Thursday, March 24, 2011

ARAHAN PENGURUSAN-PENANGGUHAN UPDATING CUSTOMER RECORD

Nasib pesara GLC



Ibnu Lazmi

Sewaktu Dr. Mahathir merancang satu dasar kerajaan; iaitu penswastaan, beliau memberikan alasan yang sungguh kukuh iaitu meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengecilkan saiz perkhidmatan awam. Ketika itu kakitangan kerajaan berjumlah 800 ribu orang. Maka bermulalah satu persatu agensi kerajaan diswastakan. Antara yang terawal ialah Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Pos Malaysia. Tercapai atau tidak dasar kerajaan untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam dan meningkatkan mutu perkhidmatan, ianya memerlukan satu kajian dan tulisan lain untuk membincangkannya.

Hasrat kerajaan untuk mewujudkan persaingan yang sihat ternyata tidak menjadi kenyataan. Monopoli tetap wujud walaupun memang ada persaingan. Penswastaan Lebuh Raya Utara Selatan misalnya kepada United Engginering Malaysia Berhad (UEM) yang adalah satu anugerah terbesar kepada UEM yang dikawal oleh Hatibudi Nominees,yang merupakan syarikat pemegang amanah UMNO, parti komponen BN yang menerajui tampuk pemerintahan Negara (Yusof Ismail dan Khayati Ibrahim,2004).

Ini menunjukkan penguasaan kuasa politik dan pentadbiran digunakan untuk mendapatkan kepentingan perniagaan bagi menampung kewangan parti di samping menambahkan kekayaan bagi golongan tertentu serta mengurangkan peluang organisasi lain untuk memperoleh peluang perniagaan. Walaupun mendapat kritikan pelbagai pihak, dasar penswastaan tetap diteruskan sehingga ke hari ini, di samping menimbulkan pelbagai masalah seperti usaha kerajaan Selangor untuk mendapatkan hak membekalkan air Selangor dari pihak Syabas.

Sementara itu, kebanyakan pekerja sektor awam yang diswastakan berasa terancam, manakala sebahagian rakyat Malaysia mengambil sikap apathy (tak apa) atau terus menyokong dasar ini kerana mereka telah bosan dan marah terhadap pembaziran, ketidakcekapan dan rasuah dalam sektor awam. Ramai juga rakyat Malaysia mengaitkan pertumbuhan sektor awam dengan campurtangan kerajaan dan kekuasaan Melayu, kian bertambah di bawah Dasar Ekonomi Baru, dengan demikian menyokong Dasar Penswastaan ini sebagai perubahan dasar yang akan mengurangkan dasar-dasar melampau yang telah menganggu pelaburan dan pertumbuhan ekonomi. Ada juga yang menyalahtafsirkan campurtangan kerajaan sebagai sosialisme, dengan itu menyokong penswastaan sebagai langkah memulihkan kapitalisme yang lebih tulin. Walaupun kapitalisme pemerintah atau Negara tidak bererti sosialisme, ancaman kepada sektor awam terutama perkhidmatan awam, melalui penswastaan mempunyai implikasi kebajikan yang penting untuk rakyat jelata, khasnya pekerja sektor awam, pengguna dan rakyat miskin (Jomo KS,2010).

Kini, Dasar Penswastaan telah berjalan hampir 30 tahun sejak ia mula dirangka oleh MAMPU di bawah jagaan Dr.Mahathir, juga ide dari Dr. Mahathir sejak ia mula diperkenalkan pada 1983. Apakah matlamat utama pensawstaan itu tercapai, umpamanya mengecilkan saiz perkhidmatan dan meningkat mutu perkhidmatan?. Kenyataannya Perkhidmatan Awam kini mempunyai 1.2 juta kakitangan berbanding pada peringkat permulaan era penswastaan hanya 800 ribu orang. Hal ini disebabkan timbulnya jabatan-jabatan dan kementerian baru sesuai dengan perkembangan semasa. Dari segi mutu perkhidmatan ya, mungkin ada peningkatan di samping meningkatkan jumlah konglomerat Bumiputra selaras dengan kehendak DEB. Namun masih terdapat banyak rungutan rakyat marhaen tentang perkhidmatan awam termasuk sektor kesihatan, perguruan,pentadbiran awam dan sebagainya. Bahkan dalam sesetengah keadaan soal politik diserapkan bersama dalam permasalahan perkhidmatan awam. Pelantikan Setiauasa Kerajaan Selangor baru-baru ini memperlihatkan kepentingan politik mengatasi kepentingan pentadbiran awam.

