Friday, December 23, 2011

Dari Meja Presiden TNBJOU


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & salam sejahtera,

Tahun 2011 akan melabuhkan tirainya dan tahun baru 2012 bakal menjelma. Terlalu banyak cabaran dan halangan yang telah dilalui bersama oleh TNB & TNBJOU dalam meniti usia yang sama 64 tahun. Meskipun tahun 2010 adalah tahun paling sihat & cemerlang dalam sejarah TNB namun kecemerlangan itu tidak dapat bertahan lama kerana dalam sekelip mata kini syarikat yang kita sayangi ini sedang mengalami denyutan nadi yang semakin lemah kerana ditekan kiri & kanan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Umum mengetahui TNB telah terbeban & membelanjakan 78.3 billion untuk tempoh 2001-2010 bagi membayar IPP. Kini isu kekurangan bekalan gas bersubsidi pula dilaporkan telah menjadikan kedudukan kewangan Syarikat merundum secara drastik. TNB terpaksa membelanjakan 5 hingga 6 kali ganda kos bahan api alternatif (distillates) untuk memastikan bekalan elektrik negara tidak terputus.

Kesan kegawatan kewangan Syarikat kini turut menjejaskan pekerja & menimbulkan persoalan terhadap masa depan Syarikat. Kesatuan amat memandang serius situasi ini & akan berusaha memastikan pekerja terus kekal menikmati terma & syarat perkhidmatan yang ada. Kesatuan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam mempertahankan TNB dan hak-hak pekerja. Sekiranya situasi semasa TNB ini dibuktikan mempunyai kaitan dengan penyelewengan atau kelemahan perancangan oleh mana-mana pihak maka Kesatuan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjamin pekerja & Syarikat dilindungi.

Isu bayaran Bonus tahunan hanyalah merupakan isu tahunan yang dikendalikan Kesatuan tetapi isu sebenar yang perlu difahami ialah survival Syarikat meneruskan peranannya sebagai operator tunggal dalam industri perbekalan elektrik negara. Banyak pihak opportunis berminat untuk melihat TNB dipecah-pecahkan. Hakikatnya TNB yang terus diasak ketika hayatnya mencecah 64 tahun amat memerlukan sokongan padu semua pekerjanya.

Dalam masa yang sama ramai dikalangan pekerja TNB mula mempersoalkan perancangan yang dibuat oleh TNB sendiri dalam menghadapi krisis bekalan gas. Sumber memaklumkan pihak Petronas telah membuat perancangan sejak sekian lama dalam urusan perbekalan gas dan perkara ini dimaklumi TNB sendiri. Teka teki pekerja ini bertambah kukuh bila CEO Petronas secara terbuka menyalahkan Pengurusan TNB sebagai tidak cekap melalui kenyataan media yang dibuatnya baru-baru ini. Kesatuan mengharapkan pihak TNB mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengembalikan keyakinan pekerja terhadap kredibiliti teraju utama TNB yang hanya berdiam diri bila dicemuh sedemikian rupa. Malangnya tiada mana-mana pihak dalam TNB yang berani menangkis cemuhan tersebut melainkan hanya memberikan penjelasan-penjelasan secara tertutup yang tidak mampu menjawap persoalan utama yang dibangkitkan oleh pihak Petronas.

TNB bukan sahaja mengalami kegawatan kewangan kesan dari kontrak IPP dan isu kekurangan bekalan gas malahan sedang menghadapi krisis keyakinan pengguna yang dicetuskan oleh pihak Petronas. Sehubungan dengan itu pihak Kesatuan dan Persatuan TNB mengorak langkah menyusun perancangan untuk bersemuka dengan pihak Petronas bagi mendapatkan penjelasan sebenar terhadap isu kekurangan bekalan gas dan sebab musababnya. Kita mahu semua pihak berlapang dada bagi membuka ruang untuk Kesatuan dan Persatuan mendapatkan klarifikasi dari semua pihak. Usaha ini diharap dapat memberikan jawapan sebenar dan memulihkan semangat pekerja yang kian luntur akibat kesan krisis demi krisis yang berlaku hingga imej syarikat tercalar di dalam dan luar TNB. Maklumat yang diterima dari sumber TNB dan stesen janakuasa yang menggunakan bahan alternatif (disstillates) juga menunjukkan industri perbekalan elektrik negara kini turut berada dalam situasi yang amat bahaya. Beberapa setesen janakuasa yang direkabentuk menggunakan gas tetapi kini menggunakan bahan alternatif (disstillates) berada dalam keadaan kritikal kesan dari hampir setahun menggunakan bahan alternatif yang telah berlarutan. Kemungkinan negara akan berdepan dengan kejadian tertupus bekalan elektrik akibat kerosakan stesen janakuasa gas adalah amat tinggi jika masalah ini gagal ditangani segera oleh pihak-pihak yang berkiatan bagi mengelakkan satu musibah besar berlaku kepada negara.

Ahli-ahli diminta terus memberikan sokongan teguh kepada TNBJOU dalam mengharungi situasi getir ini. Sejarah telah membuktikan tiada Kesatuan Sekerja di dunia ini yang mahu menghancurkan sesebuah syarikat. Sebaliknya banyak syarikat unggul di dunia rebah & tersungkur ditangan pihak-pihak yang menyokong atas kepentingan peribadi hingga membawa kepada robohnya sesebuah Syarikat.


PERHIMPUNAN PERDANA KESATUAN & PERSATUAN TNB
15/12/11 Kuala Lumpur-Kira-kira 500 ahli Kesatuan & Persatuan TNB (TNBJOU,PETNB,K3P) telah menghadiri Perhimpunan Perdana yang diadakan di Dewan Serbaguna TNB. Program yang diusahakan oleh Jawatankuasa Bersama Kesatuan & Persatuan TNB telah berjalan dengan lancar & mendapat sokongan ahli-ahli TNBJOU,K3PTNB & PETNB.

Amat membanggakan kerana terdapat juga ahli-ahli Kesatuan & Persatuan TNB yang sanggup datang jauh termasuk dari Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah, N.Sembilan,Johor, Pahang untuk turut sama hadir menyokong program tersebut. Sdr Abu Hussin Nekmat-Presiden K3P, Tn Hj Shukur (YDP PETNB) & Sdr Mohd Roszeli Majid (Presiden TNBJOU) telah mengulas isu-isu semasa berdasarkan perspektif Kesatuan & Persatuan. Perhimpunan ini merupakan langkah permulaan yang diusahakan Kesatuan & Persatuan TNB bagi memberikan informasi terkini situasi syarikat kepada ahli-ahli dalam usaha membentuk benteng pekerja bagi mengharungi cabaran dan rintangan menjelang tahun 2012 . Kesatuan & Persatuan TNB merancang untuk memperluaskan sesi program tersebut ke seluruh negeri dalam masa terdekat

LAWATAN KERJA KESATUAN & PERSATUAN TNB KE PETRONAS GAS

Seramai 16 pemimpin utama Kesatuan & Persatuan TNB akan membuat lawatan kerja ke Petronas Gas Kerteh, K.Terengganu pada 28/12/11 bagi mengenalpasti punca sebenar yang menyebabkan krisis bekalan gas yang kini menggugat kewangan TNB. Adalah penting bagi Kesatuan & Persatuan mendapatkan kesahihan & penjelasan semua pihak sebelum sesuatu tindakan susulan diusahakan.

(petikan dari E-Fokus Dec 2011)

Wednesday, December 21, 2011

KESATUAN & PERSATUAN TNB (TNBJOU,K3P,PETNB) MENCARI KEBENARAN DI PETRONAS GAS....


21 December 2011- Tenaga Nasional Junior Officer Union, Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB & Persatuan Eksekutif TNB akan mengadakan Lawatan Kerja ke Loji Petronas Gas, Kerteh, Terengganu pada 28 December 2011 bagi mendapatkan maklumat berhubung isu-isu berkaitan bekalan gas antara TNB dan Petronas. Lawatan Kerja ini akan dihadiri 16 Pemimpin Utama Kesatuan dan Persatuan TNB. Berdasarkan urusan yang selesai dimuktamadkan dengan pejabat CEO Petronas dan Petronas Gas, program lawatan kerja tersebut akan membuka ruang kepada pemimpin Kesatuan dan Persatuan TNB untuk memahami operasi Petronas Gas.

Baru-baru ini CEO Petronas telah mengeluarkan kenyataan media yang merujuk kepada pengurusan TNB sebagai tidak cekap. Adalah penting bagi Kesatuan dan Persatuan TNB mendapatkan penjelasan dari pihak tersebut bagi mengelakkan tuduhan tersebut dari terus mencemar dan menjejaskan imej syarikat dan pekerjanya. Lawatan ini juga adalah sebagai menyambut cabaran CEO TNB semasa merasmikan Persidangan PERUNIKA di Johor Baharu baru-baru ini dimana beliau mengulas secara sinis dengan mengatakan Kesatuan dan Persatuan TNB hanya merupakan 'jaguh dalaman' tetapi tidak melakukan apa-apa apabila Pengurusan TNB dituduh sebagai tidak cekap oleh Petronas.

Disamping itu, Kesatuan dan Persatuan TNB akan mendapatkan info terkini berhubung krisis bekalan gas dan mengenalpasti punca masalah sebenar yang berlaku supaya tidak mudah terkeliru dengan kenyataan demi kenyataan dari mana-mana pihak tanpa menyelidiki sendiri kesahihan faktanya yang dinyatakan.

Program lawatan ini juga bertujuan memperkukuhkan ikatan ukhuwah antara Kesatuan/
Persatuan TNB dan Kesatuan Pekerja Petronas - KAPENAS. Sehubungan dengan itu Kesatuan / Persatuan TNB akan mengadakan majlis Ramah Mesra dan jamuan makan malam bersama pegawai-pegawai Kesatuan KAPENAS.

Perancangan juga sedang dilakukan untuk membolehkan 16 pemimpin utama Kesatuan/
Persatuan TNB mengadakan sesi taklimat dan perjumpaan dengan ahli-ahli di Stesen Janaletrik PAKA, Terengganu terhadap isu-isu semasa di TNB.

Kesatuan / Persatuan TNB akan bergerak ke selatan tanahair mulai pertengahan bulan Januari 2012 bagi Program Taklimat Bersama Kesatuan dan Persatuan dalam usaha mempertingkatkan kesedaran ahli-ahli terhadap isu-isu semasa yang sedang dihadapi TNB. Semua program yang dirancang adalah usaha yang akan dijayakan bersama dan telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Kesatuan dan Persatuan TNB yang bermesyuarat pada 21/12/11 di pejabat TNBJOU.

Ahli-ahli akan dimaklumkan dari masa kesemasa jadual program lawatan pemimpin Kesatuan dan Persatuan ke kawasan masing-masing melalui pegawai-pegawai cawangan Kesatuan dan Persatuan.

Friday, December 9, 2011

SELAMATKAH KITA WAHAI PEKERJA?


Kita sebagai pekerja perlu bimbang dengan perkembangan mutakhir yang menimpa pekerja negara terutama di syarikat GLC. Pindaan Akta Kerja 1955 baru sahaja diluluskan pada bulan Oktober di Parlimen yang antara lain menimbulkan ancaman ‘contractor for labour’ atau pelaksanaan skim kerja secara kontrak yang bakal menghapuskan jaminan pekerjaan tetap dimasa depan.

Pada tahun ini sahaja beberapa syarikat GLC bergoncang kerana perubahan dasar yang dibuat oleh kerajaan melalui plan Tranformasi Negara yang antara lain melibatkan Pos Malaysia, MAS, Air Asia, Telekom, KTMB & TNB. Pos Malaysia pada awal tahun ini telah dijual kepada Al-Bukhary Group dan menyebabkan ketidak tentuan kepada kedudukan keahlian 7 union di dalam syarikat tersebut. Berdasarkan peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967-sesuatu Kesatuan itu perlu mendapat pengiktirafan semula bila syarikat berpindah tangan bagi melayakkan mereka mengujudkan semula Perjanjian Bersama.

AirAsia pula yang merupakan milik taikun Tony Fernandes telah berjaya melobi pihak-pihak tertentu hingga melayakkan mereka mengujudkan kerjasama dan seterusnya pengambilalihan saham syarikat gergasi penerbangan Negara – MAS. AiaAsia cukup terkenal dengan polisi ‘Union Busting’ atau anti Kesatuan Sekerja sehinggakan mana-mana pekerja yang merancang menubuhkan Kesatuan Sekerja telah dikenakan tindakan termasuk dibuang kerja. Penggabungan ini mendapat tentangan hebat dari dua kesatuan induk di dalam MAS tetapi akhirnya ianyanya tidak dapat dihalang lagi sehinggalah termenterai perjanjian antara MAS dan AirAsia baru-baru ini. Nasib lebih dua puluh lima ribu pekerja MAS kini terumbang-ambing menunggu penyusunan semula organisasi penerbangan Negara.

Telekom Malaysia (TM) pula mengalami penguncupan pekerja tetap secara drastik kerana perubahan polisi yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut. Banyak bahagian yang telah diswastakan dan kerja-kerja ‘outsourcing’ atau kontrak dilakukan dengan meluas.Beberapa anak syarikat milik TM kini telah berpindah tangan kepada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dengan orang-orang politik tertentu dalam kerajaan.

Minggu lepas pekerja Keretapi Tanah Melayu (KTMB) dikejutkan dengan pengumuman untuk menswastakan sekali lagi Keretapi Tanah Melayu kepada sebuah syarikat pengendali keretapi express. Terdapat kira-kira lebih dua puluh ribu pekerja KTMB yang kini semakin gelisah atas ketidak tentuan yang ujud kesan dari berita tersebut. Kesatuan KTMB telah bersuara membantah dasar tersebut dan sedang ‘berperang’ dengan pihak pengurusan KTMB bagi menghalang hasrat penjualan kepentingan KTMB kepada pihak-pihak yang berkepentingan.

Malahan industri perbankkan juga sedang mendakapi situasi yang merbahaya kepada pekerja. EON Bank yang baru sahaja diambilalih oleh Hong Leong Bank sejak 6 bulan lalu kini sedang giat menawarkan skim pemisahan pekerjaan atau VSS. Mana-mana pekerja yang ditawarkan VSS kini berada dalam delema samada untuk menerimanya ataupun menolaknya. Natijahnya keputusan menawarkan VSS tersebut tidak dibuat mengikut amalan wajib sebagaimana kelazimannya. Ianya mendapat kelulusan Bank Negara dan pihak Kementerian Tenaga Kerja tanpa merundingkannya terlebih dahulu dengan Kesatuan sekerja NUBE yang menjadi wakil sah pekerja disisi undang-undang.

Melihat semula pengujudan ‘MY Power’ melalui Jawatankuasa PEMANDU, amatlah jelas isyarat telah terpampang iaitu satu tanda terhadap idea pemecahan TNB sebagai monopoli tunggal dalam industri perbekalan elektrik Negara. Kenyataan demi kenyataan dari pelbagai pihak termasuk semasa persidangan yang baru berlalu menunjukkan pihak-pihak yang berminat untuk mengambil alih TNB telahpun berjaya mengetuk pintu TNB. Halangan terbesar yang masih menghantui pihak-pihak tersebut adalah Pengurusan dan pekerja TNB. Kini TNB pula dilanda masalah dengan pihak PETRONAS berhubung bekalan gas hingga menyebabkan kewangan TNB merundum secara tiba-tiba. Sesuatu yang bukan rahsia bila satu forum yang diadakan di hotel J.W.Marriot Kuala Lumpur baru-baru ini telah menampilkan beberapa sampling model pelaksanaan pemecahan kuasa monopoly dalam industri bekalan elektrik. Tibalah masanya semua pihak dalam TNB menggembling tenaga dan menyusun langkah bagi membentuk benteng mempertahankan syarikat warisan yang telahpun berusia 64 tahun ini. Bersama kita pertahankan TNB dari dirampas oleh pihak yang berkepentingan. Semuga Allah selamatkan syarikat TNB dan pekerjanya...InsyaAllah

Wednesday, December 7, 2011

PERHIMPUNAN PERDANA KESATUAN & PERSATUAN TNB - ISU-ISU SEMASA PEKERJA & TNB



PERHATIAN UNTUK AHLI-AHLI PETNB,K3P & TNBJOU!
JAWATANKUASA BERSAMA KESATUAN & PERSATUAN TNB (PETNB,K3P,JOU) DALAM MESYUARATNYA HARI INI (9/12/11) MEMUTUSKAN MEMINDA TARIKH PROGRAM PERHIMPUNAN PERDANA DARI 13/12/11 KE 15/12/11 (KHAMIS) DI LOKASI DAN MASA YANG SAMA SEPERTI DALAM POSTER BERIKUT.
*Perubahan tarikh adalah bersempena dengan tarikh Mesyuarat AGM TNB yang akan diadakan pada sebelah pagi tarikh & lokasi yang sama. Sila maklumkan pindaan tarikh ini kepada rakan-rakan anda.

J/Kuasa Bersama juga telah menerima surat akuan pembayaran interim bonus dan komitmen majikan pada 7/12/11. Sehubungan itu J/Kuasa Bersama telah memajukan surat maklumbalas menyatakan 4 ketetapan untuk ditimbangkan semula oleh Lembaga Pengarah yang akan bermesyuarat menjelang Mesyuarat AGM TNB.

