Thursday, June 24, 2010
SUDAH KAH ANDA MENJADI AHLI KWKK?
Kumpulan Wang Khairat Pekerja Dan Pesara TNB (KWKP&PTNB) atau nama asalnya Kumpulan Wang Khairat Kematian (KWKK) merupakan sebuah sebuah Syarikat Berhad dengan jaminan dan telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965 dengan pindaan-pindaan yang telah diluluskan pada 16 September 1980.
KWKK ditadbir urus oleh Pengerusi,Ahli Lembaga Pengarah dan sokongan dari unit Kebajikan Pekerja & Pesara TNB di bawah Bahagian Sumber Manusia Kumpulan. Tn Hj Mohammad Razif Abdul Rahman (Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan) TNB adalah merupakan Pengerusi kepada KWKK pada masa ini. Manakala Ahli Lembaga Pengarah KWKK pula terdiri dari Wakil-Wakil Pegawai Kesatuan & Persatuan TNB.
Antara Maklumat Berhubung Penubuhan KWKK ialah :-
1. Semua Pekerja TNB layak menjadi ahli KWKK dengan membuat potongan gaji sebanyak RM1 setiap bulan (tertakluk pada maksima RM5 sebulan/bilangan kematian).
2. Setiap waris kepada ahli KWKK yang meninggal dunia akan menerima sejumlah wang sumbangan bersamaan dengan 80% dari jumlah potongan keahlian secara bulanan.
3. Seseorang pekerja TNB yang telah menjadi ahli selama 15 tahun layak untuk menjadi ahli seumur hidup dengan menjelaskan bayaran secara sekaligus sebanyak RM250.
4. Borang untuk menjadi ahli KWKK boleh di muat turun dari laman livewire TNB.
5. KWKK mempunyai Simpanan Tetap Di Bank berjumlah lebih dari RM5.8 juta setakat 31/12/2009.
Konsep Tabung KWKK ini adalah berpaksikan konsep tolong menolong antara satu dengan lain dalam membantu keluarga atau waris ahli yang kehilangan tempat untuk berlindung akibat kematian pekerja/pesara TNB yang menjadi ahli KWKK. Ramai pekerja TNB yang memasuki perkhidmatan selepas era penswastaan 1990 masih belum menyedari manfaat yang akan diperolehi oleh waris mereka jika mereka menjadi ahli KWKK. Pada masa ini jumlah ahli KWKK adalah seramai 12,324 orang (pekerja TNB) dan 2,974 (Pesara).
Dengan hanya membuat potongan gaji sebanyak RM1 sebulan atau maksima RM5 maka ianya akan melayakkan Waris kepada ahli yang meninggal dunia untuk mendapat sejumlah 80% dari jumlah kutipan bulanan sebagai bantuan kematian dalam mengurangkan beban kepada waris yang ada. Mesyuarat Agong Tahunan KWKK telah dijalankan pada 22 Jun 2010 di Bilik Pergau, Bangunan Kelab Kilat, Kuala Lumpur.
TNBJOU menyeru kepada semua ahli-ahli yang masih belum menjadi ahli KWKK supaya dapat mengisi borang dengan memuat turun borang permohonan keahlian di laman livewire TNB dan memajukannya kepada pejabat TNB terdekat untuk tindakan selanjutnya.
Friday, June 4, 2010
TERIMA KASIH ! CEO TNB MELAWAT GUDANG SIMPANAN BUKIT SENTOSA
Anggota Kerja Gudang Simpanan Bukit Sentosa (GSBS) merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Dato Sri Che Khalib atas lawatan yang dilakukan kesana pada 14 Mei 2010. Kehadiran CEO ke Gudang Simpanan Bukit Sentosa sememangnya ditungu-tungu oleh warga kerja kerana mereka jarang mendapat perhatian dari pihak pengurusan tertinggi TNB. Lokasi Gudang Simpanan tersebut yang agak terpencil dan berjauhan dari pejabat-pejabat TNB yang lain selepas penutupan Stor Bangsar sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada anggota kerja disana. Maklumbalas yang diterima dari anggota kerja GSBS menunjukkan mereka merasa begitu gembira kerana Pengurusan Tertinggi TNB sudi melapangkan masa dengan mereka.
4 May 2010 - CEO TNB Merasmikan Penyerahan Tower Wagon kepada Bahagian Pembahagian.
Pegawai Utama TNBJOU telah menghadiri program Majlis Penyerahan Tower Wagon kepada Bahagian Pembahagian. Tower Wagon mini yang bersaiz lebih kecil dari biasa itu akan diuji selama 6 bulan di stesen-stesen sekitar Lembah Klang. Presiden TNBJOU-Sdr Md Zamri Md Yassin turut bersama-sama CEO TNB menaiki kenderaan tersebut. Dalam ucapannya antara lain CEO telah menyatakan TNB perlu memiliki peralatan yang lebih baik dan sesuai dengan kehendak semasa. Ini juga akan memberikan keselesaan dan kemudahan yang lebih baik untuk anggota kerja melakukan tugasan. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada anggota kerja TNB kerana telah bersama-sama menyokong dan memainkan peranan bagi memastikan Syarikat TNB terus unggul dalam menghadapi cabaran yang ada. Beberapa anggota kerja yang ditemui merasakan ucapan CEO dapat terus menyuntik semangat anggota kerja untuk berusaha lebih gigih dan mencerminkan keikhlasan beliau untuk melihat kejayaan syarikat TNB dimasa depan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah COO TNB-Tn Hj Azman Mohamad dan Naib Presiden TNB Pembahagian yang baru dilantik pada 1 Jun 2010-Tn Hj Hussain Othman.
Subscribe to:
Posts (Atom)