Satu soal yang penting setelah hampir tiga puluh tahun penswastaan, ialah nasib pekerja-pekerja atau kakitangan yang diswastakan. Kini dikatakan kakitangan kerajaan lebih beruntung dari kakitangan swasta terbabit dengan gaji permulaan yang lebih tinggi,elaun yang lebih menarik, kebajikan yang lebih terserlah dan sebagainya. Di peringkat perkeranian umpamanya, kakitangan kerajaan menerima gaji permulaan melebihi RM1000 sebulan berbanding kakitangan syarikat yang diswastakan melalui proses penswastaan. Umpamanya kakitangan Pos Malaysia di peringkat perkeranian hanya menerima RM800 sebagai gaji permulaan. Elaun sewa rumah bagi kakitangan Pos Malaysia (kerani) hanyalah RM150.00 berbanding RM300 bagi kakitangan kerajaan. Begitu juga elaun kolar, atau elaun Bandar, kakitangan Pos Malaysia (kerani) hanya menerima separuh dari apa yang diterima oleh kakitangan awam. Dengan demikian tidak hairanlah jika berlaku penghijrahan semula ke dalam perkhidmatan awam dari Pos Malaysia dan lain-lain syarikat GLC memandangkan kemudahan-kemudahan yang disediakan.
Satu perkara yang lebih penting ialah nasib kakitangan GLC yang telah bersara yang bekerja di zaman swasta dan bekerja di zaman kerajaan. Ertinya mereka merasa bekerja di kedua-dua era, era sebelum penswastaan dan era selepas penswastaan. Mereka ini apabila bersara akan menerima pencen minimum, di sekitar RM200 hingga RM400 sahaja kerana mereka diminta mencarum semula ke dalam skim KWSP sebaik satu-satu syarikat itu diswastakan. Apa yang terjadi ialah simpanan mereka (kerani) tidak melebihi RM200,000 setelah tamat tempuh perkhidmatan. Laporan-laporan yang diterima, termasuk yang didedahkan di mass media tempatan, mereka ini akan kehabisan wang simpanan KWSP dari satu hingga tiga tahun selepas persaraan. Tinggallah pencen minimum meraka di zaman kerajaan dahulu di sekitar RM200- RM400 sebulan. Apakah yang dapat dilakukan dengan wang sebesar itu pada zaman sekarang?

Tanpa pilihan lain, akhirnya pesara-pesara syarikat kerajaan yang diswastakan ini terpaksa bekerja semula demi untuk menyambung sisa-sisa hayat mereka, dalam keadaan kesihatan yang mungkin sudah mula terganggu dan tenaga sudah berkurangan akibat faktor umur. Sesetengahnya terpaksa menjadi pemandu teksi, menjadi jaga (guard), atau terpaksa menjual nasi lemak demi untuk meneruskan survival hidup ini. Tekanan itu menjadi semakin bertambah andainya mereka masih mempunyai anak yang masih bersekolah di peringkat rendah atau menengah. Teknanan menjadi semakin kuat bila anak-anak mereka dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS yang memerlukan pembiayaan yang lebih besar. Pinjaman PTPTN ternyata semakin sukar, dan PTPTN hanya sekadar membayar yuran akademik sahaja, selebihnya soal makan dan tempat tinggal (asrama) terpaksa ditanggung oleh keluarga.

Dengan demikian, apakah kebajikan yang dapat diterima oleh golongan ini? Apakah dasar penswastaan membela hidup mereka terutama selepas bersara? Tuntutan Kesatuan Sekerja untuk mendapatkan pencen dan gaji minimum disambut dengan sikap membisu kerajaan BN. Rasuah yang membarah dan PRU13 yang kian hampir menyebabkan tuntutan itu terbenam dalam fail sahaja. Jadi, di manakah dan siapakah yang untung dalam dasar penswastaan ini?

surat-pembaca&Itemid=46

Wednesday, March 16, 2011

Monday, March 14, 2011

RUNDINGAN PERJANJIAN KOLEKTIF KETUJUH BERMULA


Rundingan Perjanjian Kolektif Ke Tujuh antara TNBJOU dan Tenaga Nasional Berhad telah diadakan pada 7 Mac 2011 di PJ Hilton. Pengurusan TNB diketuai oleh Naib Presiden Sumber Manusia (VPHR) Dato Muhammad Razif Abdul Rahman dan turut disertai pegawai-pegawai Kanan Sumber Manusia, Kewangan dan Perhubungan Perusahaan (IRO). Seramai 16 Ahli Jawatankuasa Perjanjian Kolektif TNBJOU hadir dengan diketuai oleh Presiden –Sdr Mohd Roszeli Majid.

