Monday, June 24, 2013
STATUS KAJIAN PELARASAN GAJI OLEH HAY CONSULTANT
1. Pertanyaan yang dikemukakan oleh Cawangan-Cawangan dan ahli-ahli berhubung status kajian pelarasan gaji oleh pihak HAY Consultant adalah dirujuk. Perjumpaan Presiden TNBJOU & Presiden KPPPTNB dengan Naib Presiden Sumber Manusia Y.Bhg Datuk Mohamad Razif Abdul Rahman pada 10 June 2013 di pejabatnya adalah juga berkaitan.
2. Naib Presiden Sumber Manusia telah memaklumkan pihak Hay Consultant kini dalam peringkat akhir menyediakan kajian pelarasan gaji. Pihak HAY Consultant juga dijadualkan akan mengadakan perjumpaan pada akhir Jun 2013 dengan Y.Bhg Dato Seri Azman Mohamad – Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif untuk melaporkan hasil kajian tersebut bagi suatu keputusan.
3. Seterusnya pihak HAY Consultant dilaporkan akan membentangkan hasil kajiannya kepada pihak Kesatuan pada awal bulan July 2013 untuk suatu perbincangan lanjut.
4. Perlu ditegaskan dalam pertemuan itu, Naib Presiden Sumber Manusia tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung penetapan tarikh-tarikh tertentu untuk tujuan pembayaran.
5. Untuk makluman semua ahli-ahli TNBJOU, pihak Naib Presiden Sumber Manusia & pihak HAY Consultant telah memaklumkan kepada Kesatuan di mesyuarat bulan March 2013, tempoh kajian pelarasan gaji ini akan mengambil masa 16 minggu dan mensasarkan dimuktamatkan pada akhir bulan July 2013.
6. Juga ditegaskan semua maklumat terperinci dan hasil kajian pihak HAY Consultant belum lagi dibincangkan kepada mana-mana Kesatuan.
7. Pihak TNBJOU berharap ahli-ahli tidak menyebarkan atau terpengaruh dengan sebarang khabar angin berhubung kajian HAY Consultant. Kesatuan akan memaklumkan sebarang maklumat rasmi berhubung kajian tersebut sebaik sahaja ianya diperolehi dari pihak Pengurusan.
Sekian untuk makluman semua Cawangan dan ahli-ahli TNBJOU.
Yang Benar
Mohd Roszeli Majid
Presiden TNBJOU
Monday, March 25, 2013
Mesyuarat EXCO Terakhir Penggal 2010/2013

Mesyuarat EXCO TNBJOU terakhir untuk Penggal 2010/2013 akan diadakan di Hotel MS Garden, Kuantan pada 18 April 2013. Sehubungan dengan itu satu Latihan Dalam Perkhidmatan Tahun 2013 (LDP2013) untuk ahli-ahli EXCO dan ahli-ahli Kawasan Timur akan turut dianjurkan pada 16-17 April 2013 di lokasi yang sama.
Sekretariat TNBJOU sedang dalam proses menghantar notis kepada semua EXCO dan peserta LDP2013 yang terlibat. Mesyuarat EXCO ini akan memberikan tumpuan kepada pembentangan perkembangan isu-isu semasa dan persediaan Mesyuarat dan Pemilihan Tiga Tahunan Cawangan –Cawangan TNBJOU.
Pelarasan Gaji Untuk Pekerja Bukan Eksekutif

7 March 2013 Bilik Kenyir, Ibu Pejabat : Dato Muhamad Razif Abdul Rahman – Naib Presiden Sumber Manusia TNB telah mengumumkan pihak konsultan HAY telah dilantik untuk membuat kajian menyeluruh pelarasan gaji berdasarkan amalan pasaran pada masa kini untuk kumpulan pekerja bukan eksekutif.
Sebelum itu pada 6.3.2013 Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya ke TNB telah membuat pengumuman lebih 3000 pekerja kumpulan eksekutif akan mendapat pelarasan gaji dalam masa terdekat hasil semakan semula gaji berdasarkan pasaran semasa . Perdana Menteri turut mengumumkan kajian semula sedang dilakukan atas usaha pihak pengurusan bagi semakan semula gaji semua pekerja bukan eksekutif.
Naib Presiden Sumber Manusia TNB turut memaklumkan kajian tersebut masih diperingkat pertama dan perbincangan dengan pihak Kesatuan akan turut dilakukan dalam proses tersebut kelak.
Pengumuman tersebut telah dibuat selepas sesi taklimat pembentangan draft terakhir prosedur tatatertib TNB Edisi terbaru kepada pemimpin Kesatuan dan Persatuan TNB . Pihak Kesatuan akan memberikan kerjasama penuh kepada pengurusan dalam melaksanakan kajian semakan semula gaji dengan mengambilkira semua gred gaji dan jawatan di dalam skop TNBJOU.
Ahli-ahli diminta bersabar dan mendapatkan info sahih berhubung perkara ini dari Kesatuan serta mengelakkan dari menyebarkan sebarang info yang tidak tepat.
TERIMA KASIH PERDANA MENTERI