4 Ketetapan yang telah diputuskan secara konsensus oleh Jawatankuasa Bersama Kesatuan dan Persatuan adalah seperti berikut :-

i) Bayaran Pendahuluan (Interim) sebanyak 1 bulan gaji pokok dengan kadar minima RM1,000.00 dan dibayar pada 22 Disember 2011.
ii) Bayaran Bonus Prestasi muktamad hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada Feb 2012.
iii) Bayaran bonus muktamad tahun Kewangan 2010/2011 adalah sepertimana yang terkandung dalam memo dengan rujukan AJK-KES/PER.TNB1/11 bertarikh 1 Disember 2011.
iv) Pembayaran bonus muktamad dibuat berdasarkan markah prestasi.

Sebarang berita mutakhir terhadap tuntutan bonus & isu-isu semasa TNB akan dimaklumkan dalam perhimpunan pada 15/12/11.

ATURCARA PERHIMPUNAN PERDANA (Mula jam 5.30pm)
1.Bacaan Doa
2.Nyanyian Lagu Negara Ku
3.Nyanyian Lagu TNB
4.Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Sesi ‘Union Speakers Talk’
• Presiden K3P
• Yang DiPertua PETNB
• Presiden TNBJOU
5.Sesi Dialog bersama Presiden / Yang DiPertua Kesatuan / Persatuan
6.Bacaan Ikrar Pekerja
7.Bersurai

PERHIMPUNAN PERDANA KESATUAN & PERSATUAN TNB - ISU-ISU SEMASA PEKERJA & TNB


Tuesday, October 25, 2011

HAPPY DIWALI


TNBJOU wishes all our Hindu members a Happy Deepavali. As we celebrate this Hindu festival of lights, let us hope that good will prevail over evil, and light will prevail over darkness.

Wishing all of you strength, solidarity and success in our workers movement.

TNBJOU SOKONG PIKET KEBANGSAAN MTUC



Ruj : JOU/MTUC/01/10/11

24hb Oktober 2011


Wakil Negeri/Pengerusi/Setiausaha Cawangan/Ahli EXCO


Saudara/Saudari,

PERKARA : PINDAAN AKTA KERJA 1955

Salam Perjuangan.

Pegawai-Pegawai Utama TNBJOU dalam mesyuaratnya pada 24 Oct 2011 memutuskan sebulat suara untuk memberikan sokongan terhadap MTUC Nationwide Picket yang akan diadakan pada 3 Nov 2011 bermula dari jam 5.00ptg hingga 6.30ptg bagi membantah Pindaan Akta Kerja 1955 yang menjejaskan seluruh pekerja di negara ini.

Sehubungan itu TNBJOU menyeru & berharap semua Wakil Negeri, Jawatankuasa Cawangan serta ahli-ahli TNBJOU diseluruh negara dapat turut serta beramai-ramai menyertai piket tersebut dilokasi yang dinyatakan seperti berikut :-

Bil Bahagian/Tempat

1. Selangor - Shah Alam (Seksyen 15)
Teluk Panglima Garang
Lebuhraya Persekutuan
PJ, Jalan Barat
Bukit Rajah Industrial Area, Klang
Sg Choh, Rawang

2. Pulau Pinang -Depan Pearl View Hotel Prai

3. Melaka - Air Terjun, Air Keroh, Jalan Bukit Beruang (Dekat Majlis
Perbandaraan Melaka & Jusco)

4. Negeri Sembilan -Padang Majlis Perbandaraan Seremban

5. Perak - Depan Bangunan MTUC Negeri Perak

6. Pahang -Padang Masjid Negeri Kuantan

7. Kelantan - Depan Kota Bharu Trade Center (KTC)

8. Johor - Batu 5, Jalan Skudai Depan Masjid Jamek Kg. Pasir

9. WPKL - Jalan Raja Laut,(Berdekatan Bangunan KWSP)

10. Sabah - Di tepi jalan diantara lampu traffic depan Hotel Tang Dynasty dan
lampu traffic Centre Point (Jalan menuju ke Wisma Merdeka)

11. Kedah - Depan Sime Tyres International,Mergong, Kedah


Sokongan dan kerjasama semua ahli-ahli diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian terima kasih,


Yang benar,



(Mohd Roszeli Majid)
Presiden TNBJO
Naib Presiden (Swasta) MTUC




Friday, July 15, 2011

PERJANJIAN KOLEKTIF 2011-2013 DI MENTERAI

Kuala Lumpur 15 Julai 2011- Perjanjian Kolektif KeTujuh untuk tempuh 2011-2013 antara TNBJOU dan TNB telah dimenterai dengan rasminya dalam majlis yang telah diadakan di Bilik Pergau, Kelab Kilat, Kuala Lumpur pada hari ini dengan disaksikan oleh Jawatankuasa CA7 TNBJOU,Pengurusan Tertinggi TNB termasuk Ketua Pegawai Operasi/Pengarah Eksekutif TNB - Dato' Ir. Azman Mohd dan juga Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia - Tuan Hj Md Yunus Razally. TNBJOU telah diwakili oleh Presiden - Sdr Mohd Roszeli Majid, Setiausaha Agong - Sdr Ali Omar dan Bendahari - Sdr Yusoff Basir manakala TNB pula diwakili oleh Pengerusi TNB -Tan Sri Leo Moggie, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB - Dato'Sri Che Khalib Mohamad Noh dan Naib Presiden Sumber Manusia TNB - Dato' Muhammad Razif Abdul Rahman dalam majlis menandatangani perjanjian tersebut.

Secara umumnya Perjanjian Kolektif KeTujuh menggariskan beberapa pencapaian dalam mempertingkatkan nilai pendapatan dan terma serta syarat perkhidmatan ahli-ahli TNBJOU antaranya ialah:-
1. Pelarasan Gaji 8.5% untuk semua pekerja di dalam skop TNBJOU tanpa ‘capping’ (sekatan)
2. Kenaikan jumlah PENDAPATAN (Elaun tetap + gaji) keseluruhan sebanyak minima 11% dan maxima 26% (peningkatan pendapatan secara purata adalah 13%).
3. Pendapatan pekerja TNB (Elaun tetap + gaji) kini berada di tangga ke dua selepas Petronas dikalangan Syarikat Berkaitan Kerajaan -GLCs.
4. Pendapatan pekerja TNB (Elaun tetap + gaji) telah melebihi pendapatan kakitangan kerajaan.
5. Perubahan semua Gred skala gaji.Gaji minima gred terendah PP03-RM900, PS03-RM950 manakala gaji minima pembantu tadbir (PP07) RM1150. Ini membuktikan gaji pekerja TNB telah mencapai Gaji Minima RM900 yg ditetapkan oleh MTUC serta melepasi kadar paras kemiskinan Negara RM720. Gaji terendah dalam skop TNBJOU kini adalah RM900 dan gaji tertinggi RM5100 iaitu menepati hasrat Malaysian Trades Union Congress (MTUC) dalam tuntutan isu Gaji Minima Negara.
6. Usia Persaraan 58 dilaksanakan secara option dengan syarat2 minima kepada semua pekerja yang layak.
7. Kenaikan kadar tuntutan hitungan KM motosikal dari 35sen ke 40 sen dan jika membawa kereta dinaikkan 3 sen menjadi 15 sen.
8. Cuti Belajar layak diambil sehari sebelum tarikh peperiksaan.
9. Elaun HHT akan diserapkan ke gaji pekerja yang terlibat serta dimansuhkan dari CA akan datang.
10. Elaun Elektrik meningkat 7% dari RM78 menjadi RM85.
11. Elaun Pengangkutan meningkat 106% dari RM110 ke RM225
12. Tambahan pelarasan gaji nominal 5% untuk pekerja gred PP12 yang tidak pernah menikmati haluan kerjaya JG13 sebagai penyelesaian terhadap isu seniority gaji.
13. Peningkatan kadar rawatan bersalin
• Bersalin Biasa Biasa RM1500 (asal RM1000)
• Bersalin Pembedahan RM2500 (asal RM2000)
14. Elaun Juruwang Tetap RM60 sebulan, Gantian RM4, Maximum RM40 sebulan
15. Elaun Makanan-RM8.50
16. Day trip allowance RM14
17. Driving Elaun Gantian-RM10 perday, RM380 pemandu tetap.
18. Subsistance RM70, Lodging RM70, Hotel RM140
19. Shift – Kategori 1 (2shift) RM180, 3 Shift RM280. Kategori 2 (2shift) RM95, 3 shift RM130.
20. Standby allowance – Normal Day RM16, Off Day/Rest Day RM30, Public Holiday RM32 Maximum RM280 per month.
21. Cost Tatatertib akan ditanggung oleh syarikat jika case ditangguh oleh syarikat
22. Transfer Allowance perubahan pada formula yg lebih tinggi untuk di luar dan dalam stesen
23. Project Allowance antara 5% & 20% daripada gaji tertakluk maximum RM500 sebulan.
24. Perbelanjaan Urusan Kematian ditingkatkan ke RM2500
25. Pinjaman Perumahan dinaikkan ke RM90,000 atau RM180,000 yang mana tinggi.
26. Pinjaman kereta RM55,000. Pinjaman motosikal RM6,000
27. Kemasukan ke Ward-kelayakan 2 bedded RM110.Kadar akan di riview dari masa kesemasa.
28. Elaun Mengajar-RM45 sejam(kepada yang bukan dilantik sebagai tenaga pengajar) maximum RM675 sebulan (pengajar berkelayakan). Incentive honorarium RM75 sehari untuk yang bukan pengajar dan tertakluk RM450 sebulan.
29. Gred PG (Guru) dimansuhkan dan dimasukkan ke Gred PP.
30. Pelarasan gaji minima RM120 kepada mana-mana pekerja yang berpendapatan RM1450 ke bawah(Tidak boleh kurang dari jumlah tersebut). Mana-mana pekerja yang jika dikira berdasarkan pelarasan gaji 8.5% melebihi RM120 maka mereka akan dapat kenaikan atas jumlah peratus sebenar. (Tidak akan ada pekerja yang akan dapat kenaikan gaji kurang dari RM120) dalam Perjanjian Kolektif keTujuh ini.
31. Hakikatnya Perjanjian Kolektif ini memberikan peratus peningkatan nilai pendapatan yang lebih tinggi kepada golongan pekerja berpendapatan rendah tetapi tetap memberikan penekanan peningkatan pendapatan yang sewajarnya kepada pekerja berpendapatan tinggi.

