Tuesday, September 1, 2009

SESI KESATUAN/PERSATUAN BERSAMA JHED HANGAT!

2 Sept 2009 : 'Sesi perbincangan yang diharap, rupanya sesi taklimat yang diberikan', itu kata-kata yang dihemburkan dari mulut seorang pemimpin tertinggi Kesatuan terhadap program Majlis Perbincangan Berhubung Prosedur Tatatertib TNB Edisi Ke Enam di Jabatan Hal Ehwal Dalaman (JHED), Petaling Jaya hari ini.

Sesi tersebut telah dipengerusikan Pengurus Besar JHED - En Jamaludin dan disertai oleh barisan pengurusannya termasuk penasihat kepada JHED iaitu En Wan Razak (bekas PB JHED yang telah bersara)

Pegawai Kesatuan/Persatuan TNBJOU, K3P, PET dan PERUNIKA yang hadir juga kesal kerana beberapa maklumbalas yang pernah diberikan pada JHED sejak dari tahun 2006, tidak pernah diberi maklumbalas oleh JHED kepada Kesatuan/Persatuan.

Sesi perbincangan yang diatur sepatutnya memberi tumpuan terhadap persiapan draft prosedur Tatatertib TNB Edisi Ke Enam tetapi telah dipergunakan untuk memberi taklimat terhadap beberapa pindaan yang telah dirangka untuk dimajukan ke Pengurusan tertinggi.

Pemimpin-pemimpin Kesatuan/
persatuan juga telah mengkritik cara JHED membuat draft prosedur Tatatertib TNB Edisi Ke Enam kerana gagal mengambil 'input' yang telah diberikan. Kesatuan/Persatuan TNB juga tidak sanggup menjadi 'rubber stamp' kepada tindakan JHED untuk menghalalkan cara!

Antara pindaan yang dibentangkan oleh JHED adalah memperuntukkan hanya SEORANG PENGERUSI bagi mengendalikan dan memutuskan penemuan sesi siasatan tatatertib bagi kes-kes tertentu untuk menggantikan fungsi 3 orang panel seperti sistem sedia ada. Selain itu Kesatuan/Persatuan juga dimaklumkan JHED bercadang untuk melaksanakan sistem Pegawai Penyiasat bertindak sebagai Pegawai Pendakwa. Pemimpin Kesatuan /Persatuan yang hadir telah menyuarakan keresahan dan bantahan terhadap cadangan tersebut yang dengan nyata akan melanggar prinsip fundamantal Keadilan Asasi (Natural Justice).

Kesatuan/Persatuan TNB telah beriltizam dan sepakat akan menentang sekeras-kerasnya pindaan buku prosedur Tatatertib TNB jika ianya tidak dilakukan dengan sempurna mengikut proses dan amalan perundangan yang diamalkan. Pemimpin Kesatuan/Persatuan yang hadir juga telah memberikan peringatan kepada Pengurusan JHED supaya menyediakan sepenuhnya draft cadangan dan memajukan salinan kepada Kesatuan/Persatuan untuk dikaji sebelum satu sesi perbincangan diadakan semula. Semua tindakan balas terhadap cadangan pindaan ini akan diselaraskan melalui Jawatankuasa Bersama Kesatuan/Persatuan TNB yang telah ditubuhkan sejak sekian lama bagi melindungi HAK PEKERJA dari ditindas oleh pengurusan.

2 comments:

  1. Saya cuma nak bertanya sahabat, kenapa TNB nak mengoleh edisi demi edisi prosedur tatatertib sehingga macam nak jadi satu bahan rujukan kalau tak ada kemudian ramai orang kerja TNB akan jadi bermasalah. Banyak Syarikat Swasta termasuk Syarikat GLC lain takpun ada prosedur sehebat TNB. Apa TNB nak jadi jagohan dalam GLC bagi kategori ini ke??
    Saya rasa Union TNB perlu bersatu menentang stail pengendalian prosedur yang mempunyai motif selain dari tidak menghukum.....lindungi hak Pekerja!!!!! SOLIDARITY WE LIVE

    ReplyDelete