Rundingan telah dimulakan dengan ucapan Naib Presiden Sumber Manusia yang mengalu-alukan kehadiran Jawatankuasa Perjanjian Kolektif TNBJOU dan menggariskan beberapa prinsip-prinsip perundingan Perjanjian Kolektif. Naib Presiden Sumber Manusia turut memaklumkan pasukan rundingan yang diketuai beliau akan melakukan rundingan secara berperingkat dengan TNBJOU, KPPPTNB dan PETNB. Hasil rundingan akan dibawa keperingkat Ahli Lembaga Pengarah TNB untuk pengesahan dan kelulusan sebelum ianya dimuktamatkan. Selain itu beliau juga mencadangkan penubuhan pasukan ‘Task Force’ untuk menyelaraskan rundingan.
Presiden TNBJOU dalam ucapan balasnya telah menyebut beberapa perkara yang menjadi fokus utama Kesatuan dalam Rundingan Perjanjian Kolektif Ke Tujuh ini antaranya adalah :-
1.Merapatkan jurang perbezaan terma dan syarat perkhidmatan yang dinikmati antara pekerja LLN yang berkhidmat di TNB , Pekerja TNB yang dilantik selepas 11 Mac 1994 dan Pekerja-Pekerja yang dilantik pada 1 Januari 2009.
2.Peningkatan kos sara hidup, amalan-amalan Perjanjian Kolektif semasa di pasaran pekerjaan
3.Masalah gaji mati dikalangan majoriti pekerja senior
4.Gaji Minima, Ekonomi semasa Negara serta halatuju syarikat
5.Penyelesaian Anomolies Gaji

Kesatuan telah memajukan 99 artikel mengandungi 41 tanpa pindaan (status quo), 53 dengan pindaan (amendment) dan 5 artikel baru (New Articles). Rundingan seterusnya telah dimulakan dengan pengesahan penerimaan proposal TNBJOU dan penjelasan terhadap justifikasi butiran perubahan artikel dan artikel baru yang dimajukan Kesatuan. Naib Presiden Sumber Manusia memaklumkan pihaknya akan majukan proposal balas cadangan-cadangan Perjanjian Kolektif kepada TNBJOU dalam rundingan berikutnya yang disasarkan akan diadakan pada akhir Mac 2011.