Syarat-Syarat Kelayakan Umur Persaraan 58 tahun

1. Kontrak ditawarkan secara kontrak option untuk 2 tahun berturutan
2. Bahagian Sumber Manusia Kumpulan akan memaklumkan kpd pekerja enam bulan sebelum mereka bersara wajib untuk mereka memohon melanjutkan perkhidmatan mereka melalui borang yang disediakan
3. Tidak perlu Perakuan Ketua Jabatan
4. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dan tiada penyakit kritikal
5. Prestasi kerja tahunan yang memuaskan.
6. Bayaran Faedah Persaraan akan dibayar semasa umur persaraan wajib 56 tahun
7. Gaji terakhir pekerja semasa persaraan wajib akan digunapakai sebagai gaji pekerja semasa kontrak perkhidmatan 2 tahun
8. Caruman KWSP adalah 5.5% oleh pekerja dan 6% oleh majikan
9. Cuti rehat terkumpul (jika ada) boleh digunakan semasa tempoh kontrak 2 tahun tersebut
10. Terma & Syarat perkhidmatan CA akan digunapakai semasa tempuh kontrak tersebut KECUALI beberapa artikel iaitu:-
• Faedah persaraan (tidak layak untuk mendapat faedah Persaraan Wajib, Faedah Kematian, Faedah Hilang Upaya, Faedah Pengurangan Pekerja)
• Pinjaman-pinjaman (Tidak layak mendapat segala pinjaman)
• Kenaikan gaji tahunan (tidak layak untuk kenaikan gaji tahunan)
• Cuti tahunan (Kelayakan cuti tahunan dikurangkan)
• Tidak layak untuk naik gred atau naik pangkat.


Pengurusan juga telah memberikan komitmen untuk membuat bayaran ExGratia (Saguhati) 1/2 bulan gaji pada akhir bulan Julai 2011. Selain dari itu Pengurusan telah memberikan komitmen untuk membayar tunggakan (pelarasan gaji dan elaun tetap)yang dikira berdasarkan tarikh kuatkuasa Perjanjian Kolektif iaitu pada 1 Januari 2011 selewat-lewatnya pada bulan September 2011. Perjanjian Kolektif ke7 ini turut memberikan implikasi kos tambahan kepada TNB lebih dari RM100 juta.

Kesatuan mendapat response yang amat baik dari ahli-ahli kerana Perjanjian Kolektif keTujuh ini telah dapat membawa berita gembira dalam mengimbangi kadar peningkatan kos saraan hidup serta memberikan kelegaan kepada pekerja TNB secara amnya.Lazimnya TNB akan membuat bayaran Bonus Syarikat sebelum menjelang sambutan perayaan dan Kesatuan berkeyakinan TNB tidak akan menghampakan hasrat Kesatuan dan ahli-ahlinya.

TNBJOU bersyukur dan ingin merakamkan ucapan terima kasih serta penghargaan kepada Y.Bhg Tan Sri Leo Moggie - Pengerusi TNB, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif - Dato Seri Che Khalib Mohammad Noh, Naib Presiden Sumber Manusia-Datuk Muhammad Razif Abdul Rahman dan seluruh pengurusan TNB yang telah memberikan kerjasama baik dalam mencari penyelesaian muktamad terhadap rundingan Perjanjian Kolektif yang telah diadakan. Perjanjian Kolektif ini turut mencatit sejarah dalam memantapkan keharmonian Perhubungan Perusahaan di TNB kerana menjadi Perjanjian Kolektif pertama yang berjaya dirunding dan dimuktamadkan dalam tempuh masa yang singkat iaitu hanya mengambil masa lima bulan.

Kesatuan berharap supaya ahli-ahli dapat menterjemahkan pakej Perjanjian Kolektif ini kepada anjakan peningkatan produktiviti serta bersama-sama memacu syarikat TNB kearah landasan yang lebih kukuh dalam menghadapi cabaran masa depan. Tahniah kepada semua!

Thursday, June 16, 2011

Workers still paid peanuts



April 29, 2011

Private sector salaries are tagged to government-linked companies but they won't see an increase in minimum wages as the GLC workers are also poorly paid.

PETALING JAYA: Government-linked companies make billions of dollars but the workers still get peanuts.

Take the case of Tenaga Nasional Bhd (TNB). Its chief executive officer (CEO) Che Khalib Mohamad Noh received an annual salary of RM600,000 in 2007, according to the company’s annual report.
But the minimum wage for TNB employees is only RM750.
TNB Junior Officers Union (TNBJOU) president Mohd Roszeli Majid said if the mighty GLCs do not increase their minimum wages, what hope is there for the private sector.
He said that despite seeing billions of ringgit in investments, GLCs were still paying their workers a pittance.

“In Pos Malaysia, the minimum wage is RM635 a month. For TNB, it is RM750. Petronas is RM1,050, and Telekom Malaysia is RM800,” Roszeli told a Pakatan Rakyat-hosted minimum wage roundtable session at the PJ City Council.
“The government keeps on talking about becoming a high-income nation. GLCs are earning billions of ringgit, but what about the workers?” he asked.

Roszeli, who is also a Malaysian Trades Union Congress (MTUC) vice-president, said that GLC salaries were lower than government agency wages.

“Compared to the government now, the lowest salary is RM852 a month. But you get housing, allowance, Cola (cost of living allowance) and public service allowance which comes up to (an additional) RM595 a month,” he said.

Slow move

Roszeli added that it was unfair for workers’ wages to remain stagnant when GLCs were out to maximise profits.
“During the privatisation of TNB in 1990, we (the workers) agreed with the government on one condition: staff salaries after privatisation must be 12.5% higher than that of the government sector,” he said.
Workers’ salaries, however, saw little change over the years. He revealed that TNB’s collective agreements in 2004 and 2007 saw a mere salary increase of 3% and 4% respectively.

Roszeli said that TNBJOU was asking for a 25% raise this time around. “We are asking for RM1,000 salary and a Cola of RM300,” he said.
However, he said that TNB heads had yet to agree with its workers over this demand.
Roszeli also argued that GLC workers were not making decent wages, especially with the RM720 government-set poverty line.
Roszeli also expressed disappointment with the government’s slow move to introduce a nationwide minimum wage.

“I don’t know when they can implement one. I guess this is part and parcel of the rhetoric by the politicians,” he said.


http://www.freemalaysiatoday.com/2011/04/29/workers-still-paid-peanuts/

Friday, June 3, 2011

CEO Hanya Tawarkan Peningkatan 1 1/2% Pelarasan Gaji Dari Tawaran Asal!!





Bangi,1 Jun 2011 – ‘Mengapa tidak boleh selesai?’ Itu antara soalan rengkas dan paling popular yang ingin diketahui jawapannya oleh ahli-ahli sebaik sahaja rundingan pusingan ke empat Perjanjian Kolektif Ke Tujuh ditangguhkan pada 1 Jun 2011. Malahan penjelasan demi penjelasan terpaksa diberikan oleh pegawai-pegawai Kesatuan untuk menerangkan keadaan sebenar yang menyebabkan Kesatuan dan Pengurusan gagal menamatkan rundingan pusingan keempat yang telah diadakan pada 1/6/2011 di hotel Equatorial, Bangi.

