Sunday, November 17, 2013

Kesatuan Pekerja Mahu Suruhanjaya Tenaga Henti Cadangan Pisahkan TNB


KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Empat kesatuan dan persatuan pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) Khamis menggesa Suruhanjaya Tenaga (EC) untuk tidak meneruskan cadangan memisahkan syarikat utiliti nasional itu menjadi lima entiti berlainan.

Kumpulan pekerja tersebut, dalam satu kenyataan bersama memaklumkan mereka terkejut dan kesal dengan kenyataan terkini EC berhubung cadangan memisahkan TNB.

"Kenyataan yang dibuat oleh EC itu telah menimbulkan keresahan di kalangan pekerja TNB. Semua pihak yang berhasrat untuk memisahkan TNB perlu menghormati dan diminta tidak sewenang-wenangnya membuat kenyataan seperti itu.

"Kami ingin menekankan kepada semua pihak yang berhasrat untuk memisahkan TNB supaya tidak lagi memainkan isu ini. Kami bersedia mempertahankan TNB dari dipisahkan dengan apa cara sekali pun," menurut kenyataan itu.

Kumpulan tersebut ialah Persatuan Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Kesatuan Percantuman Pekerja-pekerja TNB, Tenaga Nasional Junior Officers Union dan Persatuan Unit Keselamatan TNB.

Pada 8 Nov lepas, EC dilaporkan sebuah akhbar mengemukakan cadangan untuk memisahkan TNB kepada lima entiti berlainan di bawah inisiatif Kawal Selia Berdasarkan Insentif (IBR) bagi meningkatkan kecekapan operasi firma utiliti nasional itu.

Menurut laporan itu lagi, cadangan pemisahan tersebut akan memudahkan pemantauan ke atas setiap akaun unit perniagaan syarikat utiliti nasional tersebut.

Sehubungan itu, kumpulan kesatuan berkenaan bertindak menghantar surat kepada EC hari ini bagi menyatakan hasrat melakukan kunjungan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan lanjut.



-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=993370

KENYATAAN MEDIA - 14 NOVEMBER 2013 KESATUAN & PERSATUAN TENAGA NASIONAL BERHAD BERHUBUNG ISU UNTUK MEMECAHKAN TNB


Empat Kesatuan dan Persatuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terdiri daripada :-

1. Persatuan Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (PETNB),
2. Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB (KPPPTNB),
3. Tenaga Nasional Junior Officers Union (TNBJOU)
4. Persatuan Unit Keselamatan TNB (PERUNIKA)

yang mewakili lebih 30,500 (Tiga puluh ribu lima ratus) pekerja merasa sungguh terkejut serta kesal dengan kenyataan terkini Suruhanjaya Tenaga Malaysia yang dilaporkan di media baru - baru ini berhubung cadangan untuk memisahkan TNB. Kenyataan yang dibuat oleh Suruhanjaya Tenaga itu telah menimbulkan keresahan kepada pekerja TNB. Semua pihak yang berhasrat untuk memecahkan TNB perlu menghormati dan diminta tidak sewenang-wenangnya membuat kenyataan seperti itu, kerana ianya tidak bertepatan dengan janji yang telah dibuat oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di depan ribuan pekerja semasa lawatannya ke TNB pada 3 Mac 2013.

Perlu ditegaskan Perdana Menteri semasa lawatan h berjanji TNB tidak akan kekal sebagai satu entiti bersepadu dalam industri perbekalan elektrik Negara.

Sehubungan dengan itu Kesatuan dan Persatuan TNB telah menghantar surat pada 14 November 2013 ke Suruhanjaya Tenaga Malaysia dengan menyatakan hasrat melakukan kunjungan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara ini.

Kami ingin menegaskan kepada semua pihak yang berhasrat untuk memisahkan TNB supaya tidak lagi memainkan isu ini. Kami bersedia mempertahankan TNB dari dipisahkan dengan apa cara sekalipun sebagaimana kami menyanjung tinggi dan mempertahankan janji yang telah dilafazkan oleh YAB Perdana Menteri.




(Abdul Shukor Hassan)
Yang Di Pertua
PETNB
H/P : 012-2225914
H/P : 012-2609819

(Mohd Roszeli Majid)
Presiden
TNBJOU
H/P: 012-3874166

(Abu Hussin Nekmat)
Presiden
KPPPTNB
H/P : 012-6954403

(Nekmat Md Seh)
Yang Di Pertua
Persatuan Unit
Keselamatan TNB
H/P : 012-2609819

Monday, November 4, 2013

UPDATE STATUS KAJIAN HAY


1.Apakah tujuan kajian HAY terhadap pekerja non exec?
Tujuannya ialah membuat KAJIAN terhadap kadar pasaran pendapatan pekerja non exec. Perlu diingatkan bahawa Kajian HAY BUKAN bermaksud pendapatan pekerja non exec mesti dinaikkan tetapi ianya tertakluk kepada keputusan hasil kajian yang dibuat.

2.Apakah hasil keputusan kajian tersebut?
Hasil kajian HAY menyatakan kadar pendapatan pekerja non exec telah melepasi kadar pasaran pekerjaan

3.Apakah cadangan lain oleh pihak HAY berdasarkan kajian yg telah dibuat?
HAY mencadangkan beberapa jawatan digabungkan,diturunkan & ditingkatkan bagi menambah baik system yg ada.

4.Apakah tindakan TNBJOU?
TNBJOU menolak hasil kajian HAY dan kesatuan telah memajukan counter proposal bersama justifikasi bagi pertimbangan semula mngmnt.

5. Pihak mngmnt memaklumkan input kajian HAY & proposal TNBJOU telah dimajukan utk pertimbangan pengurusan tertinggi TNB & keputusannya akan dimaklumkan apabila diterima kelak.

6. EXCO TNBJOU pd 28.10.2013 memutuskan perbincangan berkaitan kajian HAY diteruskan sehingga tempoh CA tamat.

7. Jawatankuasa CA bertanggungjawab memajukan proposal baru CA termasuk artikel gaji dengan mengambilkira input dari perbincangan kajian HAY apabila tempoh CA tamat.

8.Jkuasa CA akan segera melakukan kerja2 menyediakan proposal CA sebaik perlatikannya dibuat pd minggu kedua bulan November 2013.

9. MENGAPA staff executive TNB menikmati pelarasan gaji setelah kajian HAY dilakukan?
Staff executive yang diwakili PETNB menikmati pelarasan gaji & bayaran 'arrears' kerana hasil kajian HAY & feedback yang diberikan PETNB membuktikan pendapatan staff executive berada di bawah pasaran pekerjaan semasa ketika itu. Sehubungan itu pelarasan pendapatan perlu dilakukan bagi menyesuaikan dengan amalan pasaran pekerjaan.

Dalam rundingan CA 2010/2013 PETNB & pengurusan telah bersetuju untuk membuat kajian lanjut berhubung pendapatan staff exec dengan mengambil input konsultan HAY selepas CA ditandatangani. Persetujuan ini dilakukan kerana pihak PETNB adalah pihak yang terakhir 'conclude' rundingan CA (pada masa itu K3P & TNBJOU telah selesai rundingan CA) selepas terdapat halangan memuktamadkannya kesan dari permasalahan article gaji.

Sekian untuk makluman ahli-ahli

Presiden TNBJOU