Sunday, July 8, 2012

SELAMAT BERTUGAS DATUK Ir.AZMAN MOHD - CEO BARU KITA




1 Julai 2012 Kuala Lumpur : Datuk Ir.zman Mohd dengan rasminya telah bertugas sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB pada 1 Julai 2012. Satu majlis penyerahan tugas dan perpisahan bekas CEO TNB – Datuk Sri Che Khalib Mohamad Nor berlansung di Dewan Serbaguna TNB dengan disaksikan Pengerusi Tan Sri Leo Moggie dan Pengurusan Tertinggi serta pekerja pada 29/6/12. Perlantikan Datuk Azman Mohd merupakan satu pengiktirafan oleh pihak kerajaan kepada pekerja TNB setelah 8 tahun TNB diterajui oleh Datuk Sri Che Khalib. Untuk rekod Datuk Sri Che Khalib adalah seorang CEO dari kalangan orang luar TNB yang paling lama menerajui syarikat utiliti Negara.

TNBJOU merakamkan ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada Datuk Azman. Kami berikrar akan memberikan sokongan padu dan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan TNB terus mencapai kegemilangan sebagai pembekal tenaga elektrik tunggal di Negara ini.

5 comments:

  1. Saya harap Dato'Azman tidak lupa pada kami pesara2 ( LLN / TNB )

    ReplyDelete
  2. Saya harap TNB dapat memberi peluang kepada kami yang tak berpencen ni..Tgk caruman EPF pun dah takut nak jadi tua.hua3

    ReplyDelete
  3. taniaahhh CEO baru TNB..semoga TNB lebih maju pada masa akan datang dibawah beliau...aminnn..

    ReplyDelete
  4. SAIFUL a.k.a CRO KL PusatAugust 24, 2012 at 9:39 PM

    CEO VIBRANT - TAHNIAH

    ReplyDelete
  5. Taniah dato' ir azman..saya harap dato' dan persatuan union dapat suarakan tentang penyerapan juruwang(kontrak)agensi teletemps yang telah lama berkhidmat dengan tnb.tnb letak syarat 25 ke bawah jika ingin mintak jawatan kerani..tapi macam mana pula dengan staf yang berumur lebih dari 25?bukan tak penah mintak jawatan kerani tapi tnb tak pernah beri peluang kepada kami untuk ditemuduga..harap sangat persatuan union dapat suarakan tentang perkara ini..terima kasih :)

    ReplyDelete