Suasana rundingan berjalan dengan cukup harmoni antara Kesatuan dan Pengurusan dengan memberi fokus dan keutamaan kepada usaha-usaha meningkatkan pendapatan, terma dan syarat perkhidmatan sedia ada. TNBJOU telah merundingkan 14 artikel pada hari berkenaan dan mendapat maklumbalas positif serta tawaran balas yang lebih baik dari rundingan pusingan ketiga yang diadakan di Melaka pada 12-13 Mei lalu.

Secara prinsipnya persetujuan telah dicapai berhubung isu salary ‘capping’ , usia persaran 58, penyelesaian ‘parity gaji’ kumpulan gred PP12 yang dilantik sebelum 2001, perubahan skala gaji (MRE & MRI), penyerapan elaun HHT ke gaji pokok dan beberapa perkara lain yang dibawa oleh Kesatuan dalam memenuhi tuntutan ahli-ahli. Elaun pengangkutan juga mengalami peningkatan tetapi Kesatuan masih berharap pengurusan dapat meningkatkannya pada kadar yang lebih sesuai dengan keadaan ekonomi semasa. Permintaan ahli-ahli untuk meningkatkan elaun elektrik juga masih perlu menunggu jawapan dari pengurusan . Semua gaji minima dan maksima dalam skala gaji turut mengalami perubahan yang ketara.

Hanya isu Pelarasan Gaji (Salary Conversion) sahaja yang menjadi batu penghalang rundingan CA7 dari dimuktamatkan. Kesatuan telah menurunkan hingga 10% (lebih 50% dari tuntutan asal 25%)yang dimajukan dan Pengurusan pula dalam tawaran balasnya telah meningkatkan 1.5% dari kadar asal yang dimajukan. Rundingan telah ditamatkan pada jam 4.15pm setelah usaha Kesatuan dan Pengurusan mencapai jalan persetujuan bersama gagal dicapai.

Pasukan Pengurusan memaklumkan CEO TNB hanya bersetuju meningkatkan tawaran dari 7% ke 7.5% sebaik dihubungi melalui telefon oleh pasukan Pengurusan dari bilik rundingan di Bangi. Naib Presiden Sumber Manusia dan Naib Presiden Kewangan juga memberikan komitmen untuk berusaha berjumpa dengan CEO TNB dalam tempoh 14 hari bagi menyampaikan hasrat Kesatuan untuk pertimbangannya. Rundingan berhubung Pelarasan Gaji (Salary Conversion) yang dijalankan di Bangi telah dilakukan serentak antara Pengurusan, TNBJOU dan KPPPTNB. TNBJOU dan KPPPTNB sepakat mempertahankan tuntutan pelarasan gaji yang telah dibuat.

Pasukan rundingan Pengurusan telah diketuai oleh Dato Muhammad Razif Abdul Rahman (Naib Presiden Sumber Manusia) dengan disertai oleh En Mohd Rafique Merican (Naib Presiden Kewangan) , En Wahizan Abdul Rahman (Pengurus Besar Kanan (Perancangan Sumber Manusia & Pembangunan), En S.Viswanathan (Pengurus Besar Ganjaran Faedah & Pentadbiran), En V.Sugumaran (Pengurus Kanan Perhubungan Perusahaan) dan Tn Hj Sobri Shafie (Pengurus Besar Pengurusan Sumber Manusia). Manakala pasukan rundingan TNBJOU dan KPPPTNB diketuai oleh Presiden Kesatuan masing-masing.

Ahli-ahli diminta terus bersabar sehingga proses penyelesaian CA7 ini di dicapai. Kesatuan yakin penyelesaian isu CA7 akan segera dicapai jika tuntutan terhadap pelarasan gaji dipenuhi sepenuhnya oleh CEO TNB.

Sunday, May 15, 2011

PENDAPAT CEO TNB BERHUBUNG 'HIGH INCOME WORKERS'

video

HASIL RUNDINGAN CA DI MELAKA POSITIF!


12-13 Mei 2011 – Rundingan Perjanjian Kolektif (CA) Ke Tujuh di Hotel Equatorial, Melaka telah menunjukkan pencapaian positif dan berjaya menyelesaikan banyak artikel. Kini hanya tinggal 14 artikel sahaja dari 99 artikel yang perlu dirundingkan semula dalam rundingan berikutnya yang dijadualkan pada awal Jun 2011. TNBJOU turut bersyukur kerana hasrat untuk merealisasikan gaji minima RM900 seperti yang disarankan oleh Malaysian Trades Union Congress (MTUC) telah dipersetujui oleh majikan dalam sesi rundingan tersebut.

TNBJOU masih belum bersetuju dan kekal memperjuangkan tuntutan COLA @ Transport Allowance, Subsidi Perumahan dan beberapa elaun lain kerana setakat ini majikan belum melakukan tawaran balas tentang perkara ini pada mana-mana pihak kecuali Transport Allowance yang telah ditawarkan peningkatan tetapi masih belum diterima oleh TNBJOU. Kesatuan telah memohon majikan mempertimbangkan kadar yang lebih tinggi daripada apa yang telah ditawarkan sesuai dengan tuntutan keadaan ekonomi semasa dan akan datang.

Pelarasan Gaji (Salary Conversion) yang ditawarkan juga jauh dari sasaran TNBJOU dan peratus yang dituntut oleh Kesatuan melalui persetujuan Jawatankuasa Bersama Kesatuan Persatuan TNB. Berikut adalah senarai artikel-artikel yang perlu terus dirundingkan dalam pusingan berikutnya.

Thursday, April 21, 2011

Status CA - 55 Artikel Selesai & 44 Artikel Akan Dirunding Semula Pada May 2011

Articles Agreed

2 Preamble
3 Title
7 Modification And Amendment
8 Legislation
10 Recognition Of The Company
11 Recognition Of The Union
12 Joint Recognition
13 Joint Consultative Council
14 Arbitration
15 Check – Off
16 Legal Aid
17 Leave On Trade Union Business
19 Resignation
22 Secondment
24 Annual Increment
27 General Condition For Work Done
in Excess of Normal Working Hours
29 Rate Of Overtime On Normal
Working Day And Off-Day
32 Public Holidays
36 Half-Pay Leave
37 Injury Leave
39 Outstation Transfer Leave
40 Pilgrimage Leave
41 Quarantine Leave
42 .Sick Leave
43 Reserve Forces Leave
44 Leave For Participating In Games Or Sports And Cultural Activities
45 Leave Prior To Retirement
46 Leave Without Pay
47 Class Of Travel
49 Driving License Fee Reimbursement
53 Miscellaneous Reimbursements
55 Transfer Grant For Employees Upon Retirement
56 Bicycle Allowance
64 Overseas Outfit Allowance
65 Project Allowance
69 Teaching / Training Incentive Allowance
72 Funeral Expenses
73 Housing Loan
75 Personal Computer Loan
76 Electrical Appliances Loan
77 Medical Treatment And Medicine
81 Personal Accident Group Insurance Benefits
82 Canteen
83 Electricity Deposit
84 Holiday Accommodation
86 Employees Provident Fund
87 List Of Duties And Responsibilities
89 Retirement Benefits
91 Death Benefits
93 Discipline
94 Grievance Procedure
Salary Conversion
new Meter Reading Incentive Allowance

Article KIV & Renegotiate

1 Parties To The Agreement - Amendment
4 Definitions - Amendment
5 Scope Of Agreement - Amendment
6 Effective Date, Duration And Amendment
Implementation - Amendment
9 Interpretation- Amendment
18 Probation On Recruitment- Amendment
20 Promotion And Upgrading- Amendment
21 Transfer And Assignment- Amendment
23 Salary Grade- KIV
25 Bonus- Amendment
26 Workings Hours And Schedule Of Amendment
Working Hours-
28 The “Hourly Rate” Factor- Amendment
30 Pay For Work On Rest Day- Amendment
31 Pay For Work On Public Holiday- Amendment
33 Annual Leave- Amendment
34 Special Leave- Amendment
35 Study Leave And Examination Leave
38 Maternity Leave
48 Company Approved Travel
Reimbursement- Amendment
50 Mileage Reimbursement- Amendment
51 Outstation Duty Reimbursements- Amendment
52 Overseas Duty Reimbursements- Amendment
54 Transfer Reimbursements- Amendment
57 Cashier’s Allowance- Amendment
58 Day Trip Allowance- Amendment
59 Driving Allowance- Amendment
60 Electricity Allowance- Amendment
61 Extra Responsibility Allowance- Amendment
62 Laundry Allowance- Amendment
63 Meal Allowance- Amendment
66 Remote Location Allowance- Amendment
67 Shift Allowance- Amendment
68 Stand-By Allowance Amendment
70 Temporary Acting Allowance- Amendment
71 CIBS Hand Held Terminal Allowance For Meter Readers
74 Vehicle Loan- Amendment
78 Hospitalisation- Amendment
79 Dental Care- Amendment
80 Maternity Charges- Amendment
85 Uniforms- Amendment
88 Retirement Age- Amendment
90 Retrenchment Benefits- Amendment
92 Disablement Benefits- Amendment

new 1.Housing Subsidy
new 2.Eye Health-
new 3.Image And Productivity Incentive-
new 4.Insurance Scheme For Medical
Treatment and Medicine-

Thursday, March 24, 2011

ARAHAN PENGURUSAN-PENANGGUHAN UPDATING CUSTOMER RECORD

Nasib pesara GLC



Ibnu Lazmi

Sewaktu Dr. Mahathir merancang satu dasar kerajaan; iaitu penswastaan, beliau memberikan alasan yang sungguh kukuh iaitu meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengecilkan saiz perkhidmatan awam. Ketika itu kakitangan kerajaan berjumlah 800 ribu orang. Maka bermulalah satu persatu agensi kerajaan diswastakan. Antara yang terawal ialah Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Pos Malaysia. Tercapai atau tidak dasar kerajaan untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam dan meningkatkan mutu perkhidmatan, ianya memerlukan satu kajian dan tulisan lain untuk membincangkannya.

