Wednesday, February 29, 2012

NOTIS PERTIKAIAN PERUSAHAAN (Trade Disputes)


NOTIS PERTIKAIAN PERUSAHAAN (Trades Disputes) DI BAWAH AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967 ANTARA TENAGA NASIONAL BERHAD JUNIOR OFFICERS UNION DAN TENAGA NASIONAL BERHAD.

Berikutan dengan keputusan mesyuarat Pegawai-Pegawai Utama TNBJOU yang diadakan pada 8 Februari 2012, TNBJOU memutuskan memajukan 9 isu Pertikaian Perusahaan dengan TNB pada 29/2/2012. 9 Isu tersebut merangkumi 3 isu berkaitan ketidakpatuhan terhadap Perjanjian Kolektif dan 6 isu Operasi.

Berikut adalah antara isu-isu yang telah dimajukan iaitu :-

1. KETIDAKPATUHAN – INDUSTRIAL RELATION ACT 1967, SECTION 56 (Non-compliance with award or collective agreement).


i. ARTIKEL 5 - BIDANG KUASA PERJANJIAN
a) Penyumberluaran (Outsourcing) - Pengurusan telah melakukan kerja-kerja penyumberluaran (outsourcing) iaitu melalui perkhidmatan agensi pekerjaan luar bagi jawatan Pembantu Tadbir dan Telefonis untuk kerja-kerja Juruwang di Perkhidmatan Kaunter, Pusat Khidmat Pelanggan dan Operator Talipon di Pusat Panggilan Pelanggan (Call Management Center).
b) Kedua-dua jawatan tersebut telah termaktub dalam Artikel 5, Perjanjian Kolektif antara TNBJOU dan TNB seperti di Lampiran 5-1 iaitu jawatan-jawatan yang diwakili oleh Kesatuan dan diiktiraf oleh Syarikat. Keputusan melaksanakan penyumberluaran (outsorcing) terhadap jawatan dan kerja-kerja tersebut adalah bertentangan dengan persetujuan pengiktirafan yang telah dimuktamadkan dengan Kesatuan.

Malahan banyak lagi jawatan yang telah di'outsource'kan di bahagian teknikal seperti:-
I. Pemotong Bekalan (TT07/08)
II. Penyambung Kabel (TT07/08)
III. Jurugegas Elektrik (TT05/TT06, 07/08)
IV. Pemasang Talian Atas (TT05/06, 07/08)
V. Penjangkaan – Juruelektrik/Pendawai (TT05/06, 07/08)
VI. Mekanik Kenderaan/Mekanik Kanan (TT05/08) (TT11-14)
VII. Juruelektrik Kenderaan (TT05/08) (TT11-14)

JENIS-JENIS KERJA YANG DI'OUTSOURCE'KAN(KONTRAK)TERMASUKLAH :
-
I. Lampu Awam
II. Sesalur Atas Voltan Rendah/Tinggi
III. Projek & senggaraan Pencawang
IV. Penyambungan kabel
V. Pemasangan & Pengalihan Jangka
VI. Pemotongan Bekalan
VII. Workshop/Kenderaan

ii. ARTIKEL 18 - TEMPOH PERCUBAAN APABILA DIAMBIL BEKERJA
a) Pengurusan telah melaksanakan tempoh percubaan (Pengambilan Baru) untuk jawatan tetap Pembantu Tadbir dan Telefonis melebihi tempoh yang ditetapkan dalam persetujuan Perjanjian Kolektif.
b) Pekerja yang memohon jawatan Pembantu Tadbir dan Telefonis telah diambil bekerja secara kontrak tetap berpenggal oleh Syarikat dan dihantar mengikuti program pendidikan tetapi hanya akan ditimbangkan untuk diserapkan ke jawatan tetap setelah mereka menamatkan kontrak tersebut.
c) Tempoh kontrak tetap berpenggal tersebut tidak diambikira sebagai tempoh perkhidmatan bila diserapkan sebagaimana amalan lazim sebelum ini. Perjanjian Kolektif tidak memperuntukkan perlantikan pekerja atas dasar kontrak tetap berpenggal sebelum dilantik ke jawatan tetap.
d) Tempoh kontrak tetap berpenggal tidak pernah dirundingkan dengan Kesatuan dalam terma dan syarat perkhidmatan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Kolektif.

iii. ARTIKEL 19 - PERLETAKAN JAWATAN
a) Pengurusan telah melaksanakan syarat tambahan terhadap perletakan jawatan dengan mensyaratkan ‘kelulusan Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan’ melalui edaran pekeliling Bil. 3 Tahun 2007 bertarikh 16 Januari 2007.
b) Perkara ini adalah bertentangan dengan persetujuan yang dicapai dalam Perjanjian Kolektif dalam Artikel 19 – Perletakan Jawatan yang menyebut ‘Seseorang Pekerja yang telah disahkan yang meletakkan jawatan daripada Syarikat dikehendaki memberi satu (1) bulan notis secara bertulis atau satu (1) bulan gaji sebagai ganti’.


2. ISU-ISU OPERASI DAN PELAKSANAAN

i. PEMBAYARAN BONUS TAHUNAN MUKTAMAD

a) Syarikat telah mengeluarkan pekeliling Pengurusan Sumber Manusia Bil.2 Tahun 2012 bertarikh 20 Januari 2012 – Pembayaran Bonus Muktamad Prestasi Individu Tahunan Bagi Tahun Kewangan 2010/2011 untuk Pekerja-Pekerja TNB yang memaparkan dalam Jadual 1 kuantum bonus tersebut di tolak kuantum Bonus Syarikat.
b) Amalan dan pelaksanaan tersurat dan tersirat sejak pembayaran Bonus Tahunan Muktamad Prestasi Individu Tahunan diujudkan tidak pernah ditolak pembayaran Bonus Syarikat. Kesatuan turut berpegang kepada prinsip bayaran bonus muktamad dengan merujuk surat Kesatuan bertarikh 11/11/2011 dan 9/12/2011 kepada Pengerusi dan CEO yang tidak ditolak bonus syarikat.
c) Tafsiran Bonus Syarikat berdasarkan Pekeliling Pengurusan Sumber Manusia Bil.11/2011 bertarikh 28 Julai 2011 adalah sebagai ganjaran tambahan untuk menghargai sumbangan pekerja-pekerja TNB dan sebagai insentif untuk menggalakkan pekerja-pekerja TNB terus berkhidmat dengan lebih cemerlang. Ianya tidak berdasarkan kepada prestasi Syarikat dan individu sebagaimana prinsip dan amalan pembayaran Bonus Muktamad Prestasi Individu Tahunan.

ii. PELAKSANAAN POSTED ‘E’ BILL
Pelaksanaan Posted ‘E’ Bill telah menjejaskan ahli-ahli Kesatuan kerana ianya menimbulkan persepsi yang negatif dikacamata pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang diberikan.
Pelbagai masalah dan aduan pelanggan turut memberi kesan negatif terhadap kejatuhan imej dan moral pekerja di bahagian Bacaan Jangka dan barisan hadapan (Front Liners). Antara masalah utama yang dikesan Kesatuan adalah seperti berikut :-
a) Pelanggan tidak menerima bill
Ramai pelanggan yang tidak menerima bill yang dihantar oleh pihak Pos Malaysia hingga menyebabkan pemotongan bekalan kerana bill tidak dibayar.
b) Bil-bil dikembalikan di stesen
Banyak bil-bil dikembalikan ke stesen asal kerana tidak diserahkan oleh pihak Pos Malaysia walaupun alamatnya lengkap. Pembaca Jangka terpaksa menghantarnya semula pada bulan berikutnya kerana bill lewat dikembalikan semula oleh pihak Pos Malaysia.
c) Bil lambat diserahkan
Bill lewat diserahkan oleh pihak Pos Malaysia sehingga apabila Pembaca Jangka membuat bacaan, pelanggan baru sahaja menerima bill dari Pos Malaysia beberapa hari sebelum bacaan bacaan normal dibuat oleh Pembaca Jangka.
d) Pelanggan tidak dapat rebat dari kerajaan walaupun layak
Terdapat Pelanggan yang sepatutnya menikmati rebat dari kerajaan kerana penggunaan di bawah RM20.00 tetapi tidak dapat menikmatinya kerana bacaan posted ‘E’ bill dibuat tidak mengikut kitaran tempoh masa yang ditetapkan.
e) Bil anggaran tidak menentu
Sebagai contoh bill anggaran (O Bill) bagi bulan Januari 2012, bacaan sebenar menunjukkan peningkatan 3 kali ganda. Ini berlaku gara-gara anggaran yang rendah dan dicampor dengan penggunaan semasa musim Perayaan seperti Tahun Baru Cina.
f) Pelanggan mahu bil bacaan normal
Majoriti pelanggan mahukan bacaan normal dan pihak stesen terpaksa mengarahkan bacaan normal dibuat semula oleh Pembaca Jangka. Hal ini mengganggu kelancaran kitaran bacaan dan menambahkan beban kerja yang tidak sepatutnya berlaku dan tidak produktif kerana kerja berulang terpaksa dilakukan.

Kesatuan dengan ini menolak sepenuhnya pelaksanaan posted ‘E’ bill setelah mengkaji kesan buruk pelaksanaannya terhadap pekerja, pelanggan dan syarikat dan mahukan supaya ianya dihentikan segera. Ianya juga menjadikan beban kerja yang terpaksa ditanggung oleh pekerja meningkat atas faktor yang tidak produktif.


iii. PROSEDUR TATATERTIB TNB

a) Kesatuan telah memberikan maklumbalas berhubung draft cadangan pindaan Prosedur Tatatertib TNB Edisi ke 6 (2010) melalui surat bertarikh 24/1/2011 dengan rujukan JOU/2/13.
b) Tujuan maklumbalas tersebut adalah untuk penambahbaikan terhadap Prosedur Tatatertib TNB dalam usaha meningkatkan prinsip Keadilan Asasi tetapi sehingga kini masih belum mendapat maklumbalas positif.
c) Kesan pelaksanaan Prosedur Tatatertib TNB Edisi Ke Lima 2006 yang sedang digunapakai telah menjejaskan pekerja TNB secara berterusan.
d) Prosedur Tatatertib kini lebih bersifat menghukum berbanding dengan matlamat asalnya untuk langkah pembetulan tanpa mempedulikan faktor-faktor pemaafan (condonation). Proses Salahlaku Ringan seperti dinyatakan dalam Prosedur Tatatertib tidak pernah dilaksanakan tetapi syarikat lebih cenderung memilih menggunakan proses salahlaku berat meskipun melibatkan kesalahan-kesalahan kecil yang bersifat proses dan amalan kerja.

iv. USIA PERSARAAN 58 TAHUN

Syarat-syarat pelanjutan kontrak selepas usia persaran wajib 56 tahun seperti dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil.BE 4 Tahun 2011 bertarikh 1/8/2011 telah dilakukan tanpa perbincangan rasmi dengan Kesatuan dan gagal mengikuti asas-asas persetujuan yang dicapai dalam rundingan Perjanjian Kolektif KeTujuh.


v. PAKAIAN SERAGAM PEKERJA GILIRAN

Pekerja-pekerja yang bertugas secara giliran dalam skop jawatan TNBJOU tidak disediakan pakaian seragam dan ini memberikan implikasi keselamatan dan imej yang tidak baik terhadap ahli-ahli Kesatuan yang terlibat.


vi. MESYUARAT MAJLIS PERUNDINGAN BERSAMA (Joint Consultative Council)

a) Pengurusan telah mengabaikan makanisma Perhubungan Perusahaan kerana gagal mengadakan mesyuarat Majlis Perundingan Bersama (Joint Consultative Council) Peringkat Korporat dan Bahagian-Bahagian tertentu mengikut masa yang ditetapkan.
b) Sebagai rekod mesyuarat Majlis Perundingan Bersama (Joint Consultative Council) terakhir antara Kesatuan dengan pihak Bahagian Sumber Manusia Kumpulan adalah pada tahun 6/8/2009.

Sehubungan dengan itu, Kesatuan berharap supaya semua perkara dalam Pertikaian Perusahaan ini diambil tindakan sewajarnya untuk satu penyelesaian segera sesuai dengan prinsip Keharmonian Perhubungan Perusahaan mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dalam tempoh 14 hari dari tarikh serahan notis yang dikeluarkan ini.

TNBJOU turut mengeluarkan notis dan telah menetapkan tarikh 12/3/2012 untuk Mesyuarat EXCO di Dynasty Hotel bagi membincang, membahas serta menetapkan keputusan dan tindakan selanjutnya terhadap isu-isu Pertikaian Perusahaan seperti yang dinyatakan. Turut akan dibincangkan adalah isu 'panas' perlantikan CEO baru TNB dari kalangan 'orang dalam' TNB seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Bersama Kesatuan dan Persatuan TNB yang turut disiarkan di media perdana.

KENAPA TNBJOU HANTAR NOTIS PERTIKAIAN PERUSAHAAN (TRADE DISPUTES)?
*Notis Trade disputes adalah satu notis tawaran untuk tempoh 14 hari kepada majikan bagi menyelesaikan semua isu-isu yang dibangkitkan Kesatuan. Sekiranya majikan gagal menyelesaikan isu-isu tersebut-Kesatuan berhak mengheret majikan ke Mahkamah Perusahaan untuk satu penghakiman dan mengambil apa juga tindakan perusahaan sesuai dengan peruntukan undang-undang pekerjaan. BERSATU TEGUH!

Friday, February 24, 2012

CEO TNB-ORANG DALAM ATAU ORANG LUAR? APAKAH PM MENDENGAR HASRAT HATI PEKERJA TNB?



Kerajaan dijangka akan memutuskan siapakah CEO TNB yang baru dalam masa yang terdekat bagi menggantikan perkhidmatan Dato' Sri Che Khalib yang akan tamat kontraknya pada Jun 2012. Surat Kesatuan & Persatuan TNB telah dihantar kepada PM, Kenyataan Akhbar dan Sidang Media juga telah diadakan oleh pimpinan Kesatuan dan Persatuan TNB. Tinjauan Kesatuan dan Persatuan melalui hasil lawatan ke stesen-stesen TNB dan ratusan e-mail yang diterima menunjukkan hampir 99% pekerja dan ahli-ahli Kesatuan / Persatuan yang ditemui menyatakan sokongan kepada hasrat Kesatuan / Persatuan untuk mengembalikan pucuk pimpinan TNB kepada pimpinan dalaman TNB.

TNBJOU telah menghantar notice untuk memanggil Mesyuarat EXCO pada 12/3/2012 di Kuala Lumpur bagi membincangkan dan membahaskan pelbagai isu dalaman TNB termasuk perlantikan CEO. Mesyuarat dijangka akan membuat keputusan yang penting bagi memastikan agenda pekerja TNB dan syarikat diberi perhatian oleh kerajaan. Dalam masa yang sama Presiden KPPPTNB pula memaklumkan akan turut mengadakan mesyuarat EXCO pada awal bulan Mac dan diikuti oleh Mesyuarat EXCO Persatuan Eksekutif TNB. Ketiga-tiga Kesatuan dan Persatuan TNB sepakat dan sekata mahu supaya Kerajaan memulihkan keyakinan pekerja TNB dengan melantik CEO baru yang dipilih dikalangan pucuk pimpinan TNB.

Meskipun Kesatuan dan Persatuan memahami kuasa melantik CEO TNB adalah kuasa mutlak kerajaan tetapi setelah hampir 8 tahun TNB diterajui oleh pimpinan luar TNB, adalah penting bagi Kesatuan dan Persatuan menyampaikan hasrat pekerja TNB untuk perhatian kerajaan termasuk Perdana Menteri. Kerajaan mesti melihat apa yang disampaikan oleh Kesatuan dan Persatuan TNB ini sebagai salah satu usaha positif dalam memulihkan dan meningkatkan keyakinan pekerja TNB terhadap peranan Kerajaan demi masa depan TNB yang lebih cemerlang.

Semasa menyatakan pandangannya tentang CEO Petronas, Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir pernah menyatakan pandangannya agar CEO yang akan dilantik kelak hendaknya dari orang yang berpengalaman luas dalam industri minyak. Ini kerana katanya sekiranya "orang baru", banyak masa yang perlu dipelajari dan juga menyesuaikan diri.Akhirnya Datuk Shamsul Azhar Abbas yang merupakan dari pengurusan Petronas telah dilantik sebagai Presiden / CEO Petronas mulai 10/2/2010. Ternyata pengalaman luas sejak mula berkhidmat dengan Petronas dari tahun 1974 dan kemudiannya berkhidmat sebagai CEO MISC telah menjadi sebahagian pertimbangan kerajaan pimpinan Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkannya sebagai CEO Petronas. Akhbar STAR bertarikh 4/2/2010 melaporkan 'In a statement yesterday, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said he was confident Shamsul, 57, possessed the qualification, authority and experience to bring continued success to Petronas'.Jika diambilkira dari pendekatan ketelusan yang dilakukan oleh pentadbiran Perdana Menteri - Datuk Seri Najib, turut menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir di arah melepaskan jawatannya kerana projek Empangan Bakun mengalami kerugian melebihi RM1 bilion. Sebagai rekod kini TNB dilaporkan di media massa mengalami kerugian setiap hari berjumlah RM10 juta (antara RM300juta hingga RM350 juta sebulan) kerana menggunakan bahan bakar gantian (distillates) kesan dari krisis bekalan gas yang berlarutan. Akhbar turut melaporkan krisis ini dijangka hanya akan selesai pada bulan Ogos apabila loji LNG di Melaka yang menelan belanja RM2 billion yang ditanggung Petronas siap dan beroperasi sepenuhnya pada Ogos 2012.

Semangat dan prinsip inilah juga dipegang oleh Kesatuan dan Persatuan TNB dalam memohon kerajaan memberikan kepercayaan semula kepada pimpinan dalaman TNB bagi meneruskan teraju syarikat perbekalan elektrik negara yang berprestij ini. Umum mengetahui masalah berkaitan TNB kini lebih tertumpu kepada isu bekalan gas dan ianya amat berkait rapat dengan isu teknikal dan perancangan operasi syarikat. Meletakkan seseorang pemimpin dalaman bagi menerajui TNB akan memudah dan memantapkan kelansungan terhadap perancangan-perancangan yang berkait rapat dengan operasi TNB.

Tidak dapat dinafikan sokongan pekerja amatlah penting bagi mana-mana pengurusan sesebuah syarikat untuk terus mencapai matlamatnya. Tinjauan ke laman-laman Facebook TNB Closed Group (TNB Unite Group, I Work For Tenaga, TNB Staff Forum dan TNB) juga menunjukkan majoriti pekerja mahukan TNB dikembalikan semula kepada 'orang dalam'. Dari beberapa Facebook TNB Closed Group yang dimasuki, adalah jelas hasrat pekerja TNB ini dinyatakan secara terbuka dan amat memeranjatkan kerana tiada satupun komen negatif diberikan terhadap cadangan yang diberikan oleh Dato' Sri Che Khalib untuk menamakan Dato Azman Mohd selaku CEO yang baru. Lebih-lebih lagi pekerja TNB sejak sekian lama telah dimaklumkan oleh Pengurusan TNB bahawa Dato' Azman adalah antara calun kepimpinan dalaman yang sedang dibentuk untuk memimpin syarikat.

