PICC Putrajaya 3 Mai 2012 : Jawatankuasa Bersama Kesatuan/ Persatuan TNB yang terdiri dari TNBJOU,PETNB dan KPPPTNB merakamkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada kepimpinan dalaman TNB untuk menerajui semula TNB melalui pengumuman pelantikan Datuk Azman Mohd selaku CEO baru TNB.
Sekalung penghargaan juga kepada semua pihak dalaman dan luaran TNB yang telah memberikan sokongan bagi merealisasikan hasrat ini.
Kesatuan/Persatuan akan memastikan kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri ini diterjemahkan dengan sokongan padu kepada Pengurusan dalam memastikan Misi dan Visi Syarikat tercapai demi mencapai Wawasan Negara menjelang 2020.
No comments:
Post a Comment