Monday, January 11, 2010

KAJISELIDIK - PERFORMANCE MANAGEMENT SYSTEM (PMS) ATAU 'POTONG MANA SUKA'?



Kajiselidik bersama mengenai pelaksanaan Performance Management System (PMS) untuk Tahun Kewangan 2008/2009 yang dilakukan ke atas ahli-ahli TNBJOU, KPPPTNB, PETNB dan PERUNIKA bermula dari awal bulan Oktober hingga 31 Oktober 2009 mendapat respon dan sokongan yang cukup baik dari ahli-ahli.

Majoriti ahli-ahli menyatakan pelaksanaan sistem PMS telah gagal mencapai matlamatnya untuk mengujudkan keadaan persekitaran pekerjaan yang lebih kondusif di TNB. Kajiselidik ini juga mengesahkan aduan ahli-ahli dari segenap lapisan jawatan yang diterima oleh Kesatuan dan Persatuan adalah berasas. Amat memeranjatkan kerana hanya 10% responden menyatakan PMS dilakukan dengan adil, telus dan professional.

Manakala 90% responden memberikan pelbagai bukti PMS gagal dilaksanakan secara adil sehingga ada yang mendakwa PMS adalah singkatan kepada panggilan 'POTONG MANA SUKA' iaitu pemotongan markah prestasi yang dilakukan sesuka hati tanpa asas yang kukuh.

Selain itu hanya 13% bersetuju PMS yang dilaksanakan berjaya mengujudkan semangat berpasukan manakala 87% tidak bersetuju lansung terhadap matlamat tersebut tercapai. Keadaan ini mengujudkan perasaan tidak puashati yang amat ketara berdasarkan ulasan-ulasan yang diberikan dan menuntut Kesatuan dan Persatuan TNB mengambil satu tindakan yang tegas bagi mengatasi masalah 'moderation'yang dialami oleh anggota kerja buat tahun kedua selepas perkara yang sama berlaku pada tahun Kewangan 2007/2008.

Secara keseluruhannya 76% menyarankan agar sistem PMS di TNB disemak semula. Berdasarkan maklumbalas yang diberikan ini, Jawatankuasa Bersama Kesatuan dan Persatuan TNB akan berusaha memberikan justifikasi bagi membentangkan hasil kajian terperinci tersebut kepada Pengurusan TNB.

Bersama-sama ini dipaparkan keputusan hasil kajian tersebut untuk maklumat semua ahli-ahli. Jawatankuasa Kesatuan dan Persatuan TNB merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang telah memberikan kerjasama yang baik terhadap kajiselidik yang dijalankan. Kesatuan akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut berhubung status isu PMS ini kepada ahli-ahli untuk satu tindakan secara bersama.

3 comments:

  1. Memnag tepatlah dan bersuaian sekalilah makna PMS tu POTONG MANA SUKA kenapa saya kata begitu kerana saya pun dipotong pointernya sepatutnya saya dapat SEE.Saya rasa bukan saya seorang saja yang bernasib sedemikian rupa,Dari itu wajarlah PMS itu dikajisemula macamana kekawan ada komen lain?

    ReplyDelete
  2. nak bertanya sedikit pada Union bole tak? Disyrkt mana agaknya yang sudah bagi markah kemudian dipotong markah itu? Ditetapkan pulak peratus yang perlu dapat markah sekian-sekian....yang sebenarnya pegawai dan ketua yang ubah prestasi ini tidak kompiten untuk nilai orang. Nilai binatang di zoo bolehlah agaknya sebab bila ta baik saja...boleh potong-potong ....

    ReplyDelete
  3. UNION ada sini ke sila komen sikit......

    ReplyDelete