Monday, March 14, 2011
RUNDINGAN PERJANJIAN KOLEKTIF KETUJUH BERMULA
Rundingan Perjanjian Kolektif Ke Tujuh antara TNBJOU dan Tenaga Nasional Berhad telah diadakan pada 7 Mac 2011 di PJ Hilton. Pengurusan TNB diketuai oleh Naib Presiden Sumber Manusia (VPHR) Dato Muhammad Razif Abdul Rahman dan turut disertai pegawai-pegawai Kanan Sumber Manusia, Kewangan dan Perhubungan Perusahaan (IRO). Seramai 16 Ahli Jawatankuasa Perjanjian Kolektif TNBJOU hadir dengan diketuai oleh Presiden –Sdr Mohd Roszeli Majid.
Rundingan telah dimulakan dengan ucapan Naib Presiden Sumber Manusia yang mengalu-alukan kehadiran Jawatankuasa Perjanjian Kolektif TNBJOU dan menggariskan beberapa prinsip-prinsip perundingan Perjanjian Kolektif. Naib Presiden Sumber Manusia turut memaklumkan pasukan rundingan yang diketuai beliau akan melakukan rundingan secara berperingkat dengan TNBJOU, KPPPTNB dan PETNB. Hasil rundingan akan dibawa keperingkat Ahli Lembaga Pengarah TNB untuk pengesahan dan kelulusan sebelum ianya dimuktamatkan. Selain itu beliau juga mencadangkan penubuhan pasukan ‘Task Force’ untuk menyelaraskan rundingan.
Presiden TNBJOU dalam ucapan balasnya telah menyebut beberapa perkara yang menjadi fokus utama Kesatuan dalam Rundingan Perjanjian Kolektif Ke Tujuh ini antaranya adalah :-
1.Merapatkan jurang perbezaan terma dan syarat perkhidmatan yang dinikmati antara pekerja LLN yang berkhidmat di TNB , Pekerja TNB yang dilantik selepas 11 Mac 1994 dan Pekerja-Pekerja yang dilantik pada 1 Januari 2009.
2.Peningkatan kos sara hidup, amalan-amalan Perjanjian Kolektif semasa di pasaran pekerjaan
3.Masalah gaji mati dikalangan majoriti pekerja senior
4.Gaji Minima, Ekonomi semasa Negara serta halatuju syarikat
5.Penyelesaian Anomolies Gaji
Kesatuan telah memajukan 99 artikel mengandungi 41 tanpa pindaan (status quo), 53 dengan pindaan (amendment) dan 5 artikel baru (New Articles). Rundingan seterusnya telah dimulakan dengan pengesahan penerimaan proposal TNBJOU dan penjelasan terhadap justifikasi butiran perubahan artikel dan artikel baru yang dimajukan Kesatuan. Naib Presiden Sumber Manusia memaklumkan pihaknya akan majukan proposal balas cadangan-cadangan Perjanjian Kolektif kepada TNBJOU dalam rundingan berikutnya yang disasarkan akan diadakan pada akhir Mac 2011.
Kedua-dua pihak bersetuju supaya semua butiran terperinci Rundingan Perjanjian Kolektif Ke Tujuh tidak didedahkan sehingga ianya dimenterai sebagai mematuhi etiqa rundingan dan amalan Keharmonian Perhubungan Perusahaan.
