Wednesday, October 28, 2009

TAWARAN KEDUA OPTION 'A' DAN 'B' ISU KWSP DAN RBTF - BUATLAH KEPUTUSAN YANG BIJAK !

October 2009 : Keputusan telah dicapai dalam mesyuarat antara majikan, Kesatuan dan Persatuan TNB berhubung isu tawaran skim caruman KWSP bahagian syarikat yang lebih tinggi sebagai alternatif kepada skim faedah persaraan sedia ada bagi anggota kerja yang dilantik selepas 11 Mac 1994. Dalam mesyuarat tersebut Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan telah menerangkan rasional tawaran kali kedua dikeluarkan adalah berlanjutan dari permintaan Kesatuan dan Persatuan dalam rundingan tawaran option pertama supaya majikan menimbangkan faedah tahunan diberikan kepada jumlah Faedah Persaraan pekerja yang dibekukan bermula dari tarikh 1 Januari 2010.

Sehubungan itu mesyuarat Lembaga Pengarah telah meluluskan permintaan tersebut dan majikan mengambil inisiatif mengeluarkan tawaran kali kedua yang telah diedarkan kepada pekerja terlibat baru-baru ini. Mesyuarat hari ini juga memutuskan perkara-perkara berikut:-

1. Majikan akan memberikan surat rasmi memaklumkan perincian butiran maklumat tawaran option kedua kepada Kesatuan dan Persatuan.
2. Tempoh tawaran option dilanjutkan sehingga 30 November 2009.
3. Majikan mengekalkan tarikh kuatkuasa pelaksanaan option kedua ini pada 1 Januari 2010.
4. Majikan akan menghantar surat makluman kepada setiap individu kumpulan pertama yang menerima option KWSP, jumlah Faedah Persaraan (RBTF) yang dibekukan dengan kelayakan kadar faedah 4% secara tahunan pada pertengahan bulan December 2009.
5. Majikan juga menghantar Lampiran A (terma dan syarat skim) serta memaklumkan kepada kumpulan yang ditawarkan option kedua, jumlah Faedah Persaraan (RBTF) individu terbabit seawal mungkin.
6. Majikan, Kesatuan dan Persatuan bersetuju tiada lagi tawaran baru berhubung perkara ini dikeluarkan melainkan tertakluk kepada pindaan-pindaan dalam rundingan Perjanjian Kolektif.

Tawaran option ini adalah merupakan 'pilihan' yang perlu diputuskan sendiri oleh ahli-ahli. Semua ahli yang ditawarkan option kali kedua diminta membuat keputusan setelah menerima dokumen-dokumen berikut:-
1. Surat tawaran individu beserta dengan Lampiran A (terma dan syarat skim)
2. Surat Pilihan Tawaran Lampiran B

Ahli-ahli TNBJOU adalah disarankan membuat pilihan yang tepat bersesuaian dengan keperluan masa depan masing-masing samada ingin kekal dalam skim Faedah Persaraan (RBTF) atau menukar ke skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bahagian majikan yang lebih tinggi. TNBJOU akan mengeluarkan soalan dan jawapan (Q&A) berhubung option ini dalam membantu ahli-ahli mendapat pemahaman yang menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan.

Untuk rujukan berikut adalah statistik keputusan tawaran option pertama untuk makluman semua.



BILANGAN PEKERJA
GRED PEKERJA SKIM A (KWSP) SKIM B (RBTF) JUMLAH
TT 1758 1657 3415
TU 2 9 11
TD 288 245 533
PP 655 763 1418
PS 350 371 721
PM 11 25 36
PG 1 0 1
PK 141 243 384
IT 5 3 8
E(Eksekutif) 1152 994 2146
M(Eksekutif) 2 1 3

Jumlah Besar

4365

4311

8676





















Monday, October 26, 2009

MEMO TO HUMAN RESOURCES MINISTRY

200 union leaders led by MTUC officials gathered at Kementerian Sumber Manusia at 9.30am on 21 October 2009 to present a memorandum to YB Datuk Dr S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia. The memorandum was received by the Secretary General,KSM Y.Bhg Dato’ Segarajah.

MTUC memorandum highlights the numerous problems faced by trade unions in the country. The Department of Industrial Relations has come under severe criticism for failing to effectively enforce the provisions of the Industrial Relations Act 1967.

After more than five years of intense dialogue at the National Labour Advisory Council (NLAC) and at subcommittee level YB Menteri Sumber Manusia pushed through the Parliament a series of amendments to the Industrial Relations Act 1967 and the Trade Unions Act 1959.

It is important to stress that the bill presented at the Parliament was contrary to the consensus reached at the NLAC. One of the amendments supported by the MTUC was Section 9 of the Industrial Relations Act relating to Recognition Claims. Unfortunately, instead of expediting settlement of recognition claims, all claims submitted after February 2008 are not being processed by the Director General of Industrial Relations (DGIR).

The DGIR says that he is unable to act on reports from unions, because the Kementerian has not put in place appropriate Regulations. MTUC raised this matter at the last NLAC on 23 July 2009 and YB Menteri assured us that the Regulations would come into force within one month. It is now almost three months and there is no indication that the YB Menteri has fulfilled his promise.

There seem to be a serious lack of urgency in settling unions’ claim for recognition. The Human Resources Ministry fails to comprehend the numerous problems faced by workers at workplaces.








reported by MTUC

Thursday, October 22, 2009

TAWARAN KEDUA SKIM EPF MENGGANTIKAN RBTF. APAKAH MOTIF DAN IMPLIKASINYA PADA PEKERJA, KESATUAN DAN SYARIKAT?

























TNB telah mengeluarkan tawaran kali kedua skim caruman Kumpulan Simpanan Pekerja bagi alternatif menggantikan Faedah Persaraan oleh Pengurusan TNB kepada pekerja-pekerja TNB yang dilantik pada atau selepas 11 Mac 1994. Tawaran ini telah diedarkan TANPA PERSETUJUAN dari mana-mana Kesatuan dan Persatuan TNB. Secara nyata dan terang tindakan pengurusan TNB ini telah melanggar dan tidak menghormati Artikel 7 Perjanjian Kolektif antara Kesatuan dan TNB. Perjanjian Kolektif adalah merupakan perjanjian yang dimaktubkan dengan pengesahan undang-undang melalui Mahkamah Perusahaan. Antara lain kandungan Artikel 7 PERJANJIAN KOLEKTIF ANTARA TNB DAN KESATUAN menyatakan :-

ARTIKEL 7- PENGUBAHSUAIAN DAN PINDAAN

1. Perjanjian ini adalah lengkap, muktamad dan penyelesaian secara bersama terhadap semua tuntutan yang dikemukakan kepada Syarikat oleh Kesatuan berhubung dengan Perjanjian ini.

2. Dalam tempoh Perjanjian ini, baik Syarikat mahupun Kesatuan tidak boleh memohon untuk mengubah, mengubahsuai, mengganti, atau menambah mana-mana termanya dengan apa cara jua, kecuali dengan pelaksanaan undang-undang atau persetujuan bersama. Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju mengubah mana-mana terma Perjanjian ini, kedua-dua pihak hendaklah bertemu untuk membincangkan pindaan-pindaan tersebut.

3. Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju mengubah mana-mana terma Perjanjian ini, kedua-dua pihak hendaklah secara bersama mengemukakan perubahan terma-terma Perjanjian ini kepada Mahkamah Perusahaan untuk pengiktirafannya dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh Persetujuan dicapai mengenai perubahan tersebut.

