Tuesday, November 17, 2009

APA KATA CEO TNB TENTANG BONUS?

'Bonus tahun ini rendah sedikit dari tahun lalu!' Itu jawapan yang diberikan oleh Dato' Sri Che Khalib bila ditanya oleh pemimpin Kesatuan dan Persatuan TNB dalam Majlis Makan Malam Bersama Ketua Pegawai Eksekutif TNB pada 29 Oktober lalu. Berdasarkan kepada kelazimannya bonus tahunan adalah tertakluk kepada prestasi syarikat, individu dan dibayar selepas Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Laporan Kewangan TNB diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunannya.

Mesyuarat Agung Tahunan Kesembilan Belas TNB telah dijadualkan akan diadakan pada hari Selasa 15 Disember 2009 pada pukul 10.00 pagi di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB.

Fakta dan sejarah pembayaran bonus sejak 4 tahun lepas menunjukkan pembayaran hanya dilakukan pada atau selepas sambutan perayaan Hari Natal iaitu sebelum berakhir tahun 2009.

Sehingga artikel ini dikeluarkan, pihak Kesatuan dan Persatuan TNB masih belum mendapat sebarang maklumat dari Pengurusan berhubung dengan kadar dan tarikh bayaran bonus untuk tahun ini. Ahli-ahli diminta mengelakkan dari terlibat dengan sebarang spekulasi berhubung isu bonus sehingga mendapat maklumat rasmi dari Kesatuan dan Persatuan TNB.

18 comments:

  1. mana nak cari syarikat yg bayar bonus w/pun kemelesetan ekonomi berlaku disana sini. Diluar sana ramai yang telah hilang kerja. Pekerja TNB untung dapat CEO yg baik dan selalu utamakan staff. Mungkin dia terpaksa agaknya ambil orang luar kerja di TNB sebab kadang-kadang kuasa 'tekanan' diluar TNB itu kuat sangat terutama orang politik.Ana ingat kalau CK tiada di TNB sejak 2004, alamat sudah lama bankrup TNB ini dikerjakan oleh orang politik yang mahukan projek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org dlm tnb tau perangai dia ni. Takperlu bangga. Org lain bonus 1 bulan, dia alone 6 bulan..sembang tnb rugi..

      Delete
  2. Kita rasalah tak kiralah sapa CEO kalau dah Kompeni/syarikat itu untung tak kan tak leh bayar bonus lainlah kalau ianya rugi

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan Pak Awang.. gaji CEO besar.. gaji pekerja kecik.. fikir-fikirkan la...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Mira ada juga orang setuju dengan kita

    ReplyDelete
  5. Gaji CEO BESAR sebab tanggungjawab dia besar! Org TNB dibagi t.jawab tapi tidak pandai jaga..TNB dgn TNB pun selalu bertelagah...dlm sejarah TNB...hemmm mana ada CEO yg bayar bonus sekaligus...engkau org bagi tahu aku? Mana ada CEO yg boleh jadikan TNB CHAMPION..kat Malaysia dan ASEAN...Nak harapkan Engineer run TNB....buat hutang pandailah...sampai berbilion sblm DCK datang..ada saje projek itu..inilah..tapi breakdown juga...kini sudah kurang pun breakdown..boleh pun....ini semua sbb leader kena bagus..keras sikit..kalau lembut alamat kena pijak kepalalah...

    ReplyDelete
  6. jgn pandai cakap jer bro...aku sokong pak awang..gaji dia besar..huh!!..siapa tulang belakang dia yg susah payah menjaga nama baik dan prestasi syarikat..setakat ceo mengeluarkan buah fikiran bolehla..kalau ada buah fikiran tapi tanpa pekerja ianya takkan terlaksana,,,apa bro anonymous nih pro management kerrr

    ReplyDelete
  7. Aku sokong Mattepon, Amra dan Pak Awang...
    Sedih tau...nape ye...CEO yang datang dari luar TNB suka buat press statemen di akhbar..dia hendak tunjukkan yg dia bagus sangat ke? Semua statemen dia hanya cakap pasal DUIT (RM) sahaja dan cakap pasal projek...tetapi tidak pernah ada statemen pasal puji pekerja TNB yang kerja teruk siang malam handle breakdown..tidak kira banjir,ribut, taufan. hujan, raya, Deepavali,penyakit H1N1...Macamlah dia sahaja SUPERMAN yang boleh buat apa sahaja tanpa bantuan staff...sedangkan yang buat kerja terruk dan gaji tidak seberapa ini ialah orang bawah...lepas itu semua budget potong..hendak minta feeder pillar untuk projek pun...pinjam sana pinjam sini..lepas itu macam-macam pulak laporan hendak disediakan tiap bulan..meting tidak habis-habis...lembu punya susu sapi dapat nama lah....

    ReplyDelete
  8. alex...10q..tuhan tu nk tunjuk...pasal kes jaga tertembak budak tu..walhal syarikat luar punya jaga yg dpt nama TNB...malulaa..kenapa x guna khidmat POLIS BANTUAN yg sedia ada..ini semua gara2 nk cut kos la nih...nasib baik budak2 tu x mati.SAYA MMG X SETUJU OUTSOURCE2 nih..memang sah kepentingan individu terlibat...ada MASYUKKKKK...

