15 Disember 2009 Kuala Lumpur : Tn Hj Muhammad Razif Abdul Rahman - Naib Presiden Sumber Manusia TNB telah memaklumkan secara rasmi kepada pemimpin Kesatuan dan Persatuan TNB bahawa pembayaran bonus muktamad tahun Kewangan 2008/2009 untuk pekerja yang layak adalah berdasarkan prestasi syarikat, individu dan gaji setakat 31 Ogos 2009.
Berdasarkan maklumat yang diterima juga membuktikan kadar purata (average) bayaran bonus untuk tahun kewangan ini adalah bersamaan dengan 2.40 bulan gaji (tidak termasuk bonus syarikat yang telah dibayar).
Bonus muktamad dijadualkan akan dibayar pada 22 Disember 2009 (Gaji dibayar pada 21/12/09) dan tidak akan ditolak dari Bonus Syarikat (Company Bonus) yang telah dibayar oleh TNB menjelang musim perayaan yang lalu. Pembayaran bonus ini walaupun lebih rendah sedikit dari kadar tahun lepas tetapi telah membuktikan Syarikat mampu melakukan bayaran yang bersesuaian dengan keadaan kewangan syarikat.
Tahun Kew 2007/2008 | Tahun Kew 2008/2009 | ||||
Markah Prestasi | Kuantum Bonus | Bilangan Pekerja | Markah Prestasi | Kuantum Bonus | Bilangan Pekerja |
0.00 – 1.69 | 0.0 | 147 | NI (1.0-1.99) | 0 | 142 |
1.70 – 1.74 | 0.50 | 109 | PME (2.00-2.74) | 1.0 | 1322 |
1.75 – 1.99 | 1.50 | 855 | ME (2.75-3.99) | 2.30 | 17828 |
2.00 – 2.49 | 2.40 | 10354 | EE (4.00-4.74) | 2.60 | 4788 |
2.50 – 2.74 | 2.50 | 8761 | SEE (4.75-5.00) | 3.25 | 673 |
2.75 – 2.89 | 2.75 | 4155 | | | |
2.90 – 3.00 | 3.0 | 530 | | | |
KENAIKAN GAJI 2010 | ||
Markah Kompetensi | % Kenaikan Gaji | Bilangan Pekerja |
NO (1.00-1.99) | 3.00 | 128 |
RR (2.00-2.74) | 3.50 | 882 |
RG (2.75-3.99) | 4.00 | 18281 |
AT (4.00-4.74) | 4.75 | 4566 |
RM (4.75-5.00) | 5.50 | 550 |
· TNB memberhentikan pembayaran kenaikan gaji merit (elaun yang dibayar 6 bulan sekali) dalam kenaikan gaji 2010
· Kadar minima kenaikan gaji tertakluk kepada RM40
· Purata kenaikan gaji =4.5%
Terima Kasih TNB... Terima Kasih JOU. rezeki anak-anak
ReplyDelete10Q jerlaa...dpt ciput yang heran tu ada tax lagi tu...bestnyerr..kalau macam kesatuan bank..2 month bonus x ada tax pun...kalau potong kwsp tu adatler....adoi aiii...
ReplyDeleteIkut financial report tnb tahun ini - ...bestnya, CEO dan semua VP dapat bonus 6 bln & TNB sponsor keluar negara dgn satu famili tiap2 tahun...
ReplyDeleteThank u jou 4r the Bonus and also the Website for the members to interact.
ReplyDelete"What we enjoy today is our right but not
our privileges"