Tuesday, September 1, 2009
Sekitar Sambutan Ulang Tahun TNB Ke 60 Di Ibu Pejabat
Ibu Pejabat : Pegawai-Pegawai Utama TNBJOU turut serta dalam majlis Perhimpunan Ulang Tahun Ke 60 TNB pada 1 September 2009 di perkarangan TNB Ibu Pejabat. Anggota kerja dan Pengurusan juga telah menyanyikan lagu NegaraKu dan Lagu Korporat TNB secara bersama-sama. Pengerusi TNB menyampaikan amanat kepada kira-kira 800 anggota kerja TNB sekitar Ibu Pejabat dan seterusnya bersama-sama dengan CEO melakukan upacara simbolik melepaskan ikatan belon ke udara.
TNB juga mengedarkan naskah percuma akhbar New Straits Times dengan sisipan iklan ucapan tahniah di atas sambutan ulang tahun TNB ke 60.
Walaupun cuaca pada awalnya agak mendung dengan hujan gerimis tetapi cuaca kembali tenang dan majlis dapat dijalankan dengan lancar dengan sempurna. TNBJOU mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun TNB Ke 60 dengan harapan Syarikat ini akan dapat terus menyinari masa depan negara dan anggota kerjanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment