Thursday, January 12, 2012
KESATUAN DAN PERSATUAN TNB TIDAK AKAN HADIRI MAJLIS TNB
3 Januari 2012 : Kesatuan dan Persatuan TNB memutuskan secara bersama dan bersetuju tidak akan menghadiri mana-mana majlis rasmi yang melibatkan Dato' Sri Che Khalib Mohamad Nor - Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif TNB. Tindakan ini diambil selari dengan keputusan memajukan isu-isu TNB dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan CEO TNB kepada Perdana Menteri.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB itu juga sebelum ini telah menggunakan ruang ucapannya di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PERUNIKA di Hotel Selesa, Johor Baharu untuk menempelak pemimpin-pemimpin Kesatuan kesan dari ketidak puasan hatinya terhadap desakan Kesatuan / Persatuan TNB mengenai isu bayaran bonus. Malahan beliau telah merendahkan imej dan kredibiliti pemimpin-pemimpin utama Kesatuan / Persatuan TNB di majlis tersebut dengan mengumpamakan mereka sebagai juara kampung atau dalaman semata-mata kerana pemimpin Kesatuan dan Persatuan TNB tidak menyatakan sokongan terhadap syarikat apabila TNB dituduh sebagai 'tidak effision' oleh CEO Petronas.
Kesatuan / Persatuan TNB terpaksa bertindak untuk mempertahankan maruah organisasi Kesatuan / Persatuan dan memulihkan keyakinan ahli-ahli terhadap peranan Kesatuan / Persatuan TNB yang telah ujud sejak 64 tahun lalu. Sudah banyak kali insiden demi insiden pergeseran antara Kesatuan / Persatuan dan CEO TNB berlaku sejak hampir 8 tahun lalu tetapi pihak Kesatuan / Persatuan TNB telah cuba mengamalkan sikap toleransi yang tinggi, namun sejak akhir-akhir ini serangan terhadap pemimpin Kesatuan / Persatuan TNB telah melampaui sempadan yang meminggirkan Keharmonian Dalam Perhubungan Perusahaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment