Thursday, June 28, 2012

TNB 2 SENTRAL...Ooooo...2 SENTRAL..KAMI MAHU TINDAKAN SEGERA!.

28 Jun 2012,Tingkat 10 Ibu Pejabat TNB :
Satu Mesyuarat Khas berkaitan dengan permasalahan pekerja di bangunan TNB 2 Sentral telah diadakan antara kepimpinan utama TNBJOU,PETNB,K3P, Pengurus Besar DOSH dan Tn Hj Jailani Abas - Pengurus Besar Kanan Jabatan Perkhidmatan Korporat.

Mesyuarat tersebut diadakan atas desakan Kesatuan dan Persatuan TNB bagi melaporkan permasalahan berkaitan perpindahan pekerja ke bangunan tersebut dan dalam usaha mendapatkan penjelasan pihak Pengurusan untuk mengatasi masalah-masalah yang pernah dilaporkan pada awal bulan March 2012.


Kesatuan dan Persatuan merasa amat tidak puashati terhadap status tindakan terhadap aduan-aduan yang dilaporkan sebelum ini. Kegusaran Kesatuan lebih tertumpu kepada permasalahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja yang dilaporkan berterusan menghadapi tekanan emosi akibat terpaksa bertugas di pejabat yang masih dalam proses menaik taraf. Bangunan TNB 2 Sentral telah dibeli oleh Pengurusan CEO - Datuk Sri Che Khalib melalui Amanah Raya bagi menempatkan semula pejabat-pejabat TNB yang berselerakan di sekitar Kuala Lumpur.Berdasarkan carian di google dikenalpasti bangunan tersebut asalnya dibina untuk dijadikan apartment/kondominium dan telah dibeli oleh TNB pada awal tahun 2011 (semasa TNB mula mengalami masalah kewangan.


TNBJOU telah membentangkan laporan penuh berkaitan isu-isu semasa dibangunan tersebut dan mendesak pihak Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat TNB segera mengambil langkah yang diperlukan. Meskipun sebelum ini pelbagai usaha menyalurkan permasalahan ini telah dilakukan, namun tindakan-tindakan penambahbaikan didapati gagal diambil mengikut masa yang telah dijanjikan. Adalah dijangkakan permasalahan pekerja di bangunan tersebut akan meningkat apabila sasaran lebih 2000 pekerja ditempatkan disitu dilaksanakan sepenuhnya.

Pekerja yang kini mendiami bangunan Wisma Sellborn, Kuala Lumpur juga telah diputuskan untuk dipindahkan ke bangunan 2 Sentral. Hal ini dijangka akan mengundang pelbagai masalah dengan pengguna kerana ketiadaan ruang meletak kenderaan untuk orang awam dibangunan tersebut. Ternyata bangunan tersebut tidak 'Mesra Pengguna' dan laluan keluar masuknya juga terpaksa berdepan dengan masalah trafik yang sesak terutama diwaktu puncak.Adalah menjadi kegusaran Kesatuan bila bulan Ramadhan menjelma dan suasana akan menjadi lebih kritikal bagi pengurusan masa pekerja terutama melibatkan pekerja beragama Islam untuk berterusan menghadapi situasi ini.


Pihak Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat telah berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya dan turut menjanjikan kemudahan kantin akan diujudkan sebulan dari tarikh mesyuarat yang diadakan pada hari ini. Manakala Pengurus Besar DOSH TNB pula melaporkan tahap keselamatan dibangunan tersebut telah mendapat kelulusan pihak Bomba,Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Dalam masa yang sama TNBJOU telah menghantar faks ke Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Putrajaya bagi memohon satu pemeriksaan keselamatan dilakukan terhadap lift yang beroperasi di bangunan tersebut.

Rata-rata pekerja di bangunan TNB 2 Sentral menaruh harapan dan yakin isu-isu di bangunan tersebut akan

mencapai jalan penyelesaian bila Datuk Azman Mohammad-CEO baru TNB yang dikenali dengan sifat keprihatinannya mengambil alih jawatan tersebut dari Datuk Sri Che Khalib pada 1 Julai 2012. Kesatuan mentafsirkan isu bangunan TNB 2 Sentral adalah sebagai 'test case' kepada kepimpinan baru TNB dalam mengembalikan semula slogan TNB Prihatin yang semakin hilang dibawa oleh keghairahan mengejar nama dan anugerah tetapi gagal memenangi hati pekerja.


