Sunday, November 17, 2013
KENYATAAN MEDIA - 14 NOVEMBER 2013 KESATUAN & PERSATUAN TENAGA NASIONAL BERHAD BERHUBUNG ISU UNTUK MEMECAHKAN TNB
Empat Kesatuan dan Persatuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terdiri daripada :-
1. Persatuan Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (PETNB),
2. Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB (KPPPTNB),
3. Tenaga Nasional Junior Officers Union (TNBJOU)
4. Persatuan Unit Keselamatan TNB (PERUNIKA)
yang mewakili lebih 30,500 (Tiga puluh ribu lima ratus) pekerja merasa sungguh terkejut serta kesal dengan kenyataan terkini Suruhanjaya Tenaga Malaysia yang dilaporkan di media baru - baru ini berhubung cadangan untuk memisahkan TNB. Kenyataan yang dibuat oleh Suruhanjaya Tenaga itu telah menimbulkan keresahan kepada pekerja TNB. Semua pihak yang berhasrat untuk memecahkan TNB perlu menghormati dan diminta tidak sewenang-wenangnya membuat kenyataan seperti itu, kerana ianya tidak bertepatan dengan janji yang telah dibuat oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di depan ribuan pekerja semasa lawatannya ke TNB pada 3 Mac 2013.
Perlu ditegaskan Perdana Menteri semasa lawatan h berjanji TNB tidak akan kekal sebagai satu entiti bersepadu dalam industri perbekalan elektrik Negara.
Sehubungan dengan itu Kesatuan dan Persatuan TNB telah menghantar surat pada 14 November 2013 ke Suruhanjaya Tenaga Malaysia dengan menyatakan hasrat melakukan kunjungan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara ini.
Kami ingin menegaskan kepada semua pihak yang berhasrat untuk memisahkan TNB supaya tidak lagi memainkan isu ini. Kami bersedia mempertahankan TNB dari dipisahkan dengan apa cara sekalipun sebagaimana kami menyanjung tinggi dan mempertahankan janji yang telah dilafazkan oleh YAB Perdana Menteri.
(Abdul Shukor Hassan)
Yang Di Pertua
PETNB
H/P : 012-2225914
H/P : 012-2609819
(Mohd Roszeli Majid)
Presiden
TNBJOU
H/P: 012-3874166
(Abu Hussin Nekmat)
Presiden
KPPPTNB
H/P : 012-6954403
(Nekmat Md Seh)
Yang Di Pertua
Persatuan Unit
Keselamatan TNB
H/P : 012-2609819
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment