Friday, February 24, 2012

CEO TNB-ORANG DALAM ATAU ORANG LUAR? APAKAH PM MENDENGAR HASRAT HATI PEKERJA TNB?



Kerajaan dijangka akan memutuskan siapakah CEO TNB yang baru dalam masa yang terdekat bagi menggantikan perkhidmatan Dato' Sri Che Khalib yang akan tamat kontraknya pada Jun 2012. Surat Kesatuan & Persatuan TNB telah dihantar kepada PM, Kenyataan Akhbar dan Sidang Media juga telah diadakan oleh pimpinan Kesatuan dan Persatuan TNB. Tinjauan Kesatuan dan Persatuan melalui hasil lawatan ke stesen-stesen TNB dan ratusan e-mail yang diterima menunjukkan hampir 99% pekerja dan ahli-ahli Kesatuan / Persatuan yang ditemui menyatakan sokongan kepada hasrat Kesatuan / Persatuan untuk mengembalikan pucuk pimpinan TNB kepada pimpinan dalaman TNB.

TNBJOU telah menghantar notice untuk memanggil Mesyuarat EXCO pada 12/3/2012 di Kuala Lumpur bagi membincangkan dan membahaskan pelbagai isu dalaman TNB termasuk perlantikan CEO. Mesyuarat dijangka akan membuat keputusan yang penting bagi memastikan agenda pekerja TNB dan syarikat diberi perhatian oleh kerajaan. Dalam masa yang sama Presiden KPPPTNB pula memaklumkan akan turut mengadakan mesyuarat EXCO pada awal bulan Mac dan diikuti oleh Mesyuarat EXCO Persatuan Eksekutif TNB. Ketiga-tiga Kesatuan dan Persatuan TNB sepakat dan sekata mahu supaya Kerajaan memulihkan keyakinan pekerja TNB dengan melantik CEO baru yang dipilih dikalangan pucuk pimpinan TNB.

Meskipun Kesatuan dan Persatuan memahami kuasa melantik CEO TNB adalah kuasa mutlak kerajaan tetapi setelah hampir 8 tahun TNB diterajui oleh pimpinan luar TNB, adalah penting bagi Kesatuan dan Persatuan menyampaikan hasrat pekerja TNB untuk perhatian kerajaan termasuk Perdana Menteri. Kerajaan mesti melihat apa yang disampaikan oleh Kesatuan dan Persatuan TNB ini sebagai salah satu usaha positif dalam memulihkan dan meningkatkan keyakinan pekerja TNB terhadap peranan Kerajaan demi masa depan TNB yang lebih cemerlang.

Semasa menyatakan pandangannya tentang CEO Petronas, Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir pernah menyatakan pandangannya agar CEO yang akan dilantik kelak hendaknya dari orang yang berpengalaman luas dalam industri minyak. Ini kerana katanya sekiranya "orang baru", banyak masa yang perlu dipelajari dan juga menyesuaikan diri.Akhirnya Datuk Shamsul Azhar Abbas yang merupakan dari pengurusan Petronas telah dilantik sebagai Presiden / CEO Petronas mulai 10/2/2010. Ternyata pengalaman luas sejak mula berkhidmat dengan Petronas dari tahun 1974 dan kemudiannya berkhidmat sebagai CEO MISC telah menjadi sebahagian pertimbangan kerajaan pimpinan Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkannya sebagai CEO Petronas. Akhbar STAR bertarikh 4/2/2010 melaporkan 'In a statement yesterday, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said he was confident Shamsul, 57, possessed the qualification, authority and experience to bring continued success to Petronas'.Jika diambilkira dari pendekatan ketelusan yang dilakukan oleh pentadbiran Perdana Menteri - Datuk Seri Najib, turut menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir di arah melepaskan jawatannya kerana projek Empangan Bakun mengalami kerugian melebihi RM1 bilion. Sebagai rekod kini TNB dilaporkan di media massa mengalami kerugian setiap hari berjumlah RM10 juta (antara RM300juta hingga RM350 juta sebulan) kerana menggunakan bahan bakar gantian (distillates) kesan dari krisis bekalan gas yang berlarutan. Akhbar turut melaporkan krisis ini dijangka hanya akan selesai pada bulan Ogos apabila loji LNG di Melaka yang menelan belanja RM2 billion yang ditanggung Petronas siap dan beroperasi sepenuhnya pada Ogos 2012.

