Thursday, August 26, 2010

TNB BAYAR BONUS SYARIKAT 1/2 BULAN GAJI (MIN RM600/MAX RM5000) BAYAR PADA 1 SEPT 2010

26 Ogos 2010 Kuala Lumpur - Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan TNB – Tn Hj Muhammad Razif Abdul Rahman memaklumkan kepada pemimpin Kesatuan/Persatuan TNB bahawa Ahli Lembaga Pengarah TNB telah meluluskan pembayaran Bonus Syarikat tahun Kewangan 2009/2010 bersamaan dengan 0.50 bulan gaji pokok (1/2 bulan gaji) berdasarkan kepada gaji pokok yang telah dibayar pada bulan Ogos 2010 tertakluk kepada bayaran minimum sebanyak RM600.00 dan bayaran maksimum sebanyak RM5000.00. Pembayaran Bonus Syarikat ini adalah bagi tempoh 1 September 2009 hingga 31 Ogos 2010 (Tahun Kewangan 2009/2010) kepada semua pekerja TNB yang layak.

Bonus Syarikat ini tidak berdasarkan kepada PMS tetapi dibayar kepada semua pekerja yang layak. Pembayaran Bonus Syarikat ini adalah sebagai ganjaran tambahan untuk menghargai sumbangan pekerja-pekerja TNB supaya terus berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Semua pekerja tetap dan kontrak yang dilantik oleh TNB yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan dalam Tahun Kewangan 2009/2010 adalah layak dibayar Bonus Syarikat ini. Pembayaran Bonus Syarikat ini juga adalah tertakluk kepada potongan cukai pendapatan dan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Pembayaran Bonus Syarikat akan dilakukan pada 1 September 2010 kepada semua pekerja yang layak. TNBJOU merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Ahli Lembaga Pengarah Dan Pengurusan TNB melalui pengumuman awal ini yang sememangnya sedang ditunggu-tunggu oleh anggota kerja .

No comments:

Post a Comment