Article - Status
1.Parties To The Agreement - Amendment
2.Preamble - Status Quo
3.Title - Status Quo
4.Definitions - Amendment
5.Scope Of Agreement - Amendment
6.Effective Date, Duration And Amendment
Implementation -
7.Modification And Amendment- Status Quo
8.Legislation- Status Quo
9.Interpretation- Amendment
10.Recognition Of The Company- Status Quo
11.Recognition Of The Union- Status Quo
12.Joint Recognition- Amendment
13.Joint Consultative Council- Status Quo
14.Arbitration- Status Quo
15.Check – Off- Status Quo
16.Legal Aid- Status Quo
17.Leave On Trade Union Business- Amendment
18.Probation On Recruitment- Amendment
19.Resignation- Status Quo
20.Promotion And Upgrading- Amendment
21.Transfer And Assignment- Amendment
22.Secondment- Status Quo
23.Salary Grade- KIV
24.Annual Increment- Amendment
25.Bonus- Amendment
26.Workings Hours And Schedule Of Amendment
Working Hours-
27.General Condition For Work Done Amendment
in Excess of Normal Working Hours-
28.The “Hourly Rate” Factor- Amendment
29.Rate Of Overtime On Normal Status Quo
Working Day And Off-Day-
30.Pay For Work On Rest Day- Amendment
31.Pay For Work On Public Holiday- Amendment
32.Public Holidays- Status Quo
33.Annual Leave- Amendment
34.Special Leave- Amendment
35.Study Leave And Examination Status Quo
Leave-
36.Half-Pay Leave- Status Quo
37.Injury Leave- Status Quo
38.Maternity Leave- Status Quo
39.Outstation Transfer Leave- Status Quo
40.Pilgrimage Leave- Status Quo
41.Quarantine Leave- Status Quo
42.Sick Leave- Status Quo
43.Reserve Forces Leave- Status Quo
44.Leave For Participating In
Games Or Sports And Cultural
Activities- Status Quo
45.Leave Prior To Retirement- Status Quo
46.Leave Without Pay- Status Quo
47.Class Of Travel- Amendment
48.Company Approved Travel
Reimbursement- Amendment
49.Driving License Fee Reimbursement- Status Quo
50.Mileage Reimbursement- Amendment
51.Outstation Duty Reimbursements- Amendment
52.Overseas Duty Reimbursements- Amendment
53.Miscellaneous Reimbursements- Status Quo
54.Transfer Reimbursements- Amendment
55.Transfer Grant For Employees
Upon Retirement- Amendment
56.Bicycle Allowance- Status Quo
57.Cashier’s Allowance- Amendment
58.Day Trip Allowance- Amendment
59.Driving Allowance- Amendment
60.Electricity Allowance- Amendment
61.Extra Responsibility Allowance- Amendment
62.Laundry Allowance- Amendment
63.Meal Allowance- Amendment
64.Overseas Outfit Allowance- Status Quo
65.Project Allowance- Status Quo
66.Remote Location Allowance- Amendment
67.Shift Allowance- Amendment
68.Stand-By Allowance Amendment
69.Teaching / Training Incentive
Allowance- Amendment
70.Temporary Acting Allowance- Amendment
71.CIBS Hand Held Terminal Allowance
for Meter Readers- Status Quo
72.Funeral Expenses- Amendment
73.Housing Loan- Status Quo
74.Vehicle Loan- Amendment
75.Personal Computer Loan- Amendment
76.Electrical Appliances Loan- Status Quo
77.Medical Treatment And Medicine- Amendment
78.Hospitalisation- Status Quo
79.Dental Care- Amendment
80.Maternity Charges- Amendment
81.Personal Accident Group Insurance
Benefits - Status Quo
82.Canteen- Status Quo
83.Electricity Deposit- Amendment
84.Holiday Accommodation- Status Quo
85.Uniforms- Amendment
86.Employees Provident Fund- Status Quo
87.List Of Duties And Responsibilities- Status Quo
88.Retirement Age- Amendment
89.Retirement Benefits- Status Quo
90.Retrenchment Benefits- Amendment
91.Death Benefits- Status Quo
92.Disablement Benefits- Amendment
93.Discipline- Amendment
94.Grievance Procedure- Status Quo
1.Housing Subsidy- New Article
2.Eye Health- New Article
3.Image And Productivity Incentive- New Article
4.Insurance Scheme For Medical
Treatment and Medicine- New Article
5.Meter Reading Incentive Allowance- New Article
Status Quo- Artikel-artikel tanpa pindaan adalah merupakan artikel sedia ada yang dikekalkan tanpa sebarang pindaan
Amendment- Artikel-artikel yang dicadangkan untuk perubahan termasuklah kenaikan kadar, pindaan/tambahan ayat,tambahan kemudahan dan penambaikan sejajar dengan pekeliling dan memo sedia ada dalam operasi syarikat.