Sehubungan itu Jawatankuasa Bersama Kesatuan Dan Persatuan TNB dalam mesyuarat tergemparnya pada petang ini (22.10.09) telah memutuskan secara bersama :-
1. Menghantar surat bantahan rasmi terhadap edaran surat tawaran alternatif EPF menggantikan RBTF
2. Meminta Pengurusan TNB menarik semula pekeliling tawaran tersebut selewat-lewatnya pada 30.10.09
3. Menuntut Pengurusan memberi penjelasan dan mengadakan sesi rundingan rasmi berhubung tawaran kedua ini.
4. Menimbang untuk memulaukan Majlis Perhimpunan Bersama Perdana Menteri pada 31.10.09 sebagai tanda protes terhadap tindakan 'ex-partie' Pengurusan TNB yang melanggar Perjanjian Bersama.
4. Menimbang untuk mengambil tindakan sewajarnya yang perlu berdasarkan peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan undang-undang.

Apakah motif tawaran EPF kedua ini ada kaitan dengan KPI pengurusan TNB dalam mengekang 'staff cost'? Apakah akan ada lagi tawaran baru selepas tawaran kedua ini? Dimanakah letaknya Integriti syarikat yang sering dilaung-laungkan? Amat nyata sekali sejak akhir-akhir ini kebajikan pekerja dan Perhubungan Perusahaan bukan lagi menjadi keutamaan kepada pengurusan TNB yang ada pada masa ini. Ramai ahli yang menolak dan menerima tawaran option pertama merasa kesal dengan apa yang berlaku ini kerana merasakan ada sesuatu motif terselindung disebalik tawaran kali kedua ini. Sekiranya tindakan Pengurusan ini diizinkan terus berlaku, maka ia akan menjadi 'Precedence' kepada tindakan pindaan artikel-artikel lain Perjanjian Kolektif secara sewenang- wenangnya dan mengenepikan kehendak undang-undang. Kesatuan sama sekali tidak akan membiarkan perkara ini dari terus berlaku . Pemimpin Kesatuan dan Persatuan TNB akan mendapatkan maklumat terperinci dan berunding mengenai tawaran ini sebelum mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli-ahli.

Kesatuan dan Persatuan meminta ahli-ahli menangguhkan sebarang keputusan berhubung perkara ini sehingga pihak Kesatuan dan Persatuan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Thursday, October 15, 2009

KESATUAN & PERSATUAN TNB MELANCARKAN KAJISELIDIK SISTEM PENGURUSAN PRESTASI (PMS) TNB

SALAH SIAPA PEKERJA TERJEJAS? ISU PRESTASI (PMS) DAN KUP-PENJELASAN NAIB PRESIDEN SUMBER MANUSIA KUMPULAN TNB

14 OKTOBER 2009-Pemimpin Utama Kesatuan Dan Persatuan TNB yang terdiri dari TNBJOU, KPPPTNB, PETNB Dan PERUNIKA telah mengadakan perjumpaan dengan Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan TNB (NPSM) - Tn Hj Muhammad Razif Abdul Rahman berhubung isu Penilaian Prestasi (PMS) dan Kenaikan Pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP).

Kedua-dua isu ini telah membangkitkan keresahan, rasa tidak

puashati, kemarahan, menjejaskan

produktiviti dan menjatuhkan

moral pekerja TNB . Perjumpaan juga dimanafaatkan untuk mendapatkan penjelasan

berhubung maklumbalas Pengurusan terhadap kandungan 'Memorandum Langkawi' yang telah diserahkan oleh Kesatuan Dan Persatuan TNB pada 30 Ogos 2009. Antara isu PMS yang dibangkitkan ialah ‘moderation', 'calibration', 'bell curve', sistem kuota, proses pemarkahan Kompetensi, KPI dan kesan pemarkahan prestasi terhadap bonus, kenaikan gaji tahunan dan kenaikan pangkat anggota kerja khasnya kelayakan untuk KUP. Kesatuan dan Persatuan juga bertekad serius menangani masalah perlaksanaan sistem PMS yang semakin huru hara di TNB. Kelemahan perlaksanaan sistem PMS turut diakui sendiri oleh Tn Hj Muhammad Razif. Pelbagai contoh ketidak aturan dalam perlaksanaan PMS dan KUP telah dibangkitkan dalam perjumpaan tersebut.

