Monday, March 25, 2013
Bengkel Bahagian Bacaan Jangka 2013 kearah ‘Vibrant Workforce’
11 March 2013, Melaka : Satu Bengkel Bahagian Bacaan Jangka telah dianjurkan secara bersama antara TNBJOU dan Pengurusan Bahagian Pembahagian TNB selama dua hari dari 11 - 12 March 2013 bertempat di Hatten Hotel, Melaka. Bengkel tersebut telah dihadiri 40 peserta yang terdiri dari pemimpin Kesatuan TNBJOU,Pengurusan Pembahagian dan Konsultan PQM TNB. Turut hadir dalam program bengkel tersebut ialah En V,Sugumaran – Ketua Perhubungan Perusahaan TNB, Tn Hj Muhamad Ghous (PB PSM Pembahagian), Pn Hajjah Kamaliah Abdul Kadir (PBK-PP&P), En Aznir Malek (PB-QS), En Selimin Othman dan beberapa Eksekutif Kanan Bahagian Pembahagian TNB.
Bengkel tersebut bertujuan untuk meningkatkan nilai kerja yang bersesuaian dengan cabaran dan hasrat Syarikat dengan memberi fokus kepada :-
i) Haluan Kerjaya Bahagian Bacaan Jangka
ii) Revolusi Senarai Tugas Bahagian Bacaan Jangka
iii) Makanisma Kawalan Kualiti Perkhidmatan Bahagian Bacaan Jangka
iv) Nilai Tambah (Added Value) Dalam Perkhidmatan Bahagian Bacaan Jangka
Satu rumusan hasil bengkel tersebut telah dibentangkan kepada Y.Bhg Dato Baharin Din – Naib Presiden Pembahagian TNB yang turut menyempurnakan majlis penutupan Bengkel Bahgian Bacaan Jangka tersebut. Kesatuan menaruh harapan tinggi supaya hasil rumusan bengkel tersebut dapat dilaksanakan bagi meningkatkan imej perkhidmatan dan kerjaya Bahagian Bacaan Jangka TNB yang semakin lesu dikacamata pengguna.
No comments:
Post a Comment