Setiausaha Agung TNBJOU telah dijemput oleh Kesatuan Pekerja Sarawak Energy (SESCO) untuk memberi taklimat tatacara penyediaan dan Rundingan Perjanjian Kolektif kepada ahli-ahli EXCO mereka. Kesatuan Sekerja Sarawak Energy dalam proses menyediakan draft Perjanjian Kolektif Pertama bagi merundingkan terma dan syarat perkhidmatan selari dengan pengiktirafan Kesatuan yang telah diberikan oleh majikan mereka.Penglibatan Setiausaha Agung TNBJOU dalam program tersebut dapat mengukuhkan hubungan antara TNBJOU dan Kesatuan Pekerja Sarawak. Khidmat bimbingan penyediaan Perjanjian Kolektif juga pernah diberikan oleh TNBJOU kepada Kesatuan Pekerja Sabah dan beberapa Kesatuan lain dalam gabungan MTUC.
No comments:
Post a Comment