Monday, March 15, 2010

MEMORANDUM PERSETUJUAN KELONGGARAN SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DITANDATANGANI




4 March 2010- TNBJOU telah menandatangani Memorandum Persetujuan Kelonggaran Syarat Bagi Kenaikan Pangkat Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) dengan pihak Pengurusan TNB. Memorandum tersebut mengandungi beberapa perubahan yang telah dipersetujui oleh Kesatuan dan Pengurusan TNB. Antara pindaan terhadap pekeliling Pengurusan Sumber Manusia Bil 18 Tahun 2008 bertarikh 5 Disember 2008 yang dipersetujui adalah :-

1.Markah Kompetensi dan KPI 5 tahun terakhir semua calun yang layak KUP diturunkan ke tahap minima >70%
2.Calun-Calun yang gagal dalam sesi ujian atau temuduga KUP akan diberi peluang untuk rayuan menghadiri ujian dan temuduga kali kedua dalam sesi rayuan.
3.Bagi Pekerja-Pekerja bukan eksekutif yang tidak pernah menikmati kenaikan pangkat sepanjang Perkhidmatan akan diberi pertimbangan kenaikan Pangkat KUP setelah berumur 50 tahun dengan PENGECUALIAN seperti berikut:-
•Tidak perlu menduduki ujian pengesahan kompetensi
•Tidak perlu menghadiri sesi Temuduga
4.Menghadiri sesi Panel Temubual mengenai keupayaan kerja.
5.Naib Presiden Sumber Manusia akan menemubual calun-calun yang gagal dalam sesi Panel Temubual untuk satu keputusan muktamad.
6.Syarat-Syarat lain dalam pekeliling Pengurusan Sumber Manusia Bil 18 Tahun 2008 bertarikh 5 Disember 2008 adalah kekal dan tidak berubah.

Cadangan TNBJOU yang ditolak oleh Pengurusan : Bagi Pekerja-Pekerja bukan eksekutif yang tidak pernah menikmati kenaikan pangkat sepanjang Perkhidmatan, mereka diberikan kenaikan Pangkat KUP secara automatik setelah berumur 50 tahun dengan prestasi sekadar memuaskan sepertimana yang dilaksanakan kepada Pemandu di gred TD04.

1 comment: