangkitkan dan menimbang tindakan sewajarnya. Kesatuan dan Persatuan TNB merakamkan penghargaan dan terima kasih terhadap Perdana Menteri atas kesudian mendengar dan berbincang mengenai isu-isu yang dibangkitkan. Semuga satu penyelesaian dapat diusahakan supaya Kesatuan dan Persatuan dapat bersama-sama menjayakan slogan 1Malaysia, 1TNB dengan kerjasama rapat pemimpin negara.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDalam banyak2 isu tsbt,nampaknya PMS paling kritikal....isu umur 58 tu apa PM komen?
ReplyDeletebetul tu...pms mmg ntahapa-apantah..mengikut quota pulak
ReplyDeletePMS telah banyak di perkatakan setiap kali kita bermesyuarat dengan pihak HR. Perkara yang sama dari tahun sehingga ke tahun lainnya, namun kaedah perlaksanaannya masih sama sepertimana yang telah di majukan kepada pihak HR. Saya kurang yakin atau pihak HR yang kurang yakin untuk membuat sesuatu yang lebih baik kerana pada pemikiran HR hanya pihak Kesatuan saja yg melaungkan pemasalahaan ini. Sedangkan ahli-ahli cuma berdiam diri tak banyak rungutan?
ReplyDeleteWalaubagaimanapun Kesatuan telah membuat kajian secara sendiri bagi mendapatkan maklumat dan data berkaitan PMS secara maklumbalas melalui Borang Kaji Selidik secara rambang.....mungkin ini akan dapat membantu pihak HR?
Persoalanya bilakah ianya akan selesai kerana sudah lama kita semua merana
ReplyDeleteBetui saya juga setuju tentang masalah PMS yg xselesai2 setelah sekian lama disuarakan oleh pekerja... termasuklah dipejabat saya... ingin saya menambah tentang pms ini, kini ada pula proses calibration.. Apakah maksud sebenar proses calibration ini jika pekerja bukan eksekutif markah akan dipotong sehingga 10% & tidak ada satupun drpd kami yg markahnya dinaikkan... akan tetapi pekerja eksekutif pula banyak yg markah mereka dinaikkan, kalo ada yg dipotong pun hanya 5% sahaja(2-3org shj)... apakah jenis keadilan yg digunakan oleh syarikat ni???? cakap kpd pekerja kata semua org dipotong sama 10% krn calibration.. tetapi hakikat sebenarnya lain... saya bercakap berdasarkan fakta..
ReplyDeletesakit & pedih betul hati saya bila melihat fakta tersebut.....
ReplyDeleteTuan-tuan semua, Isu PMS ini kita perlu lihat secara menyeluruh...usah lihat disekitar sahaja. Ianya melibatkan semua pekerja tidak kira eksekutif ataupun bukan. tanggapan bahawa pemotongan hanya berlaku kepada bukan eksekutif adalah meleset sama sekali. Yang penting kita bersatu dan berjuangkan kepada kebaikan dan keadilah . Tidak perlu buat perbazaan tanpa sebab...ianya akan hanya melemahkan kita..UNITY is STRENGHT...Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Wassalam
ReplyDelete