Sunday, May 15, 2011

HASIL RUNDINGAN CA DI MELAKA POSITIF!


12-13 Mei 2011 – Rundingan Perjanjian Kolektif (CA) Ke Tujuh di Hotel Equatorial, Melaka telah menunjukkan pencapaian positif dan berjaya menyelesaikan banyak artikel. Kini hanya tinggal 14 artikel sahaja dari 99 artikel yang perlu dirundingkan semula dalam rundingan berikutnya yang dijadualkan pada awal Jun 2011. TNBJOU turut bersyukur kerana hasrat untuk merealisasikan gaji minima RM900 seperti yang disarankan oleh Malaysian Trades Union Congress (MTUC) telah dipersetujui oleh majikan dalam sesi rundingan tersebut.

TNBJOU masih belum bersetuju dan kekal memperjuangkan tuntutan COLA @ Transport Allowance, Subsidi Perumahan dan beberapa elaun lain kerana setakat ini majikan belum melakukan tawaran balas tentang perkara ini pada mana-mana pihak kecuali Transport Allowance yang telah ditawarkan peningkatan tetapi masih belum diterima oleh TNBJOU. Kesatuan telah memohon majikan mempertimbangkan kadar yang lebih tinggi daripada apa yang telah ditawarkan sesuai dengan tuntutan keadaan ekonomi semasa dan akan datang.

Pelarasan Gaji (Salary Conversion) yang ditawarkan juga jauh dari sasaran TNBJOU dan peratus yang dituntut oleh Kesatuan melalui persetujuan Jawatankuasa Bersama Kesatuan Persatuan TNB. Berikut adalah senarai artikel-artikel yang perlu terus dirundingkan dalam pusingan berikutnya.

No comments:

Post a Comment