Hasrat kerajaan untuk mewujudkan persaingan yang sihat ternyata tidak menjadi kenyataan. Monopoli tetap wujud walaupun memang ada persaingan. Penswastaan Lebuh Raya Utara Selatan misalnya kepada United Engginering Malaysia Berhad (UEM) yang adalah satu anugerah terbesar kepada UEM yang dikawal oleh Hatibudi Nominees,yang merupakan syarikat pemegang amanah UMNO, parti komponen BN yang menerajui tampuk pemerintahan Negara (Yusof Ismail dan Khayati Ibrahim,2004).

Ini menunjukkan penguasaan kuasa politik dan pentadbiran digunakan untuk mendapatkan kepentingan perniagaan bagi menampung kewangan parti di samping menambahkan kekayaan bagi golongan tertentu serta mengurangkan peluang organisasi lain untuk memperoleh peluang perniagaan. Walaupun mendapat kritikan pelbagai pihak, dasar penswastaan tetap diteruskan sehingga ke hari ini, di samping menimbulkan pelbagai masalah seperti usaha kerajaan Selangor untuk mendapatkan hak membekalkan air Selangor dari pihak Syabas.

Sementara itu, kebanyakan pekerja sektor awam yang diswastakan berasa terancam, manakala sebahagian rakyat Malaysia mengambil sikap apathy (tak apa) atau terus menyokong dasar ini kerana mereka telah bosan dan marah terhadap pembaziran, ketidakcekapan dan rasuah dalam sektor awam. Ramai juga rakyat Malaysia mengaitkan pertumbuhan sektor awam dengan campurtangan kerajaan dan kekuasaan Melayu, kian bertambah di bawah Dasar Ekonomi Baru, dengan demikian menyokong Dasar Penswastaan ini sebagai perubahan dasar yang akan mengurangkan dasar-dasar melampau yang telah menganggu pelaburan dan pertumbuhan ekonomi. Ada juga yang menyalahtafsirkan campurtangan kerajaan sebagai sosialisme, dengan itu menyokong penswastaan sebagai langkah memulihkan kapitalisme yang lebih tulin. Walaupun kapitalisme pemerintah atau Negara tidak bererti sosialisme, ancaman kepada sektor awam terutama perkhidmatan awam, melalui penswastaan mempunyai implikasi kebajikan yang penting untuk rakyat jelata, khasnya pekerja sektor awam, pengguna dan rakyat miskin (Jomo KS,2010).

Kini, Dasar Penswastaan telah berjalan hampir 30 tahun sejak ia mula dirangka oleh MAMPU di bawah jagaan Dr.Mahathir, juga ide dari Dr. Mahathir sejak ia mula diperkenalkan pada 1983. Apakah matlamat utama pensawstaan itu tercapai, umpamanya mengecilkan saiz perkhidmatan dan meningkat mutu perkhidmatan?. Kenyataannya Perkhidmatan Awam kini mempunyai 1.2 juta kakitangan berbanding pada peringkat permulaan era penswastaan hanya 800 ribu orang. Hal ini disebabkan timbulnya jabatan-jabatan dan kementerian baru sesuai dengan perkembangan semasa. Dari segi mutu perkhidmatan ya, mungkin ada peningkatan di samping meningkatkan jumlah konglomerat Bumiputra selaras dengan kehendak DEB. Namun masih terdapat banyak rungutan rakyat marhaen tentang perkhidmatan awam termasuk sektor kesihatan, perguruan,pentadbiran awam dan sebagainya. Bahkan dalam sesetengah keadaan soal politik diserapkan bersama dalam permasalahan perkhidmatan awam. Pelantikan Setiauasa Kerajaan Selangor baru-baru ini memperlihatkan kepentingan politik mengatasi kepentingan pentadbiran awam.

Satu soal yang penting setelah hampir tiga puluh tahun penswastaan, ialah nasib pekerja-pekerja atau kakitangan yang diswastakan. Kini dikatakan kakitangan kerajaan lebih beruntung dari kakitangan swasta terbabit dengan gaji permulaan yang lebih tinggi,elaun yang lebih menarik, kebajikan yang lebih terserlah dan sebagainya. Di peringkat perkeranian umpamanya, kakitangan kerajaan menerima gaji permulaan melebihi RM1000 sebulan berbanding kakitangan syarikat yang diswastakan melalui proses penswastaan. Umpamanya kakitangan Pos Malaysia di peringkat perkeranian hanya menerima RM800 sebagai gaji permulaan. Elaun sewa rumah bagi kakitangan Pos Malaysia (kerani) hanyalah RM150.00 berbanding RM300 bagi kakitangan kerajaan. Begitu juga elaun kolar, atau elaun Bandar, kakitangan Pos Malaysia (kerani) hanya menerima separuh dari apa yang diterima oleh kakitangan awam. Dengan demikian tidak hairanlah jika berlaku penghijrahan semula ke dalam perkhidmatan awam dari Pos Malaysia dan lain-lain syarikat GLC memandangkan kemudahan-kemudahan yang disediakan.
Satu perkara yang lebih penting ialah nasib kakitangan GLC yang telah bersara yang bekerja di zaman swasta dan bekerja di zaman kerajaan. Ertinya mereka merasa bekerja di kedua-dua era, era sebelum penswastaan dan era selepas penswastaan. Mereka ini apabila bersara akan menerima pencen minimum, di sekitar RM200 hingga RM400 sahaja kerana mereka diminta mencarum semula ke dalam skim KWSP sebaik satu-satu syarikat itu diswastakan. Apa yang terjadi ialah simpanan mereka (kerani) tidak melebihi RM200,000 setelah tamat tempuh perkhidmatan. Laporan-laporan yang diterima, termasuk yang didedahkan di mass media tempatan, mereka ini akan kehabisan wang simpanan KWSP dari satu hingga tiga tahun selepas persaraan. Tinggallah pencen minimum meraka di zaman kerajaan dahulu di sekitar RM200- RM400 sebulan. Apakah yang dapat dilakukan dengan wang sebesar itu pada zaman sekarang?

Tanpa pilihan lain, akhirnya pesara-pesara syarikat kerajaan yang diswastakan ini terpaksa bekerja semula demi untuk menyambung sisa-sisa hayat mereka, dalam keadaan kesihatan yang mungkin sudah mula terganggu dan tenaga sudah berkurangan akibat faktor umur. Sesetengahnya terpaksa menjadi pemandu teksi, menjadi jaga (guard), atau terpaksa menjual nasi lemak demi untuk meneruskan survival hidup ini. Tekanan itu menjadi semakin bertambah andainya mereka masih mempunyai anak yang masih bersekolah di peringkat rendah atau menengah. Teknanan menjadi semakin kuat bila anak-anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS yang memerlukan pembiayaan yang lebih besar. Pinjaman PTPTN ternyata semakin sukar, dan PTPTN hanya sekadar membayar yuran akademik sahaja, selebihnya soal makan dan tempat tinggal (asrama) terpaksa ditanggung oleh keluarga.

Dengan demikian, apakah kebajikan yang dapat diterima oleh golongan ini? Apakah dasar penswastaan membela hidup mereka terutama selepas bersara? Tuntutan Kesatuan Sekerja untuk mendapatkan pencen dan gaji minimum disambut dengan sikap membisu kerajaan BN. Rasuah yang membarah dan PRU13 yang kian hampir menyebabkan tuntutan itu terbenam dalam fail sahaja. Jadi, di manakah dan siapakah yang untung dalam dasar penswastaan ini?

surat-pembaca&Itemid=46

Wednesday, March 16, 2011

Monday, March 14, 2011

RUNDINGAN PERJANJIAN KOLEKTIF KETUJUH BERMULA


Rundingan Perjanjian Kolektif Ke Tujuh antara TNBJOU dan Tenaga Nasional Berhad telah diadakan pada 7 Mac 2011 di PJ Hilton. Pengurusan TNB diketuai oleh Naib Presiden Sumber Manusia (VPHR) Dato Muhammad Razif Abdul Rahman dan turut disertai pegawai-pegawai Kanan Sumber Manusia, Kewangan dan Perhubungan Perusahaan (IRO). Seramai 16 Ahli Jawatankuasa Perjanjian Kolektif TNBJOU hadir dengan diketuai oleh Presiden –Sdr Mohd Roszeli Majid.