Semangat dan prinsip inilah juga dipegang oleh Kesatuan dan Persatuan TNB dalam memohon kerajaan memberikan kepercayaan semula kepada pimpinan dalaman TNB bagi meneruskan teraju syarikat perbekalan elektrik negara yang berprestij ini. Umum mengetahui masalah berkaitan TNB kini lebih tertumpu kepada isu bekalan gas dan ianya amat berkait rapat dengan isu teknikal dan perancangan operasi syarikat. Meletakkan seseorang pemimpin dalaman bagi menerajui TNB akan memudah dan memantapkan kelansungan terhadap perancangan-perancangan yang berkait rapat dengan operasi TNB.

Tidak dapat dinafikan sokongan pekerja amatlah penting bagi mana-mana pengurusan sesebuah syarikat untuk terus mencapai matlamatnya. Tinjauan ke laman-laman Facebook TNB Closed Group (TNB Unite Group, I Work For Tenaga, TNB Staff Forum dan TNB) juga menunjukkan majoriti pekerja mahukan TNB dikembalikan semula kepada 'orang dalam'. Dari beberapa Facebook TNB Closed Group yang dimasuki, adalah jelas hasrat pekerja TNB ini dinyatakan secara terbuka dan amat memeranjatkan kerana tiada satupun komen negatif diberikan terhadap cadangan yang diberikan oleh Dato' Sri Che Khalib untuk menamakan Dato Azman Mohd selaku CEO yang baru. Lebih-lebih lagi pekerja TNB sejak sekian lama telah dimaklumkan oleh Pengurusan TNB bahawa Dato' Azman adalah antara calun kepimpinan dalaman yang sedang dibentuk untuk memimpin syarikat.

Kepimpinan Dato' Azman telah terbukti cemerlang dalam merancang dan meningkatkan imej syarikat ketika menerajui bahagian Pembahagian TNB selaku Naib Presiden suatu ketika dahulu. Banyak perubahan dan peningkatan terhadap sistem kerja dan idea-idea baru dilaksanakan dalam menjadikan TNB lebih dekat dengan pengguna. Program TNB bertemu pelanggan adalah antara program yang amat berjaya mendekatkan perkhidmatan TNB dikacamata pelanggan. Malahan atas usaha beliaulah juga jawatan Pegawai Perhubungan Pelanggan diperkenalkan di setiap pejabat TNB. Beliau juga sering turun padang bagi meninjau sendiri sesuatu masalah berkaitan bekalan elektrik dan bersifat terbuka dalam berkomunikasi dengan semua peringkat pekerja. Maka tidaklah menghairankan jika sokongan terhadapnya begitu ketara dilihat malahan undian-undian yang dilakukan dilaman Facebook menunjukkan Dato Azman adalah calun paling dipercayai dari segi integriti, keupayaan perancangan,ketegasan dan mendapat undian tertinggi berbanding calun-calun lain.

Kerajaan sewajarnya menimbangkan secara serius pemilihan CEO TNB tanpa mengenepikan sentimen majoriti pekerja yang selama ini setia meningkatkan perkhidmatan dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam menjayakan agenda Kerajaan. Pelbagai anugerah yang dimenangi TNB diperingkat dalam dan luar negara adalah bukti nyata bahawa pekerja dan pengurusan TNB mampu membawa syarikat terus kemercu kejayaan.

Berikut adalah sebahagian petikan comment yang sempat diterbitkan semula untuk tatapan semua pembaca blog ini.

