Thursday, June 24, 2010

SUDAH KAH ANDA MENJADI AHLI KWKK?




Kumpulan Wang Khairat Pekerja Dan Pesara TNB (KWKP&PTNB) atau nama asalnya Kumpulan Wang Khairat Kematian (KWKK) merupakan sebuah sebuah Syarikat Berhad dengan jaminan dan telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965 dengan pindaan-pindaan yang telah diluluskan pada 16 September 1980.

KWKK ditadbir urus oleh Pengerusi,Ahli Lembaga Pengarah dan sokongan dari unit Kebajikan Pekerja & Pesara TNB di bawah Bahagian Sumber Manusia Kumpulan. Tn Hj Mohammad Razif Abdul Rahman (Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan) TNB adalah merupakan Pengerusi kepada KWKK pada masa ini. Manakala Ahli Lembaga Pengarah KWKK pula terdiri dari Wakil-Wakil Pegawai Kesatuan & Persatuan TNB.

Antara Maklumat Berhubung Penubuhan KWKK ialah :-

1. Semua Pekerja TNB layak menjadi ahli KWKK dengan membuat potongan gaji sebanyak RM1 setiap bulan (tertakluk pada maksima RM5 sebulan/bilangan kematian).
2. Setiap waris kepada ahli KWKK yang meninggal dunia akan menerima sejumlah wang sumbangan bersamaan dengan 80% dari jumlah potongan keahlian secara bulanan.
3. Seseorang pekerja TNB yang telah menjadi ahli selama 15 tahun layak untuk menjadi ahli seumur hidup dengan menjelaskan bayaran secara sekaligus sebanyak RM250.
4. Borang untuk menjadi ahli KWKK boleh di muat turun dari laman livewire TNB.
5. KWKK mempunyai Simpanan Tetap Di Bank berjumlah lebih dari RM5.8 juta setakat 31/12/2009.

Konsep Tabung KWKK ini adalah berpaksikan konsep tolong menolong antara satu dengan lain dalam membantu keluarga atau waris ahli yang kehilangan tempat untuk berlindung akibat kematian pekerja/pesara TNB yang menjadi ahli KWKK. Ramai pekerja TNB yang memasuki perkhidmatan selepas era penswastaan 1990 masih belum menyedari manfaat yang akan diperolehi oleh waris mereka jika mereka menjadi ahli KWKK. Pada masa ini jumlah ahli KWKK adalah seramai 12,324 orang (pekerja TNB) dan 2,974 (Pesara).

Dengan hanya membuat potongan gaji sebanyak RM1 sebulan atau maksima RM5 maka ianya akan melayakkan Waris kepada ahli yang meninggal dunia untuk mendapat sejumlah 80% dari jumlah kutipan bulanan sebagai bantuan kematian dalam mengurangkan beban kepada waris yang ada. Mesyuarat Agong Tahunan KWKK telah dijalankan pada 22 Jun 2010 di Bilik Pergau, Bangunan Kelab Kilat, Kuala Lumpur.

TNBJOU menyeru kepada semua ahli-ahli yang masih belum menjadi ahli KWKK supaya dapat mengisi borang dengan memuat turun borang permohonan keahlian di laman livewire TNB dan memajukannya kepada pejabat TNB terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Friday, June 4, 2010

TERIMA KASIH ! CEO TNB MELAWAT GUDANG SIMPANAN BUKIT SENTOSA




Anggota Kerja Gudang Simpanan Bukit Sentosa (GSBS) merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Dato Sri Che Khalib atas lawatan yang dilakukan kesana pada 14 Mei 2010. Kehadiran CEO ke Gudang Simpanan Bukit Sentosa sememangnya ditungu-tungu oleh warga kerja kerana mereka jarang mendapat perhatian dari pihak pengurusan tertinggi TNB. Lokasi Gudang Simpanan tersebut yang agak terpencil dan berjauhan dari pejabat-pejabat TNB yang lain selepas penutupan Stor Bangsar sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada anggota kerja disana. Maklumbalas yang diterima dari anggota kerja GSBS menunjukkan mereka merasa begitu gembira kerana Pengurusan Tertinggi TNB sudi melapangkan masa dengan mereka.