6 March 2013 Dewan Serbaguna TNB Kuala Lumpur : ‘TNB kekal dan tidak dipecah-pecahkan’ itu kata dan janji Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Abd Razak – Perdana Menteri kita didepan lebih 3000 pekerja TNB. Pengumuman itu telah disambut dengan perasaan gembira dan bersyukur oleh seluruh pekerja TNB.
Sebelum itu PM telah membuat beberapa pengumuman yang menarik untuk pekerja TNB. Antara pengumuman tersebut ialah TNB bersama PRIMA akan membena rumah rakyat di Kajang untuk dijual pada harga istimewa kepada pekerja TNB. PM turut mengumumkan beberapa inisiatif menaik taraf infra kemudahan dan kebajikan untuk pekerja TNB termasuk pembinaan Taska. Turut diumumkan oleh Perdana Menteri ialah pelarasan gaji untuk pekerja executive yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Selain itu Perdana Menteri turut mengumumkan kajian pelarasan gaji untuk pekerja non executive juga akan dilakukan berdasarkan penilaian semula terhadap kadar upah di pasaran.

TNBJOU mengucapkan terima kasih khas kepada Perdana Menteri atas pengumuman tersebut dan berharap TNB akan terus memacu kemajuan Negara serta mengembangkan sayap perniagaannya ke peringkat global. Sokongan pekerja TNB terhadap kepimpinan utama negara begitu terserlah dalam majlis yang berlansung dengan penuh semangat patriotik .
Ini merupakan lawatan kedua Perdana Menteri semenjak Datuk Seri Azman dilantik selaku CEO TNB. Lawatan pertama dilakukan oleh Perdana Menteri ialah pada 3.9.2012.
Sesi Perjumpaan TNBJOU Bersama Bahagian Bacaan Jangka Negeri Terengganu





25 February 2013 Primula Hotel, Kuala Terengganu : Satu sesi perjumpaan antara Presiden TNBJOU, Pengurus Besar Negeri dan seluruh pekerja di Bahagian Bacaan Jangka telah dianjurkan oleh pihak pengurusan Pembahagian Negeri Terengganu.
Sesi tersebut telah diisi dengan ucapan Pengurus Besar Negeri Terengganu dan Presiden TNBJOU . Selain itu turut diadakan sesi dialog bersama pekerja Bahagian Bacaan Jangka, Taklimat Keselamatan, Bacaan Ikrar Perkhidmatan dan penyampaian hadiah anugerah kepada pekerja cemerlang di bahagian bacaan jangka. Sesi yang diadakan itu adalah atas inisiatif Pengurus Besar Negeri Terengganu untuk memberikan suntikan semangat dan motivasi bagi meningkatkan perkhidmatan dari Bahagian Bacaan Jangka.
Turut hadir dalam sesi itu ialah Ketua Perhubungan Perusahaan TNB – En V.Sugumaran, Pengurus-Pengurus Kawasan serta eksekutif kanan negeri Terengganu. TNBJOU beriltizam untuk meneruskan kerjasama dengan Pengurusan tempatan dari masa kesemasa bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan TNB kepada pengguna ditingkatkan
HIGHLIGHT ISU & PERJUANGAN PEKERJA NEGARA

PIKET NUBE
Ahli Kesatuan Sekerja Bank (NUBE) dan kakitangan bank CIMB Berhad mengadakan siri Jelajah Piket Seluruh Negara bagi membantah pihak pengurusan bank itu kerana didakwa tidak menjaga kebajikan dan melanggar hak asasi pekerjanya.
Mereka membantah antaranya mengenai dakwaan ketidakadilan dalam penilaian prestasi bagi bayaran bonus kakitangan dan isu pemecatan kakitangan yang mempersoal penggunaan dana pekerja oleh pihak pengurusan. NUBE juga sedang bergelut dengan pelbagai isu lain termasuk pemecatan pekerjaan Timbalan Presiden dan Bendahari Agungnya kesan dari penglibatan dalam aktiviti Kesatuan.
Piket Mega NUBE akan dijalankan pada 6.4.2013 di depan bangunan Bank Negara bagi menyuarakan bantahan terhadap layanan majikan kepada Kesatuan itu.Ahli-ahli TNBJOU yang berkelapangan diharap dapat turut sama hadir bagi menyatakan sokongan SOLIDARITI kepada perjuangan NUBE.


Piket KSIEWBSM
Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung Malaysia (KSIEWBSM) telah menganjurkan piket pada 15.3.2013 di perkarangan pejabat Menteri Sumber Manusia Putrajaya bagi menuntut penyelesaian isu ‘Union Busting’, pembuangan kerja Presidennya – Sdr Wan NurAzhar dan permasalahan pengiktirafan Kesatuan dari majikan
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)