Rundingan telah dimulakan dengan ucapan Naib Presiden Sumber Manusia yang mengalu-alukan kehadiran Jawatankuasa Perjanjian Kolektif TNBJOU dan menggariskan beberapa prinsip-prinsip perundingan Perjanjian Kolektif. Naib Presiden Sumber Manusia turut memaklumkan pasukan rundingan yang diketuai beliau akan melakukan rundingan secara berperingkat dengan TNBJOU, KPPPTNB dan PETNB. Hasil rundingan akan dibawa keperingkat Ahli Lembaga Pengarah TNB untuk pengesahan dan kelulusan sebelum ianya dimuktamatkan. Selain itu beliau juga mencadangkan penubuhan pasukan ‘Task Force’ untuk menyelaraskan rundingan.
Presiden TNBJOU dalam ucapan balasnya telah menyebut beberapa perkara yang menjadi fokus utama Kesatuan dalam Rundingan Perjanjian Kolektif Ke Tujuh ini antaranya adalah :-
1.Merapatkan jurang perbezaan terma dan syarat perkhidmatan yang dinikmati antara pekerja LLN yang berkhidmat di TNB , Pekerja TNB yang dilantik selepas 11 Mac 1994 dan Pekerja-Pekerja yang dilantik pada 1 Januari 2009.
2.Peningkatan kos sara hidup, amalan-amalan Perjanjian Kolektif semasa di pasaran pekerjaan
3.Masalah gaji mati dikalangan majoriti pekerja senior
4.Gaji Minima, Ekonomi semasa Negara serta halatuju syarikat
5.Penyelesaian Anomolies Gaji

Kesatuan telah memajukan 99 artikel mengandungi 41 tanpa pindaan (status quo), 53 dengan pindaan (amendment) dan 5 artikel baru (New Articles). Rundingan seterusnya telah dimulakan dengan pengesahan penerimaan proposal TNBJOU dan penjelasan terhadap justifikasi butiran perubahan artikel dan artikel baru yang dimajukan Kesatuan. Naib Presiden Sumber Manusia memaklumkan pihaknya akan majukan proposal balas cadangan-cadangan Perjanjian Kolektif kepada TNBJOU dalam rundingan berikutnya yang disasarkan akan diadakan pada akhir Mac 2011.

Kedua-dua pihak bersetuju supaya semua butiran terperinci Rundingan Perjanjian Kolektif Ke Tujuh tidak didedahkan sehingga ianya dimenterai sebagai mematuhi etiqa rundingan dan amalan Keharmonian Perhubungan Perusahaan.
Article - Status
1.Parties To The Agreement - Amendment
2.Preamble - Status Quo
3.Title - Status Quo
4.Definitions - Amendment
5.Scope Of Agreement - Amendment
6.Effective Date, Duration And Amendment
Implementation -
7.Modification And Amendment- Status Quo
8.Legislation- Status Quo
9.Interpretation- Amendment
10.Recognition Of The Company- Status Quo
11.Recognition Of The Union- Status Quo
12.Joint Recognition- Amendment
13.Joint Consultative Council- Status Quo
14.Arbitration- Status Quo
15.Check – Off- Status Quo
16.Legal Aid- Status Quo
17.Leave On Trade Union Business- Amendment
18.Probation On Recruitment- Amendment
19.Resignation- Status Quo
20.Promotion And Upgrading- Amendment
21.Transfer And Assignment- Amendment
22.Secondment- Status Quo
23.Salary Grade- KIV
24.Annual Increment- Amendment
25.Bonus- Amendment
26.Workings Hours And Schedule Of Amendment
Working Hours-
27.General Condition For Work Done Amendment
in Excess of Normal Working Hours-
28.The “Hourly Rate” Factor- Amendment
29.Rate Of Overtime On Normal Status Quo
Working Day And Off-Day-
30.Pay For Work On Rest Day- Amendment
31.Pay For Work On Public Holiday- Amendment
32.Public Holidays- Status Quo
33.Annual Leave- Amendment
34.Special Leave- Amendment
35.Study Leave And Examination Status Quo
Leave-
36.Half-Pay Leave- Status Quo
37.Injury Leave- Status Quo
38.Maternity Leave- Status Quo
39.Outstation Transfer Leave- Status Quo
40.Pilgrimage Leave- Status Quo
41.Quarantine Leave- Status Quo
42.Sick Leave- Status Quo
43.Reserve Forces Leave- Status Quo
44.Leave For Participating In
Games Or Sports And Cultural
Activities- Status Quo
45.Leave Prior To Retirement- Status Quo
46.Leave Without Pay- Status Quo
47.Class Of Travel- Amendment
48.Company Approved Travel
Reimbursement- Amendment
49.Driving License Fee Reimbursement- Status Quo
50.Mileage Reimbursement- Amendment
51.Outstation Duty Reimbursements- Amendment
52.Overseas Duty Reimbursements- Amendment
53.Miscellaneous Reimbursements- Status Quo
54.Transfer Reimbursements- Amendment
55.Transfer Grant For Employees
Upon Retirement- Amendment
56.Bicycle Allowance- Status Quo
57.Cashier’s Allowance- Amendment
58.Day Trip Allowance- Amendment
59.Driving Allowance- Amendment
60.Electricity Allowance- Amendment
61.Extra Responsibility Allowance- Amendment
62.Laundry Allowance- Amendment
63.Meal Allowance- Amendment
64.Overseas Outfit Allowance- Status Quo
65.Project Allowance- Status Quo
66.Remote Location Allowance- Amendment
67.Shift Allowance- Amendment
68.Stand-By Allowance Amendment
69.Teaching / Training Incentive
Allowance- Amendment
70.Temporary Acting Allowance- Amendment
71.CIBS Hand Held Terminal Allowance
for Meter Readers- Status Quo
72.Funeral Expenses- Amendment
73.Housing Loan- Status Quo
74.Vehicle Loan- Amendment
75.Personal Computer Loan- Amendment
76.Electrical Appliances Loan- Status Quo
77.Medical Treatment And Medicine- Amendment
78.Hospitalisation- Status Quo
79.Dental Care- Amendment
80.Maternity Charges- Amendment
81.Personal Accident Group Insurance
Benefits - Status Quo
82.Canteen- Status Quo
83.Electricity Deposit- Amendment
84.Holiday Accommodation- Status Quo
85.Uniforms- Amendment
86.Employees Provident Fund- Status Quo
87.List Of Duties And Responsibilities- Status Quo
88.Retirement Age- Amendment
89.Retirement Benefits- Status Quo
90.Retrenchment Benefits- Amendment
91.Death Benefits- Status Quo
92.Disablement Benefits- Amendment
93.Discipline- Amendment
94.Grievance Procedure- Status Quo
1.Housing Subsidy- New Article
2.Eye Health- New Article
3.Image And Productivity Incentive- New Article
4.Insurance Scheme For Medical
Treatment and Medicine- New Article
5.Meter Reading Incentive Allowance- New Article

Status Quo- Artikel-artikel tanpa pindaan adalah merupakan artikel sedia ada yang dikekalkan tanpa sebarang pindaan
Amendment- Artikel-artikel yang dicadangkan untuk perubahan termasuklah kenaikan kadar, pindaan/tambahan ayat,tambahan kemudahan dan penambaikan sejajar dengan pekeliling dan memo sedia ada dalam operasi syarikat.
New Articles- Proposal artikel-artikel baru yang dikemukakan untuk rundingan

Semua 99 artikel yang dicadangkan telah dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Kerja (EXCO) pada pertengahan Januari 2011 serta mendapat pengesahan untuk di rundingkan dalam majlis Perundingan Perjanjian Kolektif Ke Tujuh. TNBJOU akan melaporkan semula hasil rundingan tersebut kepada Majlis Kerja (EXCO) sebagaimana yang telah dipersetujui apabila ianya dimuktamatkan kelak. Ahli-ahli diminta bersabar dan mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kesatuan bagi mengelakkan sebarang khabar angin atau info yang tidak tepat.Sebagai rekod Perjanjian Kolektif KeEnam (2008-2010) telah dimuktamatkan dan ditandatangani pada 3 November 2008.

Sunday, February 6, 2011

Tan Sri Leo Moggie disambung 2 tahun sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengumumkan pelanjutan tempoh perkhidmatan Y.Bhg. Tan Sri Leo Moggie sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif TNB bagi dua tahun lagi bermula 12 Mac 2011.