Kepimpinan Dato' Azman telah terbukti cemerlang dalam merancang dan meningkatkan imej syarikat ketika menerajui bahagian Pembahagian TNB selaku Naib Presiden suatu ketika dahulu. Banyak perubahan dan peningkatan terhadap sistem kerja dan idea-idea baru dilaksanakan dalam menjadikan TNB lebih dekat dengan pengguna. Program TNB bertemu pelanggan adalah antara program yang amat berjaya mendekatkan perkhidmatan TNB dikacamata pelanggan. Malahan atas usaha beliaulah juga jawatan Pegawai Perhubungan Pelanggan diperkenalkan di setiap pejabat TNB. Beliau juga sering turun padang bagi meninjau sendiri sesuatu masalah berkaitan bekalan elektrik dan bersifat terbuka dalam berkomunikasi dengan semua peringkat pekerja. Maka tidaklah menghairankan jika sokongan terhadapnya begitu ketara dilihat malahan undian-undian yang dilakukan dilaman Facebook menunjukkan Dato Azman adalah calun paling dipercayai dari segi integriti, keupayaan perancangan,ketegasan dan mendapat undian tertinggi berbanding calun-calun lain.

Kerajaan sewajarnya menimbangkan secara serius pemilihan CEO TNB tanpa mengenepikan sentimen majoriti pekerja yang selama ini setia meningkatkan perkhidmatan dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam menjayakan agenda Kerajaan. Pelbagai anugerah yang dimenangi TNB diperingkat dalam dan luar negara adalah bukti nyata bahawa pekerja dan pengurusan TNB mampu membawa syarikat terus kemercu kejayaan.

Berikut adalah sebahagian petikan comment yang sempat diterbitkan semula untuk tatapan semua pembaca blog ini.

• Tolak "orang luar".. Jika "orang luar" selok belok elektrik tak tau.. Asal untung ja yang "orang luar" tau. Lepas tue.. lingkup!
• apalah agaknya dosa org TNB hingga tidak layak menerajui syarikat sendiri hingga dipandang begitu hina oleh pemerintah...apakah maknanya semua pencapaian, medal, award dan pengiktirafan jika yg terhasil dari dokongan & sokongan internal human capital itu hanya setakat menjadi tangkal azimat utk menunjukkan kehebatan ttp lompong isi dalamnya?...sudah hilangkah kepercayaan pemerintah pd pimpinan dalaman TNB atau mahukah mereka itu semua-pekerja pula hilang kepercayaan pd mereka? Kembalikan TNB pd pimpinan dalaman....
• orang luar selain bekas CFO yg skeg jd CEO uem... kalau org tu masuk, serupa mcm CK jek..2 x 5
• PIKET!!!!
• sepatutnya laa...org dalam yg 'feel' tnb je yg layak run biz TNB....yg len tuh..wat abis current!!!...kita yg kat bwh nie jugak dicantas!..da la kos kat m'sia nie makin meningkat...mcm2 la depa nie nak rancang utk TNB gamaknya..tuh semua dah la kuar blanja byk..just nak cover la katakan...harap2 pasni..kalo benar la kita nak berjuang utk TNB..kita tentang habis2san!!!...VIVA TNB!
• yang terbaik mestilah dari orng tnb juga.. faham segala2nya
• Lebih baik org dalam yg jadi ceo.. sebab dia pandai membuat keputusan dan tahu selok belok tnb.. jika di letakkan calon luar, perlu belajar dari A-Z.. Ini makan masa lagi, serta susah untuk menyelesaikan masaalah kerana masih dalam pembelajaran..
• again for me, it doesnt matter (kecuali ceo UEM tu).. outsider or insider, as long TNB can excel both operational and employee welfare, its ok for me. dulu Tan Sri Ani Arope pn orang luar jgk (correct me if i wrong)...
• jika semua langkah kebaikan dan cara eluk telah diusahakan dan masih tidak diambil berat oleh PM maka saya sokong untuk tindakkan keras untuk selesaikan masalah pekerja serta syarikat yang kita kasihi.
• pru13 akan tahu nasibnya
• NB xperlu kn org luar...kita perlu kn org yg tahu tntg selok belok TNB bru xsesat..kalu xsejarah akan berulang...andai kata org luar sx lg akn terajui TNB sy pohon kpda JOU adakan PIKET scr besar2 ran utk menolak org luar itu...ahli2 semua kena BERSATU...sy bru 7thn servis dgn TNB tlh merasai pahit getir krn org luar...mgkn OTAI2 blh cerita perit nya TNB dek krn org luar...
• tolak 500% orang luar...
• Boleh x sy wakilkan 100+ likes?
Klu org dlman, lg baik utk syarikat kite. Thu ape kepentingan syarikt.
• Of course setuju.... Hanya org dlmn tnb yg syg tnb .. tau pa yg terbaik utk syarikat
• Dato' Azman..calon terbaik setakat ni,jika dpt TAHNIAH
• memang calon yang paling layak!!!
• Calon Dalaman Adalah Kalangan Yang Terbaek....InsyaALLAH.. saya yakin dan percaya Datuk Azman will be good CEO jika dilantik, InsyaAllah
• 100% SETUJUUUUU...Dato' Azman..calon terbaik setakat ni,jika dpt TAHNIAH buat Dato' Azman
• esetengah kita hanya mengenali beliau dari mulut ke mulat,dari pembacaan akhbar dan sebgainya.. Jika ada yg mengenali beliau ataupun pernah bekerja d bwh tgn beliau minta bg info tentang beliau.. Bgtu juga calon2 lain.. Union minta biar org dlm ganti ceo tetapi kita ingin yg menganti jawatan mesti pandai mencorakkan tnb,membina hubungan staff bawahan ngan pihak pengurusan,mencari kembali aset2 serta pandai menguruskan tnb.. Kita tidak mahu seringkali d momokkan kerugian demi kerugian.. Juga calon mestilah mempunyai plan jangka pendek dan panjang bg menyelesaikan masalah.. Skadar pandangan
• sy rasa dgn like sudah melebihi 148 org yg menyokong penganti DCK ialah Dato Hj Azman...apa kata serahkan memo ini kepada UNION & bawa kepada Lembaga Pengarah serta di serahkan kepada PM. Bahawasanya kami Staff TNB tidak mahu org luar yg meneraju dalam TNB. Kami mahu org dalam iaitu di kalangan org TNB sendiri...
• Jika datok azman mesra pekerja serta dedikasi.. Mari sama2 kita sokong beliau.. I like
• pakat2 solat hajat semuga Ir azman ganti tempat org itu.. insyaallah
• Kita janji...you tolong saya , saya tolong you..boleh kita bersetuju...