Kedua-dua pihak bersetuju supaya semua butiran terperinci Rundingan Perjanjian Kolektif Ke Tujuh tidak didedahkan sehingga ianya dimenterai sebagai mematuhi etiqa rundingan dan amalan Keharmonian Perhubungan Perusahaan.
Article - Status
1.Parties To The Agreement - Amendment
2.Preamble - Status Quo
3.Title - Status Quo
4.Definitions - Amendment
5.Scope Of Agreement - Amendment
6.Effective Date, Duration And Amendment
Implementation -
7.Modification And Amendment- Status Quo
8.Legislation- Status Quo
9.Interpretation- Amendment
10.Recognition Of The Company- Status Quo
11.Recognition Of The Union- Status Quo
12.Joint Recognition- Amendment
13.Joint Consultative Council- Status Quo
14.Arbitration- Status Quo
15.Check – Off- Status Quo
16.Legal Aid- Status Quo
17.Leave On Trade Union Business- Amendment
18.Probation On Recruitment- Amendment
19.Resignation- Status Quo
20.Promotion And Upgrading- Amendment
21.Transfer And Assignment- Amendment
22.Secondment- Status Quo
23.Salary Grade- KIV
24.Annual Increment- Amendment
25.Bonus- Amendment
26.Workings Hours And Schedule Of Amendment
Working Hours-
27.General Condition For Work Done Amendment
in Excess of Normal Working Hours-
28.The “Hourly Rate” Factor- Amendment
29.Rate Of Overtime On Normal Status Quo
Working Day And Off-Day-
30.Pay For Work On Rest Day- Amendment
31.Pay For Work On Public Holiday- Amendment
32.Public Holidays- Status Quo
33.Annual Leave- Amendment
34.Special Leave- Amendment
35.Study Leave And Examination Status Quo
Leave-
36.Half-Pay Leave- Status Quo
37.Injury Leave- Status Quo
38.Maternity Leave- Status Quo
39.Outstation Transfer Leave- Status Quo
40.Pilgrimage Leave- Status Quo
41.Quarantine Leave- Status Quo
42.Sick Leave- Status Quo
43.Reserve Forces Leave- Status Quo
44.Leave For Participating In
Games Or Sports And Cultural
Activities- Status Quo
45.Leave Prior To Retirement- Status Quo
46.Leave Without Pay- Status Quo
47.Class Of Travel- Amendment
48.Company Approved Travel
Reimbursement- Amendment
49.Driving License Fee Reimbursement- Status Quo
50.Mileage Reimbursement- Amendment
51.Outstation Duty Reimbursements- Amendment
52.Overseas Duty Reimbursements- Amendment
53.Miscellaneous Reimbursements- Status Quo
54.Transfer Reimbursements- Amendment
55.Transfer Grant For Employees
Upon Retirement- Amendment
56.Bicycle Allowance- Status Quo
57.Cashier’s Allowance- Amendment
58.Day Trip Allowance- Amendment
59.Driving Allowance- Amendment
60.Electricity Allowance- Amendment
61.Extra Responsibility Allowance- Amendment
62.Laundry Allowance- Amendment
63.Meal Allowance- Amendment
64.Overseas Outfit Allowance- Status Quo
65.Project Allowance- Status Quo
66.Remote Location Allowance- Amendment
67.Shift Allowance- Amendment
68.Stand-By Allowance Amendment
69.Teaching / Training Incentive
Allowance- Amendment
70.Temporary Acting Allowance- Amendment
71.CIBS Hand Held Terminal Allowance
for Meter Readers- Status Quo
72.Funeral Expenses- Amendment
73.Housing Loan- Status Quo
74.Vehicle Loan- Amendment
75.Personal Computer Loan- Amendment
76.Electrical Appliances Loan- Status Quo
77.Medical Treatment And Medicine- Amendment
78.Hospitalisation- Status Quo
79.Dental Care- Amendment
80.Maternity Charges- Amendment
81.Personal Accident Group Insurance
Benefits - Status Quo
82.Canteen- Status Quo
83.Electricity Deposit- Amendment
84.Holiday Accommodation- Status Quo
85.Uniforms- Amendment
86.Employees Provident Fund- Status Quo
87.List Of Duties And Responsibilities- Status Quo
88.Retirement Age- Amendment
89.Retirement Benefits- Status Quo
90.Retrenchment Benefits- Amendment
91.Death Benefits- Status Quo
92.Disablement Benefits- Amendment
93.Discipline- Amendment
94.Grievance Procedure- Status Quo
1.Housing Subsidy- New Article
2.Eye Health- New Article
3.Image And Productivity Incentive- New Article
4.Insurance Scheme For Medical
Treatment and Medicine- New Article
5.Meter Reading Incentive Allowance- New Article

Status Quo- Artikel-artikel tanpa pindaan adalah merupakan artikel sedia ada yang dikekalkan tanpa sebarang pindaan
Amendment- Artikel-artikel yang dicadangkan untuk perubahan termasuklah kenaikan kadar, pindaan/tambahan ayat,tambahan kemudahan dan penambaikan sejajar dengan pekeliling dan memo sedia ada dalam operasi syarikat.
New Articles- Proposal artikel-artikel baru yang dikemukakan untuk rundingan

Semua 99 artikel yang dicadangkan telah dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Kerja (EXCO) pada pertengahan Januari 2011 serta mendapat pengesahan untuk di rundingkan dalam majlis Perundingan Perjanjian Kolektif Ke Tujuh. TNBJOU akan melaporkan semula hasil rundingan tersebut kepada Majlis Kerja (EXCO) sebagaimana yang telah dipersetujui apabila ianya dimuktamatkan kelak. Ahli-ahli diminta bersabar dan mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kesatuan bagi mengelakkan sebarang khabar angin atau info yang tidak tepat.Sebagai rekod Perjanjian Kolektif KeEnam (2008-2010) telah dimuktamatkan dan ditandatangani pada 3 November 2008.