4 May 2010 - CEO TNB Merasmikan Penyerahan Tower Wagon kepada Bahagian Pembahagian.
Pegawai Utama TNBJOU telah menghadiri program Majlis Penyerahan Tower Wagon kepada Bahagian Pembahagian. Tower Wagon mini yang bersaiz lebih kecil dari biasa itu akan diuji selama 6 bulan di stesen-stesen sekitar Lembah Klang. Presiden TNBJOU-Sdr Md Zamri Md Yassin turut bersama-sama CEO TNB menaiki kenderaan tersebut. Dalam ucapannya antara lain CEO telah menyatakan TNB perlu memiliki peralatan yang lebih baik dan sesuai dengan kehendak semasa. Ini juga akan memberikan keselesaan dan kemudahan yang lebih baik untuk anggota kerja melakukan tugasan. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada anggota kerja TNB kerana telah bersama-sama menyokong dan memainkan peranan bagi memastikan Syarikat TNB terus unggul dalam menghadapi cabaran yang ada. Beberapa anggota kerja yang ditemui merasakan ucapan CEO dapat terus menyuntik semangat anggota kerja untuk berusaha lebih gigih dan mencerminkan keikhlasan beliau untuk melihat kejayaan syarikat TNB dimasa depan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah COO TNB-Tn Hj Azman Mohamad dan Naib Presiden TNB Pembahagian yang baru dilantik pada 1 Jun 2010-Tn Hj Hussain Othman.

Monday, May 31, 2010

WORST LABOUR LAW AMENDMENTS IN 40 YEARS TO PROMOTE PRECARIOUS EMPLOYMENT

MALAYSIAN TRADES UNION CONGRESS

PRESS STATEMENT

15TH APRIL 2010


WORST LABOUR LAW AMENDMENTS IN 40 YEARS
TO PROMOTE PRECARIOUS EMPLOYMENT


Human Resources Minister Dato Dr S. Subramaniam has given the green light to amend the three major labour legislations.

The proposed changes to the Employment Act 1955, Industrial Relations Act 1967 and the Trade Union Act 1959 is seen as the worst in 40 years. The amendments, when passed, would completely remove security of tenure for thousands of workers in the country.

The amendment is deliberately designed to empower employers to employ workers on fixed term contract for as long as they please. Even workers who had ten years service on a contract basis will have no right to seek redress in the event of termination.

This is a drastic change from the current law and practice which accords the right to all workers, irrespective of their salary levels and length of service, including probationers to challenge their dismissals.

The Minister is also seeking amendments to permit employers to question a trade union’s representative status every five years. This will have a serious impact on trade unions right to negotiate on terms and conditions of employment. This will also encourage employers to intensify their efforts to encourage their employees to relinquish their union membership. MTUC is deeply concerned with the Minister’s retrogressive step.

Union leaders representing 200 affiliates will participate in an emergency meeting on Monday (19th April 2010) to discuss the draconian amendments, and decide on the course of action.

The proposed amendments, we believe, are done at the behest of Multinational Corporations and potential investors.


G. RAJASEKARAN
Secretary General

Wednesday, May 26, 2010

SUA DIJEMPUT MEMBERI TAKLIMAT PERJANJIAN KOLEKTIF BERSAMA SESCO




Setiausaha Agung TNBJOU
telah dijemput oleh Kesatuan Pekerja Sarawak Energy (SESCO) untuk memberi taklimat tatacara penyediaan dan Rundingan Perjanjian Kolektif kepada ahli-ahli EXCO mereka. Kesatuan Sekerja Sarawak Energy dalam proses menyediakan draft Perjanjian Kolektif Pertama bagi merundingkan terma dan syarat perkhidmatan selari dengan pengiktirafan Kesatuan yang telah diberikan oleh majikan mereka.Penglibatan Setiausaha Agung TNBJOU dalam program tersebut dapat mengukuhkan hubungan antara TNBJOU dan Kesatuan Pekerja Sarawak. Khidmat bimbingan penyediaan Perjanjian Kolektif juga pernah diberikan oleh TNBJOU kepada Kesatuan Pekerja Sabah dan beberapa Kesatuan lain dalam gabungan MTUC.

PROGRAM KEMASYARAKATAN KESATUAN PERSATUAN DAN TNB BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI DI HULU SELANGOR











15 May 2010
-TNBJOU bersama Kesatuan & Persatuan TNB turut serta dalam Program Kemasyarakatan Bersama Masyarakat Orang Asli Kg Hulu Melaka di Hulu Selangor. Program tahunan yang diadakan itu turut diisi dengan program pemeriksaan kesihatan untuk masyarakat orang asli, gotong royong membersihkan kawasan tadika, surau dan sekitar kawasan perkampungan. TNBJOU dan semua Kesatuan/Persatuan TNB turut memberikan sumbangan kewangan untuk program tersebut.