New Articles- Proposal artikel-artikel baru yang dikemukakan untuk rundingan
Semua 99 artikel yang dicadangkan telah dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Kerja (EXCO) pada pertengahan Januari 2011 serta mendapat pengesahan untuk di rundingkan dalam majlis Perundingan Perjanjian Kolektif Ke Tujuh. TNBJOU akan melaporkan semula hasil rundingan tersebut kepada Majlis Kerja (EXCO) sebagaimana yang telah dipersetujui apabila ianya dimuktamatkan kelak. Ahli-ahli diminta bersabar dan mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kesatuan bagi mengelakkan sebarang khabar angin atau info yang tidak tepat.Sebagai rekod Perjanjian Kolektif KeEnam (2008-2010) telah dimuktamatkan dan ditandatangani pada 3 November 2008.
kalau boleh update dari semasa ke semasa lanjutan dari rundingan CA ke 7..
ReplyDeletehope will be success for both side..
Simply pity to the SA's. Nobody seems to reckon their appearances & sincererity.
ReplyDeletee bill menyusahkan, bil e yang di pos sampai pada masa @ lewat dari bil ke n. menyusahkan pem tadbir kaunter. lebih lebih lagi e bil masa time perayaan. e bill kurang bila bil sebenar next month bil melambung yang nak kena maki dah tentulah pem tadbir kaunter yang kena dulu.
ReplyDeletepembantu tadbir?
ReplyDeleteitu jawatan paling cikai dalam tnb.
gaji kecik. nak naik pangkat bukan main susah.
elaun paling kurang. nk melayan karenah customer/pegawai bukan mudah.
cikai..cikaii
harap pakai baju lawa2 ke opis, tp duit takde.
setakat nk pakai kete proton/perodua bole la.
meter reader pun pakai bmw.
hahahahhaaaa...
cikai..cikaii
Untuk makluman semua terutama Pembantu Tadbir yg comment diruangan ini..Berikut adalah fakta sebenar beza antara gaji Pem.Tadbir TNB VS Kjaan.
ReplyDeleteKjaan Min Max TNB Min Max
P1(N1) 649.15 1534.57 PP03 750 1400
P3(N4) 735.72 1702.70 PP04 1050 2290
P1(N11) 709.59 1750.21 PP05 850 1750
P3(N11) 796.16 1931.38 PP06 900 2100
P1(N17 820.38 2151.35 PP07* 1000 2700
P3(N17) 924.75 2397.95 PP08 1150 3100
P1(N22) 1915.43 2838.04 PP09 1400 3300
P2(N22) 2057.61 3134.53 PP10 1600 3600
P1(N26) 2196.75 2983.73 PP11 1,750 3,800
P2(N26) 2406.99 3266.11 PP12 2,000 4,000
Gaji pekerja TNB masih tinggi berbanding kjaan. Selain itu pekerja TNB mendapat kenaikan gaji setiap tahun berdasarkan merit dan memiliki skim perkhidmatan utk naik band gaji 5 tahun (10% kenaikan gaji)sekali & naik pangkat 7 tahun (15% kenaikan gaji) sekali atas KUP.
Kakitangan kjaan TIADA C.A & pelarasan gaji terakhir yg dibuat adalah pada tahun 2007 selepas 9 tahun tiada pelarasan.
Fakta sebenar....
ReplyDeleteGolongan IT pula menikmati gaji yg lebih tinggi berbanding Pembantu Tadbir. Selain itu mereka juga punyai kelayakan utk naik band & naik pangkat atas dasar KUP selain kenaikan pangkat secara lazim (iklan)sama spt jwtn2 lain tertakluk pd syarat2 wajib spt dlm circular.
GRED MIN/MAX GRED MIN/MAX
PP07 1000/ 2700 IT05 1250/ 2750
PP08 1150/ 3100 IT06 1400/ 3200
PP09 1400/ 3300 IT07 1500/ 3350
PP10 1600/ 3600 IT08 1600/ 3700
PP11 1750/ 3,800 IT09 1700/ 3900
PP12 2000/ 4,000 IT10 2000/ 4500
salam tuan admint.
