Friday, June 4, 2010
TERIMA KASIH ! CEO TNB MELAWAT GUDANG SIMPANAN BUKIT SENTOSA
Anggota Kerja Gudang Simpanan Bukit Sentosa (GSBS) merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Dato Sri Che Khalib atas lawatan yang dilakukan kesana pada 14 Mei 2010. Kehadiran CEO ke Gudang Simpanan Bukit Sentosa sememangnya ditungu-tungu oleh warga kerja kerana mereka jarang mendapat perhatian dari pihak pengurusan tertinggi TNB. Lokasi Gudang Simpanan tersebut yang agak terpencil dan berjauhan dari pejabat-pejabat TNB yang lain selepas penutupan Stor Bangsar sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada anggota kerja disana. Maklumbalas yang diterima dari anggota kerja GSBS menunjukkan mereka merasa begitu gembira kerana Pengurusan Tertinggi TNB sudi melapangkan masa dengan mereka.
4 May 2010 - CEO TNB Merasmikan Penyerahan Tower Wagon kepada Bahagian Pembahagian.
Pegawai Utama TNBJOU telah menghadiri program Majlis Penyerahan Tower Wagon kepada Bahagian Pembahagian. Tower Wagon mini yang bersaiz lebih kecil dari biasa itu akan diuji selama 6 bulan di stesen-stesen sekitar Lembah Klang. Presiden TNBJOU-Sdr Md Zamri Md Yassin turut bersama-sama CEO TNB menaiki kenderaan tersebut. Dalam ucapannya antara lain CEO telah menyatakan TNB perlu memiliki peralatan yang lebih baik dan sesuai dengan kehendak semasa. Ini juga akan memberikan keselesaan dan kemudahan yang lebih baik untuk anggota kerja melakukan tugasan. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada anggota kerja TNB kerana telah bersama-sama menyokong dan memainkan peranan bagi memastikan Syarikat TNB terus unggul dalam menghadapi cabaran yang ada. Beberapa anggota kerja yang ditemui merasakan ucapan CEO dapat terus menyuntik semangat anggota kerja untuk berusaha lebih gigih dan mencerminkan keikhlasan beliau untuk melihat kejayaan syarikat TNB dimasa depan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah COO TNB-Tn Hj Azman Mohamad dan Naib Presiden TNB Pembahagian yang baru dilantik pada 1 Jun 2010-Tn Hj Hussain Othman.
No comments:
Post a Comment