Monday, March 25, 2013

TERIMA KASIH PERDANA MENTERI



6 March 2013 Dewan Serbaguna TNB Kuala Lumpur :
‘TNB kekal dan tidak dipecah-pecahkan’ itu kata dan janji Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Abd Razak – Perdana Menteri kita didepan lebih 3000 pekerja TNB. Pengumuman itu telah disambut dengan perasaan gembira dan bersyukur oleh seluruh pekerja TNB.

Sebelum itu PM telah membuat beberapa pengumuman yang menarik untuk pekerja TNB. Antara pengumuman tersebut ialah TNB bersama PRIMA akan membena rumah rakyat di Kajang untuk dijual pada harga istimewa kepada pekerja TNB. PM turut mengumumkan beberapa inisiatif menaik taraf infra kemudahan dan kebajikan untuk pekerja TNB termasuk pembinaan Taska. Turut diumumkan oleh Perdana Menteri ialah pelarasan gaji untuk pekerja executive yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Selain itu Perdana Menteri turut mengumumkan kajian pelarasan gaji untuk pekerja non executive juga akan dilakukan berdasarkan penilaian semula terhadap kadar upah di pasaran.



TNBJOU mengucapkan terima kasih khas kepada Perdana Menteri atas pengumuman tersebut dan berharap TNB akan terus memacu kemajuan Negara serta mengembangkan sayap perniagaannya ke peringkat global. Sokongan pekerja TNB terhadap kepimpinan utama negara begitu terserlah dalam majlis yang berlansung dengan penuh semangat patriotik .

Ini merupakan lawatan kedua Perdana Menteri semenjak Datuk Seri Azman dilantik selaku CEO TNB. Lawatan pertama dilakukan oleh Perdana Menteri ialah pada 3.9.2012.

Sesi Perjumpaan TNBJOU Bersama Bahagian Bacaan Jangka Negeri Terengganu



25 February 2013 Primula Hotel, Kuala Terengganu
: Satu sesi perjumpaan antara Presiden TNBJOU, Pengurus Besar Negeri dan seluruh pekerja di Bahagian Bacaan Jangka telah dianjurkan oleh pihak pengurusan Pembahagian Negeri Terengganu.

Sesi tersebut telah diisi dengan ucapan Pengurus Besar Negeri Terengganu dan Presiden TNBJOU . Selain itu turut diadakan sesi dialog bersama pekerja Bahagian Bacaan Jangka, Taklimat Keselamatan, Bacaan Ikrar Perkhidmatan dan penyampaian hadiah anugerah kepada pekerja cemerlang di bahagian bacaan jangka. Sesi yang diadakan itu adalah atas inisiatif Pengurus Besar Negeri Terengganu untuk memberikan suntikan semangat dan motivasi bagi meningkatkan perkhidmatan dari Bahagian Bacaan Jangka.

Turut hadir dalam sesi itu ialah Ketua Perhubungan Perusahaan TNB – En V.Sugumaran, Pengurus-Pengurus Kawasan serta eksekutif kanan negeri Terengganu. TNBJOU beriltizam untuk meneruskan kerjasama dengan Pengurusan tempatan dari masa kesemasa bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan TNB kepada pengguna ditingkatkan

HIGHLIGHT ISU & PERJUANGAN PEKERJA NEGARA



PIKET NUBE

Ahli Kesatuan Sekerja Bank (NUBE) dan kakitangan bank CIMB Berhad mengadakan siri Jelajah Piket Seluruh Negara bagi membantah pihak pengurusan bank itu kerana didakwa tidak menjaga kebajikan dan melanggar hak asasi pekerjanya.

Mereka membantah antaranya mengenai dakwaan ketidakadilan dalam penilaian prestasi bagi bayaran bonus kakitangan dan isu pemecatan kakitangan yang mempersoal penggunaan dana pekerja oleh pihak pengurusan. NUBE juga sedang bergelut dengan pelbagai isu lain termasuk pemecatan pekerjaan Timbalan Presiden dan Bendahari Agungnya kesan dari penglibatan dalam aktiviti Kesatuan.