ReplyDeletetumpang lalu...
cantik penerangan mengenai payscale tu.
tp harap tuan tidak lupa >> elaun tetap. :)
rasanya elaun kerajann lebih tinggi.
kiralah jumlah gaji basic + elaun tetap, kerajaan lebih tinggi.
elaun2 tidak tetap tak perlulah kira ya.
pembantu tadbir dalam tnb cuma terima 2 elaun tetap saja berbanding pekerja tnb lain.
tuan rasa senang pembantu tadbir naik pangkat?
kecuali org union, lainlah. kan??
kursus, kpi, pengalaman, umur, tatatertib, kekosongan, temuduga, rekomen,dll, semua ni di 'alasankan' bila dah sampai masa untuk naik pangkat. banyak 'songehnya'.
kita nampak kalau pekerja teknikal, selalunya tak perlu semua 'songeh' ini.
eksekutif lagilah... 3tahun naik gred. naik pangkat pun tak perlu syarat sangat.
asalkan boss rekomen sudah cukup.
ianyanya terjadi. dan kita nampak. jangan kata kita tak nampak.
lagipun,
kenapa bandingkan dengan kerajaan?
bukan ke tnb ni syarikat besar/korporat/antarabangsa.
ya, benar ia GLC, tapi, bandingkanlah epal dengan epal, oren dengan oren.
sekadar komen.
saya jadi mangsa keadaan.. lepas kerja, sharp kul 5.15 ptg, sanggup redah hujam/panas/ribut/ petir panjat Uitm Shah Alam (IPTA tu.. bukan kolej cikai) g belajor.. last2 tnb tak regconize course yang diambil sedangkan cukup syarat mengikut pekeliling... bila ditanya kenapa? senyap membisu... statement yang kuar owh.. kita akan bincang dgn pihak UiTM.. bila nak bincang tue.. 5 hingga 10 thn lagi kot! balik je ke asal jd kerani cabuk! duit KWSP habis sedekah kat UiTM!
ReplyDeletenon exec -
ReplyDeletenaik gred 5 tahun sekali.
naik pangkat 7 tahun (itupun KUP).
exec
naik gred 3 tahun sekali.
dalam tempoh 15 tahun, non exec dapat 3 kenaikan.
eksekutif dapat 5 kenaikan.
depa gaji besaq kerap naik. yang gaji kecil, jarang naik.
jadi, kos gaji ni lebih ke eksekutif saja.
kenapa JOU tak pandai seperti PET?
3 dah 5 tahun.. sangat berbeza...
salam Tuan SHR & abcd,
ReplyDeletestatement yg kuar dari SHR & abcd ni kurang tepat..utk makluman semua kenaikan pangkat bagi exec juga sama dgn non exec (KUP itu adalah hasil ciplak yg dimoderate dari kaedah naik pangkat exec)..Kenaikan pangkat secara iklan (lazim/biasa) adalah 3 thn..kenaikan band KUP 5 Thn, Kenaikan pangkat KUP 7 Thn (Sila semak fakta GM Kelantan yg dpt KUP-Selepas berapa tahun?). Selain itu PETNB juga menggunakan kaedah yg sama dgn non exec dlm urusan naik pangkat. J/Kuasa Bersama yg terdiri dari K3P, JOU & PETNB membuat draft CA secara bersama. Semua artikel dibincangkan dan diputusakan secara konsensus jadi tidak tepat utk membuat telahan yg kita tidak memahami tatacara naik pangkat mereka dan mereka tidak tahu tatacara naik pangkat kita. Bahkan utk kaedah naik band KUP dan naik Gaji telah diputuskan secara bersama antara K3P & JOU (Sbb itulah memorandum KUP itu ditandatangani pada hari yg sama dlm majlis yg sama antara K3P, JOU & Mngmnt.
Dlm menyediakan cadangan skala gaji utk CA, Ketiga2 Union duduk semeja dan buat perbandingan serta analisa antara gaji pokok dan juga elaun antara CA GLC spt MAS, PETRONAS, POS, SHELL, SYABAS, TV3, BP, Genting, Hotel, TELEKOM dll GLC. Selain itu kiat juga analisa gaji + elaun kerajaan supaya kita mendapat gambaran keseluruhan. Semua CA ini disemak dari satu artikel kesatu artikel dan hasilnya barulah kita jadikan proposal. Kita lakukan begini sbb bila tiba masa rundingan, kita kena beri contoh2 arguement dari mana punca info atau data yg kita ambil bagi menyokong setiap tuntutan / artikel. Sbb itulah penyediaan CA mengambil masa yg cukup lama sbb kita juga kena rujuk pada court award mahkamah perusahaan utk dptkan detailnya. Kita juga buat research di Library MTUC dan minta pandangan pihak2 guaman supaya tuntutan yg dibuat adalah selari dgn peruntukan undang2.