    ReplyDelete
  9. itu tuhan nak tunjuk kat CK la tu...sbb dia kerja TNB pun cara kontrak?..org yg suka publisiti ini akhirnya akan dimalukan oleh publisiti jugak agaknya...BUKAN SAHAJA KONTRAKKAN KERJA tp dia jual TNB! Cuba tenguk tanah TNB di Kota Bharu (pada siapa dia jual?)dan lps tu org yg dpt tanah tu jual semula..untung atas angin saje, Cuba tenguk harta TNB di London (pada siapa dia jual dan berapa dia jual?) Cuba tenguk tanah TNB Kenny Hill (pada siapa dia jual?)...dan penjualan ini sbbkan org yg belinya untung juta-juta atas angin saja dan buat projek pulak tu..Cuba tenguk projek angkut arangbatu 20 juta sebulan (pd siapa dia beri?) Cubatenguk projek dgn no 413/205 utk buat SCADA RM30 juta dgn derict nego dan remote metering RM90 juta (siapa dpt dan siapa belakang projek tu?). Semua ini baik ke utk TNB dan masadepannya? Pd org yg x tahu cerita tentang CEO ini...mesti dia kata bagus tapi pd yg tahu....hampassss....!

    ReplyDelete
  10. Jual beli perkara biasa dalam perniagaan- itu sebahagian kerja dia yang pd fikirannya tak menafaatkan TNB. Jual lebih mudah pada nak di selenggarakan. Saya rasa tak patutlah kalau projek tertentu hanya di berikan kpd orang tertentu. Tambahan lagi dia selalu bercakap tentang DID? Mana boleh buat gitu??

    ReplyDelete
  11. ex-tnb...
    tuan2 & puan2.... saya sebenarnya ex TNB... dulu pun saya beranggapan seperti anda semua.... selalu komplen itu, komple ini... dan akhir sekali, saya decided utk resign & berhijrah ke company yg lebih besar... tetapi.... selepas itu, baru lah saya reliaze... asyik komplen sana2 ni... tetapi sebenarnya nya, keadaan di TNB jauh lebih baik dari company saya sekarang walaupun ianya jauh lebih besar dari TNB..... setiap leader ada pro & con dia.... so,ambil lah di sudut yg positif..... saya pun bukan lah pro CK, anti pun ia jugak.... but, di sudut yg positive... telah banyak kebaikan & kejayaan yg beliau telah berikan.... nak kata pasal kroni sana, kroni sini... sebelum zaman CK lagi benda tu dah berlaku. nama pun TNB yg mak bapak dia MOF.... so, sesiapa yg lead TNB pun tak akan terlepas.....

    ReplyDelete
  12. apapun kita ni cuma kuli kpd management.. kita buat kerja utk mereka & kepentingan mereka.. sebab tu kita ni diminta buat mcm2.. DID lah, telus lah, jujurlah... kalo xikut kena tatatertib.. dah lah yg kena tu org susah & ada yg anak ramai.. umur kadang ada yg dah lanjut.. sapa nak ambil kerja umur yg dah nak masuk warga emas ni??? & kalo dpt pun berapa gaji yg depa ni bleh dpat??? tp kalo management buat silap mesti depa akan cover dgn pelbagai cara.. cuma yg xbernasib baik jer yg kena tindakan... (itu pun xramai) mcm yg saudara ckp siapa dibelakang projek2 besar tu (scada dll).. saya memang setuju.. depa buat xpe, kita buat hancur masa depan.. xdpt kiri, kilas kanan, xdpt atas, bawah... xcukup dgn cubitan die bg penampar.. selagi kita xhancur... tuan2 faham2 lah sendiri..

    dan lagi satu, kalo kita tahu pun memang depa buat.. depa pasti xkan kena kerana depa ni ada kuli yg menjalankannya.. so kalo ambil tindakan pun kuli juga yg akan kena...

    ReplyDelete
  13. depa yg kenyang, kita ni setakat boleh marah & rasa xpuas hati jer.. kita cakap lah apa pun, tp depa gelakkan saje kita ni...

    kita ni umpama anjing kurap...

    ReplyDelete
  14. OUTSOURCING ni satu hal napelah suka sangat mgmt buat gitu pada akulah aku tak setuju 1000% napelah susah sangat TNB nak ambil staff baru.Sedangkan sekarang berapa ramaianak-anak staf/anak-anak muda kita yang mengangur.nak keria bukan main susah lagi majoriti kerja-kerja diMalaysia telah ditawan olih orang asing seperti bangla/indun/miamar atau seangkatan dgnnya. CK pun x mengahut seruan kerajaan RAKYAT DIUTAMAKAN....... Aku rasalah last-last nanti orang asing akan memonopoli kerja-kerja di TNB..Hoi BRO tamatlah semua OUTSOURCE tambatlah atau serapkan mike dalam syarikat KITA ada berani ke?

    ReplyDelete
  15. kami kat kev. . jangan sebut pasal bonos .. habuk fly ash ada laa

    ReplyDelete
  16. personal loan ambank for tnb staff.. visit

    http://ambankpersloanz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. kenapa miter rider dapat lebih insentif sdang kan dia orang tak buat kerja pun?kami yang potong bekalan ne macam anak tiri je...dah la takada alaun risiko,tak ada alaun tanggal jangka,semua keja kami kena buat,nak kena betul kan nombor tiang yang miter rider tak betul kan masa gi baca miter,pas tu banyak tempat tak gi reading pas tu menyusah kan kami di bhagian potong bekalan.apa ne?takan pihak atasan tak boleh nampak benda2 mcm ne....sepatut nya kami yg di bahagian potong bekalan ne yg dapat lebih ganjaran,sebab kami ne mcm ah long pda tnb,gi collect duit dari penguna.CUBA PEHAK ATASAN BAYANG KAN ANDAI KATA KAMI DARI UNIT PEMOTONG BEKALAN MOGOK TAK NAK GI POTONG SELAMA SEBULAN,APA AKN JDI PDA TNB?????(kiriman dari pemotong bekalan muar)FIKIR2 KAN LAH WAHAI PIHAK ATASAN TNB....

    ReplyDelete