Tn Hj Muhammad Razif menjelaskan kandungan 'Memorandum Langkawi' dan isu PMS adalah antara isu yang dibincangkan oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB - Dato' Sri Che Khalib dan Pengurusan Tertinggi dalam sesi 'Management Break-Out Session' (MBO) yang berlansung di Damai Laut pada awal bulan Oktober

Antara lain beliau melaporkan arahan Dato' Sri Che Khalib adalahYang saya concerned ialah SEE, these are very good people. Mereka perlu diberi reward yang sewajarnya….dan hanya yang betul-betul layak boleh diberikan SEE (very selective) dan pilih mereka mengikut panduan yang ditetapkan. Yang dapat EE dan ME (markah 3 dan 4,) leave it to me…I know how to deal with it”. Dalam sesi soal jawab bersama Naib-Naib Presiden, CEO juga menyatakan Untuk NI & PME, jika sekiranya pekerja tidak layak diberikan NI atau PME janganlah sampai pekerja sengaja diturunkan markah semata-mata untuk memenuhi panduan yang diberikan……tetapi yang sememangnya NI atau PME, perlulah diberikan mereka markah sebenar NI atau PME bagi membezakan mereka dengan pekerja yang baik’.

Perjumpaan itu berakhir dengan komitmen NPSM, 'Beri peluang saya dan Pengurusan untuk buat penambahbaikan kepada PMS. Seperti apa yang dikatakan CEO iaitu untuk pastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja dapat SEE. Saya dan pengurusan juga memberikan komitmen untuk menimbangkan 'input' dari Kesatuan dan Persatuan. Dalam masa yang sama peningkatan pemahaman dan pemantauan akan dilakukan di seluruh TNB untuk mengujudkan komunikasi yang lebih berkesan’

Kesatuan dan Persatuan TNB akan melancarkan kajiselidik PMS pada 19 Oktober dengan mengedarkan borang khas untuk diisi oleh semua ahli-ahli TNBJOU, KPPPTNB, PETNB dan PERUNIKA. Kajiselidik ini penting bagi pengumpulan data secara menyeluruh dalam usaha menangani masalah yang semakin kritikal ini. Maklumat lengkap berhubung pelancaran kajiselidik ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.



Thursday, October 1, 2009

KEMERIAHAN MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN 2009-BERSATU TEGUH!

1 Oktober 2009 - Majlis Sambutan Perayaan 2009 anjuran bersama TNBJOU, KPPPTNB, PETNB dan PERUNIKA telah berlansung dengan penuh kemeriahan dengan dihadiri lebih daripada satu ribu ahli dan tetamu jemputan. Pengerusi TNB-Tan Sri Leo Moggie, Presiden MTUC-Tn Syed Shahir Syed Mahmud, Presiden Gabungan Kesatuan/Persatuan GLC-Tn Hj Shafie B.P Mammal adalah antara tetamu yang hadir menyerikan majlis yang turut dihadiri ahli-ahli semua Kesatuan dan Persatuan TNB dan juga Ketua-Ketua Jabatan TNB di sekitar Lembah Klang.

Majlis diadakan bersempena dengan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali yang akan tiba pada 17 Oktober 2009. Kejayaan penganjuran secara bersama itu telah berjaya memperkukuhkan ikatan ukhuwah dan semangat kesefahaman serta perpaduan dikalangan pemimpin, ahli-ahli kesemua Kesatuan/Persatuan dan Pengurusan TNB. Turut kelihatan hadir bersama adalah Pengerusi Public Services International (Malaysia) - Sdri Kang Bee Leng, bekas pemimpin Kesatuan termasuk Sdr Hang Tuah Raja Iskandar, Sdr Zainal Omar, Sdr Jarnail Singh,Sdr Zaiful Amran, Tn Hj Badri dan ahli-ahli yang datang dari luar Lembah Klang.

Kesatuan dan Persatuan TNB merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas sokongan semua pihak terhadap program Majlis Sambutan Perayaan 2009.