Untuk makluman tuan2-PETNB Presiden (YDP) En Shukur sendiri telah 9 tahun tidak dinaikkan pangkat...majoriti team rundingan mereka juga mengalami masalah yg sama. Jadi untuk membuat telahan kononnya Exec mudah naik pangkat..ianya adalah kenyataan yg tidak dibuat berdasarkan facts yg tepat. Untuk facts yg betul saya sendiri hanya merasa dinaikkan pangkat buat pertama kalinya setelah bekerja selama 19 tahun! Kini saya telah 28 tahun berkhidmat dan tidak pernah memohona apa2 kenaikan pangkat selepas dinaikkan pangkat pd 2001..7 Pegawai2 Utama TNBJOU telah bergaji maximum (gaji mati). Sdr Hang Tuah mantan Presiden TNBJOU juga bergaji mati (JG14) dan beliau gigih melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma & ijazah dan akhirnya setelah 5 tahun belajar (sambil menjadi Presiden TNBJOU) beliau akhirnya dinaikkan pangkat.So dimana faktanya orang union mudah naik pangkat?
Kita ada 69 EXCO members dan 26 darinya belum pernah dinaikkan apa2 pangkat w/pun telah berkhidmat selama lebih 10 tahun. Sehubungan itu utk mengatakan 'orang union mudah naik pangkat adalah tidak benar'...Kenaikan pangkat adalah berdasarkan merit & performance..
Semenjak KUP diperkenalkan kenaikan pangkat MESTI telah berkhidmat 7 tahun. Kenaikan pangkat secara permohonan biasa (lazim) masih kekal dengan syarat minimanya 3 tahun dlm perkhidmatan . Ini bermakna ada 2 cara naik pangkat yg ujud berbanding sblm tahun 2001 yg mana hanya ada 1 proses naik pangkat secara biasa. please makes your statement rights base on the facts but NOT on assumption...
Kerajaan memiliki elaun tetap RM595 (COLA+Elaun Rumah+Elaun Khidmat Awam). TNB memiliki elaun elektrik RM73+Elaun Pengangkutan RM120/110.
ReplyDeleteJ/K CA telah mengira semua elaun kjaan+gaji=pendapatan (tetapi fakta angka menunjukkan PENDAPATAN pekerja TNB masih lebih tinggi berbanding kjaan) Hanya Gred PP4 shj yg kurang PENDAPATANnya berbanding gred setara dlm kjaan (P3,N4) iaitu kekurangan sebanyak RM94.70 atau bersamaan dengan 4.3%! (Data2 gaji & kiraanya ada dlm rekod kesatuan & kita sudi mengedarkannya jika mana-mana ahli perlukannya)
Kesatuan persatuan TNB memilih utk kadar gaji yg lebih tinggi berbanding Elaun Tetap kerana Gaji yg tinggi mempunyai implikasi pendapatan utk masa depan termasuklah kiraan / sumbangan EPF yg tinggi, RBTF yg tinggi, bayaran OT pd kadar yg tinggi & kelayakan atas loan yg ada dlm CA yg tinggi. Jika kita memilih utk dilebihkan elaun tetap maka pekerja akan rugi kerana tiada value added dlm income for long term sbb elaun tidak diambilkira utk kiraan EPF, RBTF, OT dll yg dinyatakan.
Selain itu apa -apa juga elaun tetap boleh direvise berdasarkan ianya TIDAK dianggap sbg pendapatan tetap dalam undang2. Jika company menghadapi masalah kewangan...undang2 membenarkan mana-mana elaun dikurangkan TETAPI gai TIDAK boleh dikurangkan dlm apa juga keadaan melainkan dengan consent atau kebenaran pekerja.
Kita juga ingin maklumkan Elaun Transport yg diberi pd pekerja TNB sebenarnya adalah COLA (Semasa rundingan ianya ditukar ke nama elaun pengangkutan kerana COLA istilah adalah tertakluk pada akta cukai) Dgn sbb itu elaun pengangkutan yg dibayar itu dpt dielakkan dari dikenakan cukai pendapatan.
Usaha-usaha diteruskan dlm CA Ke 7 ini utk meningkatkan kadar elaun Pengangkutan ke satu angka yg lebih tinggi. Selain itu kita juga membuat proposal Image & produktiviti incentive (yg juga merupakan elemen pendapatan kpd skop kita. Ada banyak cadangan perubahan utk tingkatkan pendapatan sesuai dgn saranan kjaan utk mengujudkan Negara & Pekerja Berpendapatan Tinggi.
Semua detail proposal CA tidak akan didedahkan kerana ianya akan menimpulkan banyak khabar angin yg akhirnya mengganggu proses rundingan. Sbb itulah posting di blog ini hanya memberi nama-nama atikel tanpa periunciannya. B/manapun bagi ahli yg suka membuat semakan dgn buku CA sediada, maka mrk boleh memahami antara perbezaan tuntutan yg dibuat dgn faedah sediada. Readers makes Leaders!
So we have to be firm & realistic with our arguement..knowing the facts rights b4 we made such blunt statement...
SHR...sila maklumkan di wall ini atau contact saya di alamat e-mail- tnbjou@yahoo.com utk maklumkan apakah bidang yg diambil.Kita sedia menghubungi pihak HR utk mencuba mencari jawapan terhadap isu Tuan/Puan.
ReplyDeleteUtk makluman tuan/puan, terdapat bidang atau jurusan yg tidak diiktiraf TNB..antara sbbnya adalah kerana jurusan tersebut tidak diperlukan di TNB...ada juga jurusan yg tidak cukup credit hours nya..Lazimnya IPTA tiada masalah melainkan jurusan itu tidak diperlukan di TNB.
Program di IPTS pula banyak yg tidak cukup 'credit hours' dan tiada pengiktirafan LAN (Lembaga Akreditasi Negara). Sebaik2nya hubungi pihak HR dahulu sblm memilih mana-mana jurusan utk elakkan permasalahan pengiktirafan. Terdapat juga kes dimana seorang Pengurus Kawasan di K.L terpaksa meletakkan jawatan kerana permohonan cuti tanpa gajinya utk belajar ditolak. Hal-hal sebegini ada kaitannya dengan polisi tertentu yg ada di pihak HR.
Salam..
ReplyDeleteSelepas membaca komen tuan tentang isu-isu berkaitan dengan cuti belajar, saya terpanggil untuk mengemukakan cadangan berkenaan elaun saradiri (COLA) untuk pekerja yang menyambung pelajaran sepenuh/separuh masa. Saya rasa sudah tiba masanya pihak tuan untuk menyemak/mengkaji kembali kadar elaun yang diberikan kepada kadar yang relevan pada masa sekarang. Insyallah...
SA dulu gred JG12(JG12 & JG11 lain band),
ReplyDeletesekarang IT06=PP08...kebanyakan SA asalnya kerani JG11, naik pangkat ke SA, JG12.tiba2 gred turun ke PP08(JG11).
Kerani dulu JG11 sekarang PP08
Jgn bandingkan gaji IT & PP, kerana gred IT sekarang kena ada sijil/diploma.(gaji SA = gaji JT...Apa pandangan Tuan2?
salam tuan.
ReplyDeleteP1N17 : rm820.38 + elaun (595) = rm 1415.38
PP07 : rm1000 + elaun (110+68) = rm 1178.00
"Gaji pekerja TNB masih tinggi berbanding kjaan".
saya agak hairan dengan fakta ini.
bagaimana yang dikatakan tinggi??
kita patut kira total tuan.. kerana..
gaji basic + elaun tetap inilah yang dikira untuk membuat segala jenis pinjaman.
jika rendah, maka pinjaman kecil, jika tinggi, pinjaman tinggi - diharap tuan faham kesan domino ini.
salam hormat.
opss sorry, elaun tnb td sepatutnya (110+73) = rm1183. terkurang rm5 pulak :p
ReplyDeletexyz-utk makluman tuan
ReplyDeleteP1N17 : rm820.38 + elaun (595) = rm 1415.38
PP07 : rm1000 + elaun (110+68) = rm 1178.00
Angka utk PP07 diatas adalah apa yg ada dlm CA sedia ada (2008/2010) dan sbb itulah kita majukan proposal baru yg mengambilkira gaji+elaun. Cuma saya tidak mahu dedahkan berapakah jumlah conversion salary, skala gaji baru yg diminta dan berapakah kenaikan elaun elektrik, elaun perjalanan yg diminta.