Saturday, February 18, 2012

MEMORANDUM TNBJOU PELAKSANAAN BACAAN METER BERSELANG SELI (POSTED E-BILL).




A. LATARBELAKANG

1. Bahagian Pembahagian TNB telah melaksanakan projek perintis bacaan jangka secara berselang seli untuk pengguna kuasa biasa (OPC) di TNB Kuala Lumpur Selatan mulai Januari 2009.

2. Berdasarkan kaedah yang digunakan, sebahagian pengguna OPC telah diberikan bil anggaran, diikuti dengan bil bacaan sebenar pada bulan berikutnya oleh pihak Pos Malaysia.

B. TINDAKAN PENGURUSAN BAHAGIAN PEMBAHAGIAN TNB.


1. Ahli Majlis Kerja (EXCO) TNBJOU telah diberikan taklimat berhubung pelaksanaan Bi Monthly Reading oleh pihak TNB Pembahagian pada 3 Mac 2009.

2. Antara sebab-sebab yang dimaklumkan kepada Kesatuan berhubung keputusan TNB melaksanakan bacaan secara Bi Monthly Reading adalah seperti berikut:-

I. Selaras dengan polisi Syarikat membekukan pengambilan anggota kerja eksekutif dan bukan eksekutif.

II. Mengurangkan jumlah bacaan meter pengguna LPC atau OPC dalam jangkamasa panjang. LPC kaedah RMR, OPC kaedah O Bill.

III. Membantu stesen yang mempunyai Pembaca Jangka mencukupi tetapi menghadapi kesukaran untuk menyiapkan kerja bacaan meter dalam tempoh yang ditetapkan.

IV. Membantu stesen yang mempunyai Pembaca Jangka yang tidak mencukupi untuk menyiapkan kerja bacaan meter dalam tempoh yang ditetapkan.
* Lampiran slide presentation berkenaan disertakan dan dirujuk sebagai Appendix A.

C. TINDAKAN DAN KEPUTUSAN TNBJOU


1. Kesatuan telah membentang dan membincangkan cadangan pelaksanaan Bi Monthly Reading kepada Ahli Majlis Kerja (EXCO) pada tarikh yang sama (3 Mac 2009).

2. Ahli Majlis Kerja (EXCO) TNBJOU telah memutuskan menolak cadangan pelaksanaan Bi Monthly Reading berdasarkan alasan-alasan berikut:-

I. Bacaan Bacaan Jangka diseluruh TNB telah dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan kepada Pembaca Jangka tanpa sebarang rekod ‘overspill’ oleh Pembaca Jangka.

II. Pelaksanaan Bacaan Jangka secara Bi Monthly Reading hanya dilakukan di kawasan-kawasan yang mudah dibaca seperti rumah teres, flats dan kawasan Bandar. Kawasan pingiran Bandar dan luar Bandar diperuntukkan kepada Pembaca Jangka.

III. Kaedah bacaan secara Bi Monthly Reading telah menimbulkan terlalu banyak masalah kepada bahagian billing serta meningkatkan aduan dan rungutan pengguna kepada Pembaca Jangka dan Bahagian Kaunter Perkhidmatan Pelanggan TNB.

IV. Terdapat Bil-bil Bi Monthly Reading telah dikembalikan ke pejabat-pejabat TNB oleh pihak Pos Malaysia kerana kegagalan serahan dan Pembaca Jangka terpaksa melakukan tugasan serahan semula.

V. Peningkatan jumlah pengguna tidak dapat dibaca (unread customer).

VI. Struktur tariff merugikan pengguna kerana kiraan bil tidak dilakukan dengan tepat berdasarkan blok tariff yang sebenarnya untuk kiraan sebulan.

VII. Bi Monthly Reading menjejaskan pendapatan dan insentif kepada Pembaca Jangka.

VIII. Pelaksanaan Bi Monthly Reading merupakan ancaman penghapusan jawatan yang berkaitan dengan tugasan Bahagian Bacaan Jangka dimasa depan.


D. TINDAKAN SUSULAN BAHAGIAN PEMBAHAGIAN DAN TNBJOU


1. Satu perbincangan susulan telah diadakan antara Pegawai-Pegawai Utama KPPRTNB dan pihak Pembahagian berhubung keputusan yang diambil oleh Ahli Majlis Kerja (EXCO).

2. Hasil perbincangan itu pihak Kesatuan telah bersetuju mencari jalan tengah terhadap pelaksanaan Bi Monthly Reading dengan memberikan maklumbalas positif.

3. Pihak Pembahagian melalui Naib Presiden Pembahagian – Dato’ Ir. Hj. Azman Mohd telah mengeluarkan Memorandum Dasar Pelaksanaan Bacaan Jangka Berselang Seli Untuk Pengguna Kuasa Biasa dengan rujukan TNB(B)/PP&P/HEKO 16/10/4 Bhg 4 bertarikh 20 Mac 2009.


E. KANDUNGAN MEMORANDUM DASAR PELAKSANAAN BACAAN JANGKA BERSELANG SELI UNTUK PENGGUNA KUASA BIASA BERTARIKH 20 MAC 2009.

Beberapa syarat-syarat pelaksanaan Bi Monthly Reading telah dinyatakan dalam memorandum tersebut antaranya ialah :-
I. Pengurusan Kawasan hendaklah selesai menjalankan kerja-kerja kemaskini alamat-alamat premis pengguna termasuk alamat pos sebelum melaksanakan e-Bill.

II. Pelaksanaan bacaan jangka secara Bi Monthly Reading hanya dilakukan di kawasan dimana Pembaca Jangka sediada tidak berupaya menyiapkan kerja-kerja bacaan jangka untuk semua pengguna dalam tempoh sebulan tanpa mengambilkira Pembaca Jangka Kontrak (pesara) dan Pembaca Jangka yang terpaksa melakukan tugasan ringan.

III. Bilangan pengguna terlibat dengan Bi Monthly Reading diputuskan secara bersama antara Pengurus Kawasan dan Kesatuan tempatan berdasarkan Pembaca Jangka sediada tidak berupaya menyiapkan kerja bacaan untuk semua pengguna dalam tempoh sebulan.

IV. Pengurus Kawasan mengedarkan info berhubung pelaksanaan Bi Monthly Reading kepada setiap pengguna sebulan sebelum pelaksanaannya.