Piket Mega NUBE akan dijalankan pada 6.4.2013 di depan bangunan Bank Negara bagi menyuarakan bantahan terhadap layanan majikan kepada Kesatuan itu.Ahli-ahli TNBJOU yang berkelapangan diharap dapat turut sama hadir bagi menyatakan sokongan SOLIDARITI kepada perjuangan NUBE.



Piket KSIEWBSM


Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung Malaysia (KSIEWBSM) telah menganjurkan piket pada 15.3.2013 di perkarangan pejabat Menteri Sumber Manusia Putrajaya bagi menuntut penyelesaian isu ‘Union Busting’, pembuangan kerja Presidennya – Sdr Wan NurAzhar dan permasalahan pengiktirafan Kesatuan dari majikan

SEKITAR ROADSHOW ISU-ISU SEMASA PEKERJAAN TNB

Bengkel Bahagian Bacaan Jangka 2013 kearah ‘Vibrant Workforce’








11 March 2013, Melaka
: Satu Bengkel Bahagian Bacaan Jangka telah dianjurkan secara bersama antara TNBJOU dan Pengurusan Bahagian Pembahagian TNB selama dua hari dari 11 - 12 March 2013 bertempat di Hatten Hotel, Melaka. Bengkel tersebut telah dihadiri 40 peserta yang terdiri dari pemimpin Kesatuan TNBJOU,Pengurusan Pembahagian dan Konsultan PQM TNB. Turut hadir dalam program bengkel tersebut ialah En V,Sugumaran – Ketua Perhubungan Perusahaan TNB, Tn Hj Muhamad Ghous (PB PSM Pembahagian), Pn Hajjah Kamaliah Abdul Kadir (PBK-PP&P), En Aznir Malek (PB-QS), En Selimin Othman dan beberapa Eksekutif Kanan Bahagian Pembahagian TNB.

Bengkel tersebut bertujuan untuk meningkatkan nilai kerja yang bersesuaian dengan cabaran dan hasrat Syarikat dengan memberi fokus kepada :-
i) Haluan Kerjaya Bahagian Bacaan Jangka
ii) Revolusi Senarai Tugas Bahagian Bacaan Jangka
iii) Makanisma Kawalan Kualiti Perkhidmatan Bahagian Bacaan Jangka
iv) Nilai Tambah (Added Value) Dalam Perkhidmatan Bahagian Bacaan Jangka

Satu rumusan hasil bengkel tersebut telah dibentangkan kepada Y.Bhg Dato Baharin Din – Naib Presiden Pembahagian TNB yang turut menyempurnakan majlis penutupan Bengkel Bahgian Bacaan Jangka tersebut. Kesatuan menaruh harapan tinggi supaya hasil rumusan bengkel tersebut dapat dilaksanakan bagi meningkatkan imej perkhidmatan dan kerjaya Bahagian Bacaan Jangka TNB yang semakin lesu dikacamata pengguna.

Kerani Baru TNBJOU Sdr.Khuzairi Muhammad Kamil


Pejabat TNBJOU menerima kehadiran pekerja baru yang bertugas sebagai Kerani mulai 2.1.2013.

Beliau yang berasal dari Shah Alam adalah juga merupakan anak kepada Naib Presiden TNBJOU.Jawatan kerani di TNBJOU telah dikosongkan sejak 2010 apabila Allahyarham Tn Hj Manap Hitam bersara. TNBJOU berharap perlantikan ini akan dapat memperkemaskan urusan pentadbiran Kesatuan.

BERITA KEMATIAN



Alfatehah dan takziah kepada semua ahli keluarga pemimpin TNBJOU yang telah meninggal dunia baru-baru ini antaranya :-

1) Tn Hj Manap Hitam (pesara) bekas Timbalan Setiausaha Agung TNBJOU telah kembali kerahmatullah pada 22.12.2012

2) Adik Syukran yang merupakan anak kepada Sdr Yusoff Basir -Bendahari TNBJOU telah meninggal dunia pada 20.1.2013

3) Ibu kepada Sdr Ali Omar – Setiausaha Agung TNBJOU telah meninggal dunia pada 9.3.2013

4) Ibu kepada Sdr Nik Lah Ibrahim – Setiausaha TNBJOU Kota Bharu telah meninggal dunia pada 10.3.2013