Bahkan bukan itu shj yg diambilkira malahan kita juga majukan elaun2 baru utk dirundingkan bagi menganjak pendapatan mrk yg bergaji rendah. Ini bermaksud jika CA baru ini dipersetujui maka pendapatan keseluruhan (gaji+elaun) pekerja TNB yg terdiri dari golongan bergaji rendah akan kita tingkatkan dari sector kjaan. Kalau saya dedahkan apakah komponen gaji baru yg telah dicadangkan Kesatuan, maka ianya akan menjadi 'ribut' sbb ianya masih diperingkat rundingan & ini akan merumitkan rundingan.
Secara rengkasnya - biarlah proses rundingan berjln sempurna dan hasilnya ahli dapat drp saya war2kan proposal tsbt dan akhirnya rundingan tak berhasil dgn baik. Nanti ahli kata ' union ni cakap aja lebih tapi hasil tak seberapa'.
Anonymous said...
ReplyDelete"e bill menyusahkan, bil e yang di pos sampai pada masa @ lewat dari bil ke n. menyusahkan pem tadbir kaunter. lebih lebih lagi e bil masa time perayaan. e bill kurang bila bil sebenar next month bil melambung yang nak kena maki dah tentulah pem tadbir kaunter yang kena dulu."
Saya sokong apa yg dikatakan diatas... bukan setakat front kaunter je yg kena, kami meter readerpun kena tibai gak. Kalau nak tolong kempeni lain pun pada2 la. Ni dah la ot kami dicantas, insentif dipotong. Saya harap tuan presiden prihatin tentang perkara ini terutama pada stesen gred B dan C.
Ni ada keralatan. Mana ada meter reader pakai BMW, minta perbetulkan. Jika pakai pun bukan dari hasil dari sumber TNB tetapi dari sumber lain seperti MLM atau bini pengarah syarikat. Kalau bulat2 dari TNB, kembanglah mata PK atau PC yg ada kat stesen tersebut. Dah la ot tidak dibenarkan, insetif pun kena cantas. Jadi rasanya tak mampulah meter reader pakai kereta semewah mcm BMW ke, matsedih ke, pe pe jelah...
ReplyDeletepatut k saya pergi temuduga jawatan pembantu tadbir 27 hb nie?????coz sy duk ganu....wajar or x?
ReplyDeleteJANGAN TANYA APA KITA DAPAT DARI TNB TP TANYA APA KITA FAH BUAT UNTUK TNB.CUKUPKAH?
ReplyDeleteKALAU NK KEJE SNANG GAJI BANYAK G BUKAK BISNES SNIRI...BLAJA BERSYUKUR. INSHAALLAH REZEKI YG SIKIT PON AKAN BERTAMBAH
saya mahu bertanya,,dalam sistem tnb tt09 ialah juruteknik dan tt05 ialah tukang..kelayakan untuk juruteknik sijil atau diploma elektrik,dan kelayakan untuk tukang ialah pendawai atau penjaga jentera...secara kasar nya saya tidak faham,kenapa pendawai dan penjaga jentera berada di posisi bawah sijil atau diploma,,sedangkan bagi pendawai dan penjaga jentera mempunyai sijil kekompetenan dari suruhanjaya tenaga.kalau dibandingkan dgn syarikat swasta luar pun,gaji dan gred pendawai dan penjaga jentera lebih tggi dari sijil atau diploma politeknik...maaf bertanya kerana saya kurang pengetahuan tentang tnb,saya confius utk kedua2 jawatan tersebut,saya mempunyi diploma dan chargmen,,mana jawatan yg sesuai perlu dipohon
ReplyDelete