Y.Bhg. Tan Sri Leo Moggie sebelum ini juga telah dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif TNB pada 12 April 2004.

Beliau memiliki Sarjana Sastera dalam bidang Sejarah dari University of Otago, New Zealand dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Pennsylvania State University, Amerika Syarikat. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penamaan dan Ganjaran Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan Lembaga Pengarah.

Tan Sri Leo Moggie telah menyandang beberapa jawatan Menteri Kanan di peringkat Negeri dan Persekutuan sebelum dilantik sebagai Pengerusi TNB. Tan Sri Leo Moggie adalah mantan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (1998-2004), Menteri Kerja Raya (1989-1995), Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos (1978-1989 dan 1995-1998) dalam Kabinet Persekutuan dan menjadi Menteri Kerajaan Tempatan (1977-1978) dan Menteri Perkhidmatan Kebajikan (1976-1977) di dalam Kerajaan Negeri Sarawak.

Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Awam dan telah memegang pelbagai jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dari tahun 1966 hingga tahun 1974. Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (1974-1978) dan Ahli Parlimen (1974-2004).

Keahlian Tan Sri Leo Moggie di dalam Lembaga Pengarah syarikat-syarikat awam yang lain termasuk Digi.Com Berhad dan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.

Internal NewsFlash Bil 26/2011

Friday, January 28, 2011

TNBJOU Majukan Draft Cadangan CA Ke Tujuh


28 Januari 2011 Ibu Pejabat TNB - Draft Perjanjian Kolektif KeTujuh 2011-2013 antara TNBJOU dan TNB telah dimajukan oleh Kesatuan kepada Naib Presiden Sumber Manusia - Dato' Hj Muhammad Razif Abdul Rahman pada hari ini. Draft tersebut merupakan cadangan-cadangan artikel Perjanjian Kolektif 2011-2013 yang telah dibentang, dibahas dan seterusnya diluluskan oleh EXCO TNBJOU pada 18 Januari 2011 di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur. Terdapat 99 artikel yang mengandungi 94 artikel sedia ada dan tambahan 5 artikel baru yang menjadi fokus Kesatuan dalam draft tersebut.TNBJOU telah diwakili oleh sdr Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong, Timbalan Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha dalam majlis tersebut.
Berdasarkan peruntukan yang ada dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967, pihak syarikat mempunyai tempoh selama 30 hari dari tarikh cadangan CA dimajukan untuk memberikan cadangan balasnya. Adalah dijangkakan rundingan CA pusingan pertama akan dijalankan selepas tamat tempuh tersebut.
Turut sama menyerahkan cadangan Draft Perjanjian Kolektif adalah Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB (K3P) dan Persatuan Eksekutif TNB (PETNB). Ahli-ahli akan dimaklumkan terhadap status hasil rundingan tersebut dari masa kesemasa.

Monday, January 3, 2011

Status Perjanjian Kolektif 2010-2013



Bengkel Perjanjian Kolektif 2010-2013 telah diadakan pada 13 hingga 16.12.2010 di Seri Bayu Resort, Pulau Pangkor. Pemimpin utama dari 20 Cawangan dan 8 Pegawai Utama telah mengadakan sesi presentation dan perbincangan bagi perkongsian artikel-artikel yang terdapat dalam Perjanjian Kolektif. Bengkel ini juga bertujuan mendapatkan input dari grassroot terhadap cadangan-cadangan baru dan penambahbaikan.

Semua cadangan-cadangan yang dibentangkan akan dibincangkan semula secara terperinci diperingkat Jawatankuasa Perjanjanjian Kolektif yang adakan diadakan pada 10 & 11 Januari 2011 sebelum draft terakhirnya dibentangkan kepada Majlis Kerja (EXCO) yang dijadualkan pada 20.1.2011. TNBJOU menetapkan sasaran 28.1.2011 sebagai tarikh untuk memajukan cadangan Perjanjian Kolektif kepada Pengurusan sebelum rundingan dapat dimulakan.

Translation By Google
Workshop Collective Agreement 2010-2013 was held on 13 and 16.12.2010 in Seri Bayu Resort, Pulau Pangkor. The main leaders of the 20 branches and 8 Principal Officer has held a presentation and discussion of the sharing of articles contained in the Collective Agreement. This workshop is also aimed at gathering input from the grassroot to new suggestions and improvements.

All the proposals presented will be discussed in detail the level of the Collective Perjanjanjian held on 10 & 11 January 2011 before the final draft presented to the Executive Council (EXCO) which is scheduled on 01.20.2011. TNBJOU set a target date of 28.1.2011 as to develop recommendations to management before the collective agreement to commence negotiations

Perutusan Presiden TNBJOU-Selamat Tahun Baru 2011

TNBJOU melangkah ke Tahun Baru 2011 dengan iltizam untuk melihat Kesatuan ini terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada ahli-ahlinya sepertimana yang telah dibuktikan sejak 64 tahun lalu. Ahli-ahli Kesatuan perlu mengambil iktibar dari ketidaktentuan ekonomi global sebagai satu dorongan untuk mempertingkatkan perkhidmatan di TNB.

Peluang berkhidmat di TNB hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memastikan industri perbekalan elektrik kekal dikuasai TNB bagi kesinambungan generasi yang akan datang. Seperti yang kita ketahui, TNB kini berada dilandasan yang cukup kukuh dan bersedia mengharungi cabaran saingan dalam industri ini. Kesatuan yakin TNB tidak akan dapat berdiri teguh sedemikian rupa jika tanpa bantuan dan dokongan ahli-ahli TNBJOU yang turut merupakan pekerja sokongan di Syarikat ini.

Ahli-ahli TNBJOU hendaklah mengelakkan dari melanggar peraturan atau melakukan salahlaku tatatertib dalam memastikan integriti diri sentiasa terpelihara. Perkhidmatan kepada pelanggan hendaklah diutamakan terutama bagi mereka yang bertugas di barisan hadapan.

Kesatuan menyedari kesan peningkatan kos sara hidup turut dirasai oleh ahli-ahli. Sehubungan itu Kesatuan akan terus memastikan supaya segala faedah dan terma perkhidmatan TNB ditingkatkan dalam rundingan Perjanjian Kolektif yang akan datang bagi membalas kesetiaan ahli-ahli terhadap Kesatuan dan Syarikat serta menyahut saranan kerajaan bagi mengujudkan pekerja berpendapatan tinggi.
Moga tahun 2011 merupakan tahun yang lebih baik buat semua ahli-ahli TNBJOU yang berkhidmat di Syarikat ini.

Sunday, January 2, 2011

Presiden TNBJOU kini Naib Presiden (Sektor Swasta) MTUC


Khalid ousts Syed Shahir for MTUC presidency
December 29, 2010
PETALING JAYA, Dec 29 – Khalid Atan’s politically-neutral team swept aside several incumbents tonight including president Syed Shahir Syed Mohamud for three top posts in the national union centre, Malaysian Trades Union Congress (MTUC).

Khalid, who was deputy president, beat the Kelana Jaya PKR chief who was trying for his third term as president after toppling Datuk Zainal Rampak in 2004.

Khalid received 255 votes against Syed Shahir who took 213 votes in a victory that is seen to benefit the ruling Barisan Nasional (BN) federal government.

The MTUC is seen as a key organisation for votes between BN and the Pakatan Rakyat (PR) which is led by PKR’s de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid’s team mate Halim Mansor took the powerful secretary-general’s post by defeating Kuala Langat MP Abdullah Sani Abdul Hamid and J. Solomon.

Halim took 188 votes, Solomon 117 while Sani received 165 votes.

Khalid’s team also took the deputy presidency with Mohd Jafar Abd Majid defeating P. Maniyam and Abdul Razak Md Hassan.

Jafar won 170 votes against Maniyam’s 157 undi and Razak’s 140 votes.

A total of 479 delegates out of 552 cast their votes in the triennial elections.

But the MTUC 2010-2013 leadership is seen as a mixed bag as several of Syed Shahir’s faction also won posts.

The deputy secretary-general’s post was won by Samuel Devadasan, who won with 291 undi against R Jey Kumar who is with Khalid’s team.

Awang Ibrahim from Team Syed Shahir won the financial secretary’s post with 240 votes to beat Abdullah Abu Bakar who received 225 votes.

The deputy financial secretary went to Jimmy Tong from Team Khalid with 259 votes against Md Helmee Abu who won 205 votes.

The winning vice-presidents are A Balasubramaniam, Robert Vijendran, Mohd Roszeli Majid, W. M. Naim Shukri Mohamad and Mohd Khir Mansor for the private sector with Kang Bee Leng, Rosilah Hashim and Hashim Adnan (public sector) and Zainal Ismail, Ahmad Helmi Ibrahim and S Subramaniam (statutory bodies).