Monday, March 15, 2010

TNBJOU ANJURKAN SEMINAR & WORKSHOP WANITA 2010 DI LANGKAWI








March 2010 - Seramai 50 ahli wanita dari 22 cawangan TNBJOU telah menghadiri Seminar & Workshop Wanita yang dijalankan dari 28-3 March 2010 di Hotel Langkasuka, Langkawi, Kedah dengan tema ‘Memartabatkan Peranan Wanita Dalam Kesatuan Sekerja’. Peserta seminar & workshop telah diberi pendedahan terhadap hak-hak wanita dalam pergerakan Kesatuan Sekerja serta isu-isu semasa melalui pembentangan kertas kerja dari JHED (Pn Hasbah), Pengerusi Wanita MTUC (Pn Laila Aslah), Pegawai Latihan MTUC (Somasundaram) & Setiausaha Agong TNBJOU. Program ini juga bertujuan melahirkan lebih ramai pemimpin Kesatuan Sekerja Wanita menjelang Pemilihan Pegawai-Pegawai Kesatuan pada tahun ini.


PENGUMUMAN UNTUK AHLI EXCO
EXCO terakhir TNBJOU Penggal 2007/2010 & LDP 2010 dijadualkan akan diadakan di Melaka dari 12 hingga 14 April 2010 di Melaka. Notis Mesyuarat dan info berhubungnya akan diedarkan selepas semua persediaan dimuktamadkan. Harap Maklum.

MEMORANDUM PERSETUJUAN KELONGGARAN SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DITANDATANGANI




4 March 2010- TNBJOU telah menandatangani Memorandum Persetujuan Kelonggaran Syarat Bagi Kenaikan Pangkat Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) dengan pihak Pengurusan TNB. Memorandum tersebut mengandungi beberapa perubahan yang telah dipersetujui oleh Kesatuan dan Pengurusan TNB. Antara pindaan terhadap pekeliling Pengurusan Sumber Manusia Bil 18 Tahun 2008 bertarikh 5 Disember 2008 yang dipersetujui adalah :-

1.Markah Kompetensi dan KPI 5 tahun terakhir semua calun yang layak KUP diturunkan ke tahap minima >70%
2.Calun-Calun yang gagal dalam sesi ujian atau temuduga KUP akan diberi peluang untuk rayuan menghadiri ujian dan temuduga kali kedua dalam sesi rayuan.
3.Bagi Pekerja-Pekerja bukan eksekutif yang tidak pernah menikmati kenaikan pangkat sepanjang Perkhidmatan akan diberi pertimbangan kenaikan Pangkat KUP setelah berumur 50 tahun dengan PENGECUALIAN seperti berikut:-
•Tidak perlu menduduki ujian pengesahan kompetensi
•Tidak perlu menghadiri sesi Temuduga
4.Menghadiri sesi Panel Temubual mengenai keupayaan kerja.
5.Naib Presiden Sumber Manusia akan menemubual calun-calun yang gagal dalam sesi Panel Temubual untuk satu keputusan muktamad.
6.Syarat-Syarat lain dalam pekeliling Pengurusan Sumber Manusia Bil 18 Tahun 2008 bertarikh 5 Disember 2008 adalah kekal dan tidak berubah.

Cadangan TNBJOU yang ditolak oleh Pengurusan : Bagi Pekerja-Pekerja bukan eksekutif yang tidak pernah menikmati kenaikan pangkat sepanjang Perkhidmatan, mereka diberikan kenaikan Pangkat KUP secara automatik setelah berumur 50 tahun dengan prestasi sekadar memuaskan sepertimana yang dilaksanakan kepada Pemandu di gred TD04.