Friday, June 3, 2011
CEO Hanya Tawarkan Peningkatan 1 1/2% Pelarasan Gaji Dari Tawaran Asal!!
Bangi,1 Jun 2011 – ‘Mengapa tidak boleh selesai?’ Itu antara soalan rengkas dan paling popular yang ingin diketahui jawapannya oleh ahli-ahli sebaik sahaja rundingan pusingan ke empat Perjanjian Kolektif Ke Tujuh ditangguhkan pada 1 Jun 2011. Malahan penjelasan demi penjelasan terpaksa diberikan oleh pegawai-pegawai Kesatuan untuk menerangkan keadaan sebenar yang menyebabkan Kesatuan dan Pengurusan gagal menamatkan rundingan pusingan keempat yang telah diadakan pada 1/6/2011 di hotel Equatorial, Bangi.
Suasana rundingan berjalan dengan cukup harmoni antara Kesatuan dan Pengurusan dengan memberi fokus dan keutamaan kepada usaha-usaha meningkatkan pendapatan, terma dan syarat perkhidmatan sedia ada. TNBJOU telah merundingkan 14 artikel pada hari berkenaan dan mendapat maklumbalas positif serta tawaran balas yang lebih baik dari rundingan pusingan ketiga yang diadakan di Melaka pada 12-13 Mei lalu.
Secara prinsipnya persetujuan telah dicapai berhubung isu salary ‘capping’ , usia persaran 58, penyelesaian ‘parity gaji’ kumpulan gred PP12 yang dilantik sebelum 2001, perubahan skala gaji (MRE & MRI), penyerapan elaun HHT ke gaji pokok dan beberapa perkara lain yang dibawa oleh Kesatuan dalam memenuhi tuntutan ahli-ahli. Elaun pengangkutan juga mengalami peningkatan tetapi Kesatuan masih berharap pengurusan dapat meningkatkannya pada kadar yang lebih sesuai dengan keadaan ekonomi semasa. Permintaan ahli-ahli untuk meningkatkan elaun elektrik juga masih perlu menunggu jawapan dari pengurusan . Semua gaji minima dan maksima dalam skala gaji turut mengalami perubahan yang ketara.
Hanya isu Pelarasan Gaji (Salary Conversion) sahaja yang menjadi batu penghalang rundingan CA7 dari dimuktamatkan. Kesatuan telah menurunkan hingga 10% (lebih 50% dari tuntutan asal 25%)yang dimajukan dan Pengurusan pula dalam tawaran balasnya telah meningkatkan 1.5% dari kadar asal yang dimajukan. Rundingan telah ditamatkan pada jam 4.15pm setelah usaha Kesatuan dan Pengurusan mencapai jalan persetujuan bersama gagal dicapai.
Pasukan Pengurusan memaklumkan CEO TNB hanya bersetuju meningkatkan tawaran dari 7% ke 7.5% sebaik dihubungi melalui telefon oleh pasukan Pengurusan dari bilik rundingan di Bangi. Naib Presiden Sumber Manusia dan Naib Presiden Kewangan juga memberikan komitmen untuk berusaha berjumpa dengan CEO TNB dalam tempoh 14 hari bagi menyampaikan hasrat Kesatuan untuk pertimbangannya. Rundingan berhubung Pelarasan Gaji (Salary Conversion) yang dijalankan di Bangi telah dilakukan serentak antara Pengurusan, TNBJOU dan KPPPTNB. TNBJOU dan KPPPTNB sepakat mempertahankan tuntutan pelarasan gaji yang telah dibuat.