V. Pengurus Kawasan menguruskan latihan selama sehari dengan kerjasama Unit Sokongan Sistem, Jabatan Kewangan, Bahagian Pembahagian kepada Kerani Kaunter dan Penyelia Pembaca Jangka.
* Lampiran Memorandum dengan rujukan TNB(B)/PP&P/HEKO 16/10/4 Bhg 4 bertarikh 20 Mac 2009 disertakan dan dirujuk sebagai Appendix B.


F. STATUS TERKINI PELAKSANAAN BACAAN METER BERSELANG SELI (POSTED E-BILL).


1. Pihak Naib Presiden Pembahagian TNB telah mengadakan perbincangan mengenai pelaksanaan Bi Monthly Reading dengan Kesatuan pada 24 November 2010.

2. Kesatuan telah dimaklumkan beberapa perkara berdasarkan Minit Mesyuarat tersebut iaitu :-

I. Kelulusan Suruhanjaya Tenaga berhubung pelaksanaan Bi Monthly Reading telah diperolehi pada 17 September 2007.

II. Status pelaksanaan Bi Monthly Reading telah mencapai 13.22% (Sept) dan 7.78% (Okt).

III. Sasaran pihak Pembahagian adalah sebanyak 25% iaitu 15% (Dec 2010), 20% (Jan 2011), 25% (Feb 2011) dan seterusnya.

IV. Penamatan khidmat Pembaca Jangka Kontrak secara berperingkat.

V. Menghentikan bacaan meter pada hari minggu dengan sasaran peningkatan 9.84% e-Bill.

VI. Arahan supaya Pengurus Kawasan memastikan bacaan minima bagi setiap Pembaca Jangka.

VII. Sasaran 25% e-Bill mesti dicapai oleh Bahagian Pembahagian.
* Lampiran Minit Mesyuarat disertakan dan dirujuk sebagai Appendix C.

G. BANTAHAN TNBJOU

TNBJOU dengan ini, secara rasmi membantah dan menarik balik persetujuan awal yang telah diberikan terhadap tatacara pelaksanaan Bi Monthly Reading serta mendesak supaya pelaksanaannya digantung sehingga isu ini diselesaikan berdasarkan perkara-perkara berikut :-
I. Kegagalan pihak Pembahagian melaksanakan sepenuhnya syarat-syarat seperti yang terkandung dalam Memorandum Naib Presiden Pembahagian bertarikh 20 Mac 2009 sebelum melaksanakan e-Bill.

II. Perkara 4.0 - Rumusan Minit Mesyuarat bertarikh 24 November 2010 telah memesongkan beberapa fakta penting persetujuan bersyarat yang diberikan oleh Kesatuan dan mengelirukan ahli-ahli kami serta menimbulkan keresahan kepada seluruh Bahagian Bacaan Jangka.

III. Kesatuan tidak bersetuju terhadap plan pelaksanaan e-Bill pada kadar 15% (Dec 2010), 20% (Jan 2011), 25% (Feb 2011) dan seterusnya tanpa memenuhi semua syarat-syarat yang dinyatakan diambil tindakan terlebih dahulu.

IV. Pengurusan TNB hendaklah segera mengisi semua kekosongan jawatan akibat persaraan,kematian dan kesan peningkatan pengguna.

V. Pembaca Jangka sedia ada berkeupayaan untuk melakukan tugasan Bacaan Jangka.

VI. Arahan yang dikeluarkan oleh pihak Pembahagian dan kenyataan Naib Presiden Pembahagian di perjumpaan di beberapa negeri telah mengabaikan fakta sebenar persetujuan bersyarat yang diberikan oleh Kesatuan.

VII. Beberapa Pengurus Besar Negeri telah mengeluarkan arahan supaya ditingkatkan e-Bill kepada 25% secara menyeluruh tanpa mengambilkira syarat yang dinyatakan Kesatuan.

VIII. Hasil dari arahan tersebut, beberapa kawasan telah mengeluarkan arahan untuk dilaksanakan e-Bill dari 25% hingga ke 37%.

IX. Dengan nyata terdapat pihak-pihak tertentu di Bahagian Pembahagian yang telah menyalahgunakan dan memanipulasi persetujuan bersyarat yang diberikan oleh Kesatuan untuk tujuan secara lansung dan tidak lansung memberi tekanan kepada Bahagian Jangka.

X. Pengurusan TNB telah menyembunyikan fakta sebenar kepada Kesatuan mengenai kelulusan bertarikh 17 September 2007 dari Suruhanjaya Tenaga berhubung pelaksanaan Bi Monthly Billing diperingkat awal projek perintisnya.

XI. Imej dan kredibiliti kepimpinan TNBJOU telah terjejas dan dipersoalkan oleh ahli-ahli dengan tindakan-tindakan provokatif yang dilakukan oleh pihak Pengurusan Pembahagian.

XII. Janji Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif kepada Kesatuan semasa penyelesaian isu insentif Bacaan Jangka iaitu ‘Pendapatan Pembaca Jangka tidak terjejas dan masa depan Pembaca Jangka dijamin’ telah dengan jelas dilanggar oleh pihak pengurusan TNB melalui perancangan dan pelaksanaan e-Bill.

TNBJOU dengan ini menuntut Y.Bhg Dato’ Sri dan Pengurusan TNB dapat segera menyelesaikan isu ini demi memelihara Keharmonian Perhubungan Perusahaan di TNB. Sebarang tindakan selanjutnya dari Kesatuan berhubung isu ini adalah tertakluk kepada tempoh masa dan caramana isu ini segera diselesaikan .

Perhatian dan tindakan awal oleh Y.Bhg Dato’ Sri dan Pengurusan TNB terhadap isu ini amatlah dihargai.

Sekian Terima Kasih.


Mohd Roszeli Majid
Presiden
TNBJOU

s.k
- Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad.
- Naib Presiden Sumber Manusia Tenaga Nasional Berhad.
- Pengurus Kanan Perhubungan Perusahaan Tenaga Nasional Berhad.
- Ahli Majlis Kerja TNBJOU (EXCO).
- Setiausaha Kesatuan Dan Persatuan Tenaga Nasional Berhad

Saturday, February 4, 2012

PERJUMPAAN ANTARA JPP, TNBJOU & PETNB




3 February 2012, Putrajaya - Mesyuarat antara Pemimpin Utama TNBJOU & PETNB bersama Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan(JPP) Putrajaya adalah merupakan mesyuarat untuk mengenalpasti kronologi isu-isu di TNB secara terperinci. YDP PETNB-Tn Hj Shukur Hasan dan Pres TNBJOU - Mohd Roszeli Majid telah membentangkan isu-isu di TNB secara micro dan macro termasuk 4 isu ketidakpatuhan (Non compliance)terhadap Perjanjian Kolektif (CA). Sesi pertemuan yang sama juga telah diadakan antara KPPPTNB dan Jabatan Perhubungan Perusahaan pada 31 Jannuary 2012.

Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan juga ingin mengenalpasti punca-punca isu tersebut dan penyelesaian yang dimahukan PETNB dan TNBJOU. Juga telah ditanya berhubung kenyataan media Presiden TNBJOU yang telah dikeluarkan di SINAR HARIAN baru-baru ini berhubung dengan rancangan untuk berpiket jika isu-isu yang dinyatakan gagal diselesaikan. Presiden TNBJOU juga telah menjelaskan Kesatuan dan Persatuan TNB telah hantar surat hilang keyakinan terhadap CEO kepada Perdana Menteri pada 5/1/2012 dan nyatakan dalam surat tersebut mereka berharap supaya semua isu-isu diselesaikan supaya dapat mengelakkan tindakan perusahaan termasuk tindakan berpiket (sila rujuk surat Kesatuan Persatuan kepada Perdana Menteri).

Antara isu yang menjadi pertikaian ialah penyumberan keluar dan penswastaan perkhidmatan dan mengujudkan jawatan-jawatan tetap atas dasar kontrak (contractor for labour), pengambilan eksekutif baru tidak mematuhi Perjanjian Bersama (CA), pemangkuan sementara untuk kenaikan pangkat melebihi tujuh bulan seperti yang dimaktubkan dalam CA dan peletakan jawatan tertakluk kepada kelulusan Naib Presiden Sumber Manusia tanpa berunding dengan Persatuan Eksekutif TNB dan pengagihan bonus muktamad tahun kewangan 2010/2011 ditolak dari bonus syarikat.

Perjanjian kolektif 2011/2013 menyatakan bahawa bayaran bonus tahunan kepada pekerja-pekerja yang telah disahkan jawatan adalah berdasarkan prestasi syarikat dan individu.Sehubungan itu, tindakan pengurusan memotong bonus syarikat dari bonus muktamad pekerja adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemberian bonus.Bonus syarikat tidak pernah diambil kira dalam bayaran bonus muktamad. Bonus syarikat adalah pemberian sama rata hasil peningkatan produktiviti tetapi bonus muktamad adalah berdasarkan prestasi individu dan syarikat.

Sehubungan itu ditegaskan Kesatuan dan Persatuan TNB akan memajukan notice berkaitan perkara ini kepada majikan minggu depan dan minta semua isu diselesaikan segera. Berdasarkan peruntukan undang-undang dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Section 56), Pihak Kesatuan dan Persatuan akan istiharkan semua isu-isu yang dimajukan kelak sebagai Ketidakpatuhan (Non Compliance) kepada CA. Meskipun akta mengizinkan Kesatuan dan Persatuan TNB untuk mengambil tindakan perusahaan tetapi kami amat bersabar dan ingin memberi masa secukupnya bagi majikan menyelesaikan isu-isu ini.

OBJEKTIF utama Kesatuan dan Persatuan ialah untuk MENYELESAIKAN SEMUA ISU-ISU yg ujud dan bukan untuk berpiket!Akta yg sama juga di bawah Section 40 mengizinkan kami menjalankan PIKET jika isu ini gagal diselesaikan setelah tamat tarikh notice diberikan. Kami hanya menjalankan tanggungjawab dan melakukan tindakan sejajar dengan apa yang dibenarkan oleh undang-undang. Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia berpuashati dengan penjelasan diberikan dan mengakui sememangnya berdasarkan keterangan dan dokumen yang dirujuk, terdapat isu-isu yang dikategorikan sbg pertikaian perusahaan (trades disputes) seperti yang telah dimaklumkan Kesatuan dan Persatuan TNB.

PRESS CONFERENCE TNBJOU,PETNB & K3P

video

TNB issues need immediate attention



By Ahmad A Talib
pahitmanis2.blogspot.com
ahmadt51@gmail.com | 0 comments

Unions in this essential service sector at odds with its chief executive officer
CEO Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh

Tenaga Nasional Berhad CEO Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh had recently expressed interest in leaving his post.
1 / 1

IS something brewing at Tenaga Nasional Berhad? When its employee spokesmen representing some 20,000 staff speak out against its chief executive officer, I think the relevant authorities need to get to the bottom of the matter. And fast.

At a press conference on Thursday, the TNB Executives Associations, the Amalgamated Union of TNB Employees and the TNB Junior Officers Union made known their views against the management, in particular the chief executive officer.

In the past, these unions had privately voiced out their disagreements with the CEO, Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh. Industrial relationship was said to be one of the main issues.

That CK (short for Che Khalib, the staff's way of referring to the CEO) was not of TNB rank and file had led these unions to question him.

This should not be a strong enough reason to dislike CK, but the unions were adamant that a CEO chosen from within the company would do a better job.

Recently, when CK had expressed interest in leaving his post, the unions insisted that an internal appointee would be preferred.

Appointing a CEO is the prerogative of the board actually, but the unions saw no harm in giving their views.

The unions have gone to cyberspace to air their grievances. A blog -- tnbjou.blogspot.com -- contains articles expressing the union's displeasure of CK. In fact, the unions also write about their lack of confidence in the chief executive.

Other issues highlighted by the union include: getting outsiders to fill key senior posts, ignoring internal talent; scrapping the monthly meter-reading of household electricity consumption and replacing it with actual reading every other month; and outsourcing jobs which the unions feel will lead to the diminishing of skill sets by TNB employees.

The relevant authorities should not treat the views of the unions lightly. They represent not just the rank and file employees, but the executives and technicians as well.

In any situation, support from these employees and healthy employee-management relationship would go a long way towards efficiency and productivity of the utility company.

In any other situation, the unions may appear to be out of line or speaking out of turn in suggesting, let alone demanding, who should be their CEO. But the unions' call should be seen as a cry for help, or a signal for potentially troubling days ahead.

It must be recalled that the last time TNB unions staged a protest against the management was in 2006. Regardless of who is appointed TNB chief executive, the fact remains we cannot afford any industrial unrest. Not at this point in time, or at any other point in time.

Many staff members recalled fondly the days when Datuk Seri Jamaludin Jarjis was the chairman of TNB.

They remember the days and nights when Jamaludin would stop by the roadside to chat or have coffee with them when they were on duty laying cables or during breakdown duties.

The unions had also hinted they were unhappy with some of the policies initiated by the management, such as the outsourcing of certain services. They believed that this would lead to the gradual redundancy of some staff (read union busting).