• Tolak "orang luar".. Jika "orang luar" selok belok elektrik tak tau.. Asal untung ja yang "orang luar" tau. Lepas tue.. lingkup!
• apalah agaknya dosa org TNB hingga tidak layak menerajui syarikat sendiri hingga dipandang begitu hina oleh pemerintah...apakah maknanya semua pencapaian, medal, award dan pengiktirafan jika yg terhasil dari dokongan & sokongan internal human capital itu hanya setakat menjadi tangkal azimat utk menunjukkan kehebatan ttp lompong isi dalamnya?...sudah hilangkah kepercayaan pemerintah pd pimpinan dalaman TNB atau mahukah mereka itu semua-pekerja pula hilang kepercayaan pd mereka? Kembalikan TNB pd pimpinan dalaman....
• orang luar selain bekas CFO yg skeg jd CEO uem... kalau org tu masuk, serupa mcm CK jek..2 x 5
• PIKET!!!!
• sepatutnya laa...org dalam yg 'feel' tnb je yg layak run biz TNB....yg len tuh..wat abis current!!!...kita yg kat bwh nie jugak dicantas!..da la kos kat m'sia nie makin meningkat...mcm2 la depa nie nak rancang utk TNB gamaknya..tuh semua dah la kuar blanja byk..just nak cover la katakan...harap2 pasni..kalo benar la kita nak berjuang utk TNB..kita tentang habis2san!!!...VIVA TNB!
• yang terbaik mestilah dari orng tnb juga.. faham segala2nya
• Lebih baik org dalam yg jadi ceo.. sebab dia pandai membuat keputusan dan tahu selok belok tnb.. jika di letakkan calon luar, perlu belajar dari A-Z.. Ini makan masa lagi, serta susah untuk menyelesaikan masaalah kerana masih dalam pembelajaran..
• again for me, it doesnt matter (kecuali ceo UEM tu).. outsider or insider, as long TNB can excel both operational and employee welfare, its ok for me. dulu Tan Sri Ani Arope pn orang luar jgk (correct me if i wrong)...
• jika semua langkah kebaikan dan cara eluk telah diusahakan dan masih tidak diambil berat oleh PM maka saya sokong untuk tindakkan keras untuk selesaikan masalah pekerja serta syarikat yang kita kasihi.
• pru13 akan tahu nasibnya
• NB xperlu kn org luar...kita perlu kn org yg tahu tntg selok belok TNB bru xsesat..kalu xsejarah akan berulang...andai kata org luar sx lg akn terajui TNB sy pohon kpda JOU adakan PIKET scr besar2 ran utk menolak org luar itu...ahli2 semua kena BERSATU...sy bru 7thn servis dgn TNB tlh merasai pahit getir krn org luar...mgkn OTAI2 blh cerita perit nya TNB dek krn org luar...
• tolak 500% orang luar...
• Boleh x sy wakilkan 100+ likes?
Klu org dlman, lg baik utk syarikat kite. Thu ape kepentingan syarikt.
• Of course setuju.... Hanya org dlmn tnb yg syg tnb .. tau pa yg terbaik utk syarikat
• Dato' Azman..calon terbaik setakat ni,jika dpt TAHNIAH
• memang calon yang paling layak!!!
• Calon Dalaman Adalah Kalangan Yang Terbaek....InsyaALLAH.. saya yakin dan percaya Datuk Azman will be good CEO jika dilantik, InsyaAllah
• 100% SETUJUUUUU...Dato' Azman..calon terbaik setakat ni,jika dpt TAHNIAH buat Dato' Azman
• esetengah kita hanya mengenali beliau dari mulut ke mulat,dari pembacaan akhbar dan sebgainya.. Jika ada yg mengenali beliau ataupun pernah bekerja d bwh tgn beliau minta bg info tentang beliau.. Bgtu juga calon2 lain.. Union minta biar org dlm ganti ceo tetapi kita ingin yg menganti jawatan mesti pandai mencorakkan tnb,membina hubungan staff bawahan ngan pihak pengurusan,mencari kembali aset2 serta pandai menguruskan tnb.. Kita tidak mahu seringkali d momokkan kerugian demi kerugian.. Juga calon mestilah mempunyai plan jangka pendek dan panjang bg menyelesaikan masalah.. Skadar pandangan
• sy rasa dgn like sudah melebihi 148 org yg menyokong penganti DCK ialah Dato Hj Azman...apa kata serahkan memo ini kepada UNION & bawa kepada Lembaga Pengarah serta di serahkan kepada PM. Bahawasanya kami Staff TNB tidak mahu org luar yg meneraju dalam TNB. Kami mahu org dalam iaitu di kalangan org TNB sendiri...
• Jika datok azman mesra pekerja serta dedikasi.. Mari sama2 kita sokong beliau.. I like
• pakat2 solat hajat semuga Ir azman ganti tempat org itu.. insyaallah
• Kita janji...you tolong saya , saya tolong you..boleh kita bersetuju...

1 comment:

  1. Putrajaya- Izzaddin TOP LIST proposed by Khazanah to be next TNB CEO..former TNB CFO

    ReplyDelete