Tuesday, August 20, 2013

STATUS KAJIAN SEMAKAN PELARASAN GAJI OLEH HAY CONSULTANT

Sesi syndication dengan pihak HAY Consultant telah diadakan pada 20 Ogos 2013 di tingkat 10, Bangunan TNB Ibu Pejabat. Dalam sesi tersebut pihak HAY telah membentangkan hasil kajian, skop kajian, isu-isu yg dikenalpasti untuk pekerja non executive serta mendapatkan maklumbalas Kesatuan untuk tujuan kajian selanjutnya.

Pihak HAY juga menjelaskan garispanduan dan prinsip kajian adalah berdasarkan kepada 2 perkara utama iaitu :-
1) Peluang Haluan Kerjaya berdasarkan kompetensi
2) Ganjaran berdasarkan dayasaing dan amalan di pasaran pekerjaan.

Tujuan kajian dilakukan adalah untuk perkongsian maklumat berdasarkan amalan semasa melalui hasil kajian perbandingan yang dilakukan oleh pihak bebas terhadap amalan di pasaran pekerjaan.

Melalui hasil kajian tersebut juga telah diketengahkan rasionalisasi dan justifikasi kajian untuk pemahaman Kesatuan dengan mengambil contoh-contoh gred gaji dan jawatan di pelbagai sektor pekerjaan. Ianya turut disokong oleh fakta-fakta angka dan graft bagi memperincikan penerangan hasil kajian yang dilakukan.

Sumber kajian untuk perbandingan ialah dengan merujuk kepada contoh-contoh 16 syarikat Minyak dan Gas (O&G), 14 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan juga Sektor Perkhidmatan Awam kerajaan seperti yang telah dipersetujui bersama dalam mesyuarat terdahulu yang diadakan pada March 2013.

Matlamat Kesatuan melalui hasil kajian ini lebih tertumpu kepada usaha-usaha untuk mendapatkan pandangan pihak yang bebas bagi memastikan gaji,pendapatan,haluan kerjaya dan tugasan ahli-ahli dari semua gred yang diwakili Kesatuan adalah setara dan setimpal dengan amalan pekerjaan yang ada di negara ini. Selain itu Kesatuan juga cuba mencari penyelesaian terhadap permasalahan berkaitan gaji dan pendapatan yang telah dibangkitkan oleh kumpulan-kumpulan pekerja berdasarkan gred-gred tertentu.

Tidak ada sebarang keputusan pelarasan gaji yang dibentangkan.Pihak Kesatuan telah memohon satu tempoh masa untuk melakukan semakan terhadap data dan fakta-fakta yang diberikan dan akan menyambung sesi perbincangan seterusnya dalam masa terdekat. Selain itu Kesatuan juga memerlukan masa bagi menyediakan statistik sokongan bagi memastikan isu-isu berkaitan gaji dan pendapatan dapat dibangkitkan dengan teratur bagi mencapai satu penyelesaian.

Ahli-ahli dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi terhadap hasil kajian ini dan diminta memberikan kerjasama supaya proses kajian ini dapat dilakukan dengan baik melalui usaha-usaha bersama antara pengurusan,kesatuan dan pihak HAY Consultant.

PENCALUNAN & PEMILIHAN PEGAWAI UTAMA TNBJOU PENGGAL 2013-2016

Semua 22 cawangan TNBJOU selesai mengadakan mesyuarat TGM dan membuat penamaan pencalunan. Sehubungan dengan itu satu mesyuarat bagi menjalankan proses konsultasi menyusun dan memuktamadkan penamaan calun telah dilakukan di pejabat TNBJOU pada 19.8.2013. Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil-wakil negeri dan juga POB TNBJOU dan dijalankan dengan harmoni serta muafakat. Sehubungan itu secara konsensus telah diputuskan semua jawatan telah dimenangi tanpa pertandingan oleh calun-calun yang dinamakan. Dua muka baru (Sdr Baharom Shaari-Tim.SUsaha) & Sdr Mohd Farid Chong - Pen. Bendahari, Bendahari sediada Sdr Yusoff Basir melepaskan jawatan dan digantikan oleh Sdr Zaraan Mokhtar. Manakala berlaku pertukaran potfolio antara Sdr Rashid dan Sdr Ali Omar bagi jawatan Setiausaha Agong dan Tim. Presiden. Sementara itu Sdr Rahamat Abdullah (Tim S.Usaha pula telah memberi laluan kepada Sdr Baharom Shaari bagi mengisi jawatan yang telah disandangnya sejak 3 tahun lalu)

Keputusan proses penamaan dan pencalunan ini menyaksikan beberapa perubahan kecil & pertukaran pofolio berlaku untuk membentuk barisan baru bagi Penggal 2013-2016 bagi memantapkan TNBJOU dalam era mendatang. Semua POB yang terpilih akan diSAHkan & diistiharkan melalui Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan yg akan diadakan pada 20.10.2013 di hotel Primera, Jalan Raja Laut, KL.
Berikut adalah carta TIDAK RASMI POB TNBJOU Penggal 2013-2016. TNBJOU mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua ahli,cawangan, ahli EXCO, Perwakilan, Wakil Negeri dan POB yang telah menjalankan amanah sepanjang penggal 2010-2013.