Program telah berjaya meningkatkan hubungan antara Kesatuan/Persatuan TNB, masyarakat dan Pengurusan TNB. TNBJOU memberikan komitmen untuk terus menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Pengurusan TNB dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan dimasa depan.

SEKITAR MESYUARAT AGONG TIGA TAHUNAN TNBJOU PENGGAL 2010-2013 ...




















SYABAS DAN TAHNIAH! Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Cawangan TNBJOU untuk Penggal 2010-2013 berjalan dengan lancar. Setakat 27 Mei 2010 sebanyak 21 Cawangan telah selesai menjalankan mesyuarat dan Pemilihan Pegawai-Pegawai Peringkat Cawangan.Cawangan Kota Bahru merupakan Cawangan terakhir yang akan mengadakan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Cawangan pada 30 Mei 2010. Pemilihan Pegawai-Pegawai Peringkat Cawangan untuk Penggal 2010-2013 menyaksikan ramai calun-calun pemimpin Wanita mula mendominasi jawatan EXCO dan Jawatankuasa di cawangan-cawangan yang ada. Hampir semua cawangan kini memiliki aset kepimpinan wanita dalam menerajui perjuangan Kesatuan Sekerja. Ini memberikan petanda baik terhadap penglibatan wanita dalam pergerakan Kesatuan Sekerja terutamanya di TNBJOU. Sememangnya TNBJOU sejak sekian lama ketandusan pemimpin Wanita dan amat memerlukan sumbangan Wanita dalam kepimpinan bagi mengharungi cabaran masa depan.

TNBJOU juga dalam usaha untuk membentuk Jawatankuasa Wanita, Belia/Beliawanis untuk menyediakan kepimpinan pelapis bagi mengisi ruang kepimpinan yang semakin kritikal di peringkat Nasional dan Cawangan.

Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Cawangan Penggal 2010-2013 juga bertanggungjawab memutuskan pencalunan untuk jawatan Pegawai-Pegawai Utama TNBJOU. Pengundian untuk jawatan Pegawai-Pegawai Utama TNBJOU dijadualkan akan dijalankan pada bulan Julai 2010 apabila semua calun yang dicadangkan dalam Mesyuarat Agung Cawangan mengesahkan penerimaan pencalunan mereka.

Ahli-ahli diminta membuat pemilihan Pegawai-Pegawai Utama TNBJOU untuk Penggal 2010-2013 dengan mengutamakan kepentingan Kesatuan dalam mengharungi cabaran masa depan yang dijangkakan lebih getir dalam mempertahankan hak-hak ahli.Setiap pertandingan dalam pemilihan Pegawai-Pegawai di Peringkat Cawangan dan Nasional perlu dilihat dari sudut memakmurkan prinsip demokrasi sesuai dengan prinsip asal Kesatuan Sekerja. Ahli-ahli diminta kembali bersatu dan mengelakkan perpecahan selepas selesai semua proses pemilihan Pegawai-Pegawai Kesatuan. Pemilihan Pegawai Kesatuan perlu diterjemahkan sebagai elemen untuk memperkukuhkan TNBJOU pada masa depan.

Monday, March 15, 2010

TNBJOU ANJURKAN SEMINAR & WORKSHOP WANITA 2010 DI LANGKAWI








March 2010 - Seramai 50 ahli wanita dari 22 cawangan TNBJOU telah menghadiri Seminar & Workshop Wanita yang dijalankan dari 28-3 March 2010 di Hotel Langkasuka, Langkawi, Kedah dengan tema ‘Memartabatkan Peranan Wanita Dalam Kesatuan Sekerja’. Peserta seminar & workshop telah diberi pendedahan terhadap hak-hak wanita dalam pergerakan Kesatuan Sekerja serta isu-isu semasa melalui pembentangan kertas kerja dari JHED (Pn Hasbah), Pengerusi Wanita MTUC (Pn Laila Aslah), Pegawai Latihan MTUC (Somasundaram) & Setiausaha Agong TNBJOU. Program ini juga bertujuan melahirkan lebih ramai pemimpin Kesatuan Sekerja Wanita menjelang Pemilihan Pegawai-Pegawai Kesatuan pada tahun ini.


PENGUMUMAN UNTUK AHLI EXCO
EXCO terakhir TNBJOU Penggal 2007/2010 & LDP 2010 dijadualkan akan diadakan di Melaka dari 12 hingga 14 April 2010 di Melaka. Notis Mesyuarat dan info berhubungnya akan diedarkan selepas semua persediaan dimuktamadkan. Harap Maklum.