Friday, January 28, 2011
TNBJOU Majukan Draft Cadangan CA Ke Tujuh
28 Januari 2011 Ibu Pejabat TNB - Draft Perjanjian Kolektif KeTujuh 2011-2013 antara TNBJOU dan TNB telah dimajukan oleh Kesatuan kepada Naib Presiden Sumber Manusia - Dato' Hj Muhammad Razif Abdul Rahman pada hari ini. Draft tersebut merupakan cadangan-cadangan artikel Perjanjian Kolektif 2011-2013 yang telah dibentang, dibahas dan seterusnya diluluskan oleh EXCO TNBJOU pada 18 Januari 2011 di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur. Terdapat 99 artikel yang mengandungi 94 artikel sedia ada dan tambahan 5 artikel baru yang menjadi fokus Kesatuan dalam draft tersebut.TNBJOU telah diwakili oleh sdr Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong, Timbalan Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha dalam majlis tersebut.
Berdasarkan peruntukan yang ada dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967, pihak syarikat mempunyai tempoh selama 30 hari dari tarikh cadangan CA dimajukan untuk memberikan cadangan balasnya. Adalah dijangkakan rundingan CA pusingan pertama akan dijalankan selepas tamat tempuh tersebut.
Turut sama menyerahkan cadangan Draft Perjanjian Kolektif adalah Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB (K3P) dan Persatuan Eksekutif TNB (PETNB). Ahli-ahli akan dimaklumkan terhadap status hasil rundingan tersebut dari masa kesemasa.
No comments:
Post a Comment