LAPORAN TNBJOU STATUS BANGUNAN TNB 2 SENTRAL

A) PENGENALAN
Laporan ini disediakan berdasarkan hasil lawatan Pegawai-Pegawai Utama TNBJOU ke Bangunan TNB 2 Sentral pada 7 Jun 2012 dan informasi yang diterima dari pekerja yang bertugas di bangunan tersebut.

OBJEKTIF LAPORAN
Objektif laporan disediakan ialah untuk membangkitkan isu-isu berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Keselesaan dan fasiliti yang ada di Bangunan TNB 2 Sentral supaya dapat diambil tindakan segera dan sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkaitan di TNB.


B) STATUS LAPORAN

i. LIFT
• Lift parking gagal berfungsi dengan selamat. Terdapat sekurang-kurangnya lebih dari 4 kejadian lift parking gagal dibuka hingga menyebabkan pekerja terperangkap di dalamnya.
• Pada 15 Jun 2012 jam 12.30 tengahari terdapat 8 pekerja TNB terperangkap di dalam lift selama 45 minit.
• Pada 8/6/2012 - 4 Anggota kerja tersekat di lif ke parking kereta lebih kurang 25 minit waktu rehat makan tengahari.
• Lift tersebut juga di selak dengan kotak bagi menahan ianya dari tersekat.
• Lift yang mempunyai kapasiti 9 penumpang gagal menampung berat beban 8 orang.
• Pintu lift gagal ditutup setelah muatan mencukupi.
• Kekerapan lift berhenti disetiap floor.

ii. Mesin Perakam Waktu

Hanya ada 1 mesin Perakam Waktu diruang lobby meskipun pada asalnya terdapat 2 unit. Hal ini menyebabkan berlaku kesesakan diwaktu puncak serta menimbulkan kerumitan diwaktu pagi dan petang kepada pekerja.

iii. Alat Pemadam Api (Fire Extinguisher)
Terdapat pejabat di tingkat yang telah diduduki pekerja masih belum memiliki alat pemadam api.

iv. Kawasan Parking.
• ‘Entrance’ ke Lot Parking di TNB 2 Sentral terlalu sempit dan boleh mengundang kemalangan dan kerosakan kepada kereta dan kenderaan.
• Ruang parking yang disediakan tidak mencukupi untuk menampung bilangan pekerja.
• ‘Charge’ bulanan dikenakan untuk tujuan Parking - Harga petak non reserved RM195.00 sebulan , reserved RM295.00 sebulan dan motosikal RM10.oo sebulan. Pekeliling membenarkan anggota kerja eksekutif buat tuntutan RM150 dan bukan eksekutif RM100 sahaja.
• Lot parking B2. Air mengalir melalui paip di dinding dan melimpahi lantai.

v. Jawatankuasa Bangunan
• Pengurusan gagal menubuhkan Jawatankuasa Bangunan bagi menangani permasalahan di Bangunan TNB 2 Sentral.
• 'TEMPAT BERKUMPUL SEMASA BERLAKU KECEMASAN' di Bangunan Dua Sentral masih belum ditetapkan oleh Pengurusan Jabatan Perkhidmatan Harta.
vi. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
• Semua Jabatan dan DOSH masih belum menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di bangunan TNB 2 Sentral. Jawatankuasa ini perlu ditubuhkan dengan segera bagi mengendalikan semua isu-isu berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

vii. Alat Pengahawa Dingin.
• Terdapat laporan alat penghawa dingin gagal berfungsi di tingkat-tingkat tertentu dan ini menimbulkan ketidak selesaan pada pekerja.

viii. Kejadian Terputus Bekalan Elektrik dan Pendawaian Terbakar

• Kejadian terputus bekalan elektrik dan pendawaian elektrik terbakar menimbulkan suasana panik dan mengganggu tugasan harian.

ix. Kemudahan Kantin / Cafetaria

• Pihak Jabatan Perkhidmatan Harta (JPH) telah menjanjikan kantin akan mula beroperasi pada bulan May 2012 tetapi hingga kini ianya masih belum menjadi kenyataan.

x. Kualiti Udara dan Bunyi
• Akibat dari kerja-kerja ubahsuai yang dilakukan telah menyebabkan habuk dan bunyi yang mengganggu keselesaan pekerja.
xi. Photo
• Bersama-sama ini disertakan photo lokasi-lokasi dan kejadian-kejadian yang berlaku bagi menyokong laporan ini.


C) TINDAKAN
• Satu perbincangan berkaitan isu-isu di bangunan TNB 2 Sentral diadakan pada kadar segera.
• TNBJOU menuntut supaya satu tindakan segera dapat dilakukan agar keselamatan dan kesihatan diutamakan kepada pekerja di Bangunan TNB 2 Sentral.
• Pihak TNB hendaklah mengistiharkan bangunan tersebut selamat untuk diduduki dan dipertanggungjawabkan sepenuhnya keatas sebarang kemalangan melibatkan pekerja yang berkait dengan penggunaan bangunan TNB 2 Sentral.
• TNB segera menubuhkan Jawatankuasa Bangunan dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Bangunan TNB 2 Sentral.
• TNB mencari alternatif untuk ruang parking kenderaan dan kos parking untuk pengguna kenderaan termasuk motosikal ditanggung sepenuhnya oleh TNB.
• Kantin atau Cafeteria diujudkan secepat mungkin dalam tempoh sebulan dari tarikh perbincangan dengan pihak Kesatuan ini.
• Pemeriksaan sepenuhnya tahap pematuhan keselamatan dan kesihatan hendaklah diuruskan dengan pihak berkaitan termasuk Bomba,Jabatan Keselamatan dan Kesihatan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
• Bahan-bahan binaan / ubahsuai ditempatkan dan disusun semula disatu lokasi yang diwartakan.
• Perkhidmatan ‘Shuttle Transport’ dijamin akan dikekalkan sebagai sebahagian dari infra kemudahan untuk pekerja di TNB 2 Sentral.
• TNB membekukan dan menangguhkan semua proses pemindahan bahagian-bahagian lain ke TNB 2 Sentral sehingga semua tindakan-tindakan yang dinyatakan diatas diambil tindakan oleh pihak pengurusan.

Photo Laporan TNBJOU Bangunan TNB 2 Sentral, Kuala Lumpur.

8/6/2012 - 4 Anggota kerja tersekat di lif ke parking kereta lebih kurang 25 minit waktu rehat makan tengahari . 15/6/12 12.30tgh- 8 Anggota kerja yang tersekat di lif parking Dua Sentral
21/6/12 – Salah satu lift digalas dengan kotak!
31/5/2012 - Lift di tingkat 21,jam 5.16 petang, hanya satu lift berfungsi . Lift tiba jam 5.30 petang. Lift kemudiannya berhenti di setiap tingkat.
Hanya satu mesin perakam waktu di lobby dan mengakibatkan kesesakan!
26/6/12 - Perakam waktu di tingkat bawah telah ditamatkan perkhidmatannya hingga menimbulkan kesesakan.
Lot parking B2. Air mengalir melalui paip di dinding dan membasahi lantai.
Ada tandas yang telah tersumbat dan belum siap....pintu tandas wanita tak boleh ditutup....
Timbunan asbestos, cat dan alatan ubahsuai disebelah pintu lift.
Alat Pemadam Kebakaran tiada dilokasi pejabat yang telah diduduki.
Sebahagian lantai pejabat yang telah diduduki tetapi masih dalam proses ubahsuai.
Ruang luar surau masih dalam proses kerja-kerja pengubahsuaian.
Persekitaran di luar bilik surau yang masih dalam proses kerja-kerja ubahsuai.
Ruang parking yang masih dipenuhi dengan bahan binaan dan ubahsuai.