
4 November 2009 : Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak – Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Kesatuan dan Persatuan TNB yang terdiri dari TNBJOU,KPPPTNB,PETNB dan PERUNIKA di bilik mesyuarat pejabat Perdana Menteri, Tingkat 4, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Sdr Md Zamri Yasin - Presiden TNBJOU, Sdr Abu Hussin Nikmat-Presiden KPPPTNB, Sdr Abd Shukur Hassan–Yang DiPertua PETNB dan Sdr Nekmat Mohd Seh–Yang DiPertua PERUNIKA telah hadir bersama-sama dengan 27 Pegawai Utama Kesatuan dan Persatuan ke pejumpaan tersebut.
Tujuan utama perjumpaan tersebut diadakan adalah untuk mendapatkan penjelasan terperinci dari pemimpin Kesatuan Dan Persatuan TNB terhadap isi kandungan memorandum yang telah dimajukan oleh Majlis Jawatankuasa Kesatuan Dan Persatuan TNB kepada Perdana Menteri pada 23 Julai 2009. Pemimpin Kesatuan dan Persatuan TNB telah menjelaskan secara terperinci butiran kandungan memorandum yang mengandungi perkara-perkara berikut :-
- Perlantikan orang luar mengisi jawatan tertinggi dan pertengahan (Top and middle management) di TNB.
- Kenaikan Pangkat.
- Tindakan Tatatertib.
- Sistem Pengurusan Prestasi – Performance Management System (PMS).
- ‘Outsourcing’ Dan Kerja-Kerja Kontrak.
- Syarat-Syarat Pinjaman Yayasan TNB (YTNB).
| - Penjualan Harta Syarikat.
- Pembatalan Usahasama Pemilikan Lombong Arang Batu Di Indonesia.
- Penutupan Gudang Simpanan Bangsar, Kuala Lumpur.
- Isu-Isu Tertangguh
- Tuntutan Elaun Kos Sra Hidup (Cost Of Living Allowance-COLA)
- Usia Persaraan Pilihan 58 Tahun.
|
Perdana Menteri turut bersama-sama dengan pimpinan Kesatuan dan Persatuan menikmati juadah sarapan pagi yang disediakan. Keprihatinan Perdana Menteri terhadap isu-isu yang dibangkitkan amat terserlah dengan memberikan ruang kepada pemimpin Kesatuan dan Persatuan meluahkan isu-isu yang dibangkitkan secara satu persatu. Perdana Menteri juga mencatitkan beberapa maklumat yang diperolehi dan memaklumkan akan meneliti isu-isu yang dibangkitkan dan menimbang tindakan sewajarnya. Kesatuan dan Persatuan TNB merakamkan penghargaan dan terima kasih terhadap Perdana Menteri atas kesudian mendengar dan berbincang mengenai isu-isu yang dibangkitkan. Semuga satu penyelesaian dapat diusahakan supaya Kesatuan dan Persatuan dapat bersama-sama menjayakan slogan 1Malaysia, 1TNB dengan kerjasama rapat pemimpin negara.