A senior official once claimed that CK, at a meet-the-staff-session, had questioned the trust and loyalty of some employees. The official said such expression did not go down well with many employees, and this had impacted morale to some extent.

Whether CK gets his wish to quit or not, and whether his successor is an internal appointee or otherwise, the fact remains that managing 20,000 employees, and in an essential service sector at that, requires a caring heart and a visionary mind.

Read more: TNB issues need immediate attention - Columnist - New Straits Times http://www.nst.com.my/opinion/columnist/tnb-issues-need-immediate-attention-1.42241#ixzz1lTnLFIHW

Guessing game over new Tenaga chief



Published: 2012/02/04

BASED on the rumour mill, the top candidate to become the new chief of Tenaga Nasional Bhd (TNB) is Datuk Mohd Izzaddin Idris.

Izzaddin, currently managing director of UEM Group Bhd, is tipped to swap places with Datuk Seri Che' Khalib Mohd Noh, the current CEO of TNB.

Izzaddin was previously TNB chief financial officer (CFO) for some time.

The other candidates from the rumour mill are external as well as internal management via promotion and as follows:

* Datuk Ismee Ismail, current CEO of Tabung Haji.

* Datuk Azlin Alias, current special officer to the Prime Minister in the economics section. He was previously an analyst at Nomura Securities.

* Datuk Azman Mohd, current chief operating officer of TNB.

* Datuk Mohd Nazri Shahruddin, TNB's current vice president of generation

* Datuk Rozimi Remeli, TNB's current vice president of transmission.

* Mohd Rafique Merican Mohd Wahiduddin, TNB's current CFO. TNB has a history of promoting from internal management other than external previously, such as Datuk Pian Sukro.

We believe it does not really matter who is the CEO of TNB because ultimately Khazanah Nasional Bhd calls the shots.

We believe that Khazanah keeps an eye on TNB through its director in the investment department, who is in charge of the power division, in particular TNB.

Although TNB may prepare the ground work, ultimately Khazanah makes the case to the Minister of Finance and the Cabinet on the major issues which are currently concerning TNB such as gas subsidies, cost sharing on extra costs of fuel, electricity tariffs and the power purchase agreements (PPAs) with independent power producers (IPPs).

Therefore, the expected change in management in June will be a non-issue as the controlling shareholder remains unchanged.

Therefore, whoever is appointed to replace Che Khalib will represent Khazanah's interests as well as the government's interests in TNB.

TNB's current sub-par performance is not due to the weakness of its current management but merely due to circumstances such as the shortage of gas supply, high cost of fuel and coal, the legacy lopsided PPAs with the IPPs, the strong labour union in TNB and political repercussions of any staff reduction to trimdown operating costs.

Despite the potential change in management in June, we reiterate our "buy" call on TNB, with unchanged fair value of RM6.69 based on the conservative discounted cash flow (DCF) based valuation with a high weighted average cost of capital of 10 per cent.

The actual fair value for TNB based on DCF is at RM7.43 but we ascribed another 10 per cent discount due to the uncertainty on the gas shortage issue.

We believe that the change in the new management will have no impact on its future earnings as Khazanah has the final say on TNB's future direction and plans.

Read more: Guessing game over new Tenaga chief http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/rumu/Article/index_html#ixzz1lOIoCJoS

CEO TNB: Kesatuan mahu PM lantik orang dalam


Wartawan Sinar Harian
2 Februari 2012
SHAH ALAM - Pekerja-pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan pelantikan ketua pegawai eksekutif (CEO) yang baru daripada kalangan orang dalam syarikat utiliti itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, dua kesatuan dan satu persatuan yang mewakili pekerja-pekerja TNB berkata, pihaknya yakin pengurusan dalaman mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu berasaskan kepada semangat kerjasama dan pencapaian yang ujud sejak sekian lama.

"Amatlah penting bagi kerajaan melihat semula kemampuan dan memberikan pengiktirafan sewajarnya kepada segala usaha yang telah dilakukan oleh pekerja dan pengurusan dalaman TNB setelah TNB berjaya menjadi salah satu syarikat terunggul di Asia," katanya lagi.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Yang Dipertua Persatuan Eksekutif TNB, Abdul Syukor Hassan, Kesatuan Pegawai-pegawai Rendah TNB Mohd Rozeli Majid dan Presiden Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB Abu Hussin Nekmat.

Pimpinan dua kesatuan dan persatuan terbabit menambah, pihaknya berkeyakinan penuh bahawa kepimpinan dalaman TNB yang mempunyai pengalaman yang luas bersama LLN/TNB dan industri pembekalan elektrik mampu untuk menerajui dan memimpin TNB ke tahap yang lebih cemerlang sekiranya diberi peluang.

"Tambahan pula, kepimpinan dalaman lebih memahami operasi, budaya kerja, serta nilai dalaman yang menjadi tunjang kepada pembangunan dan kejayaan LLN/TNB yang telah dibina lebih 60 tahun.

"Seorang pemimpin dalaman yang menerajui TNB dapat diterima oleh semua lapisan dan dekat di hati masyarakat TNB serta memulihkan keyakinan, meningkatkan semangat dan menyatupadukan warga kerja TNB dalam memastikan objektif utama TNB iaitu memberi perkhidmatan yang terbaik dalam menyediakan bekalan elektrik kepada rakyat dan negara," katanya lagi.

Laporan media kelmarin menyebut Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh tidak akan menyambung khidmat apabila kontraknya tamat bulan Jun ini.

Kenyataan itu menambah, kesatuan dan persatuan TNB merakamkan ucapan terima kasih kepada Che Khalib yang telah menerajui TNB hampir lapan sejak 2004.


"Kenyataan beliau bahawa muka baru diperlukan dan keutamaan diberikan kepada kepimpinan dalaman di mana calon yang paling layak adalah Datuk Azman Mohd (Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Eksekutif TNB), amat dialu-alukan kerana ia selaras dengan hasrat kesatuan dan persatuan TNB," katanya lagi.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua kesatuan dan persatuan TNB juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana prihatin dan memahami hasrat pihak mereka.

Bulan lalu, kepimpinan kesatuan-kesatuan dan persatuan berkenaan memberi kata dua akan mengadakan piket akhir bulan ini jika Che Khalib tidak berundur dan empat tuntutan utama tidak diselesaikan.

"Sehingga hari ini sebahagian tuntutan selesai. Tetapi kami kena tunggu dan lihat perkembangan susulan," kata Mohd Rozeli, yang juga Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/ceo-tnb-kesatuan-mahu-pm-lantik-orang-dalam-1.21609