Pasukan rundingan Pengurusan telah diketuai oleh Dato Muhammad Razif Abdul Rahman (Naib Presiden Sumber Manusia) dengan disertai oleh En Mohd Rafique Merican (Naib Presiden Kewangan) , En Wahizan Abdul Rahman (Pengurus Besar Kanan (Perancangan Sumber Manusia & Pembangunan), En S.Viswanathan (Pengurus Besar Ganjaran Faedah & Pentadbiran), En V.Sugumaran (Pengurus Kanan Perhubungan Perusahaan) dan Tn Hj Sobri Shafie (Pengurus Besar Pengurusan Sumber Manusia). Manakala pasukan rundingan TNBJOU dan KPPPTNB diketuai oleh Presiden Kesatuan masing-masing.
Ahli-ahli diminta terus bersabar sehingga proses penyelesaian CA7 ini di dicapai. Kesatuan yakin penyelesaian isu CA7 akan segera dicapai jika tuntutan terhadap pelarasan gaji dipenuhi sepenuhnya oleh CEO TNB.
"TNBJOU dan KPPPTNB sepakat mempertahankan tuntutan pelarasan gaji yang telah dibuat." Saya bersetuju dengan kesepakatan JOU dan KPPPTNB... bertahan..kita perlu bersabar untuk mendapat kejayaan dalam perjuangan.. lepas ni tentu minyak akan naik dan bermacam barangan lagi akan naik belum campur GST lagi yang telah dinaikkan oleh pihak kerajaan dari 5% kepada 6%. Pertahankan sehingga dapat kenaikan gaji 20%.Saya rasa ahli kesatuan perlu bersabar kita boleh contohi NUBE dalam membuat tuntutan akhirnya ahli NUBE berjaya mendapat apa yang dituntut.
ReplyDeleteyeahoooooooooo
ReplyDeleteAlhamdulillah... harap rezeki kita semua bertambah murah.. :-) terima kasih kpd TNBJOU and KPPPTNB memperjuangkan hak kami semua..
ReplyDeleteHarap kesatuan bertahan dengan permohonan kenaikan gaji kita itu 20% atau lebih...kalau kita terima kadar yang ditawarkan 7.5% alamatnya ahli ahli akan merana di masa depan kerana sekarang ini kadar kenaikan barang barang sudah meningkat terlalu tinggi.Kesatuan kakitangan kerajaan pun ada desa desus akan meminta kerajaan naikkan gaji mereka sedangkan kerajaan telah menaikan gaji 18% sekitar tahun 2008/2009 dulu.Kalau TNB tak mahu berganjak dengan tawaran mereka, biarlah KPPPTNB terima dan kakitangan bukan Ahli terima kalau boleh JOU bertahan.Ahli ahli JOU seharusnya bersatu dengan kesatuan dan menyokong tindakan yang bakal diambil oleh JOU.
ReplyDeleteBersatu Teguh kita semua jika hendakkan hasil yang baik.Dengan kesabaran kita semua akan dapat pemimpin Kesatuan mendapatkan hasil rundingan yang baik. Sdah kita lalui 6 CA, maukah kita di perdagangkan secara murahan hasil peluhan kita.....
ReplyDeleteTak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Dalam hal ini kita biarkan pemimpin kita berusaha kearah kebaikan bersama...kita sabar aje le. Yang tak jadi member mana-mana Union jangan lah sebok pasal CA? Selalunya yang tak member akan lebih kuah dari susu.
ReplyDeleteDisamping itu perlulah kita ingat kalau kita tak sabar dalam hal ini orang lain akan mengambil kesempatan mengeksploit keadaan ini.
Semua ahli perlu bersatu!
dulu semasa hendak di swastakan kita dijanjikan kenaikan tidak kurang drpd 12%. memang betul ceo dulu pegang pada janji dan amanah. tapi lain dulu lain sekarang. lebih sedekad kenaikan gaji kita lebih kecil drpd kenaikan gaji pekerja kerajaan. yang dah paling besar gaji nya, nakkan yang lebih besar lagi. tamak pulak. yang gaji kecil nak dikecilkan lagi gaji nya kalau boleh. dulu ada sifat prihatin. skrg mana ada.
ReplyDelete