Thursday, August 26, 2010

TNB BAYAR BONUS SYARIKAT 1/2 BULAN GAJI (MIN RM600/MAX RM5000) BAYAR PADA 1 SEPT 2010

26 Ogos 2010 Kuala Lumpur - Naib Presiden Sumber Manusia Kumpulan TNB – Tn Hj Muhammad Razif Abdul Rahman memaklumkan kepada pemimpin Kesatuan/Persatuan TNB bahawa Ahli Lembaga Pengarah TNB telah meluluskan pembayaran Bonus Syarikat tahun Kewangan 2009/2010 bersamaan dengan 0.50 bulan gaji pokok (1/2 bulan gaji) berdasarkan kepada gaji pokok yang telah dibayar pada bulan Ogos 2010 tertakluk kepada bayaran minimum sebanyak RM600.00 dan bayaran maksimum sebanyak RM5000.00. Pembayaran Bonus Syarikat ini adalah bagi tempoh 1 September 2009 hingga 31 Ogos 2010 (Tahun Kewangan 2009/2010) kepada semua pekerja TNB yang layak.

Bonus Syarikat ini tidak berdasarkan kepada PMS tetapi dibayar kepada semua pekerja yang layak. Pembayaran Bonus Syarikat ini adalah sebagai ganjaran tambahan untuk menghargai sumbangan pekerja-pekerja TNB supaya terus berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Semua pekerja tetap dan kontrak yang dilantik oleh TNB yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 bulan dalam Tahun Kewangan 2009/2010 adalah layak dibayar Bonus Syarikat ini. Pembayaran Bonus Syarikat ini juga adalah tertakluk kepada potongan cukai pendapatan dan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Pembayaran Bonus Syarikat akan dilakukan pada 1 September 2010 kepada semua pekerja yang layak. TNBJOU merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Ahli Lembaga Pengarah Dan Pengurusan TNB melalui pengumuman awal ini yang sememangnya sedang ditunggu-tunggu oleh anggota kerja .

Friday, August 20, 2010



CUTI GANTIAN HARI RAYA AIDILFITRI


Berikut adalah keputusan yang diperolehi melalui rujukan yang dibuat dengan pihak Pengurus Kanan Perhubungan Perusahaan Bhg Sumber Manusia Korporat TNB.

TNB tidak akan mengistiharkan hari Isnin (13 sept 2010) sebagai Cuti Gantian kerana kepentingan operasi syarikat kepada pengguna. Ketua Jabatan hendaklah memutuskan caramana cuti gantian diberikan kepada anggota kerjanya seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil BE 5 Tahun 2009. Sekiranya ada mana-mana Ketua Jabatan yang berhasrat untuk mengistiharkan hari Isnin (13 sept 2010) sebagai Cuti Gantian dan menutup operasinya maka ianya adalah di bawah budibicara Ketua Jabatan tersebut tertakluk pada operasi Jabatan yang terlibat.Sekian untuk penjelasan semua.

RAYUAN KUP

Ambillah peluang untuk membuat rayuan KUP kerana ianya adalah salah satu alternative untuk kenaikan pangkat yang ada dalam sistem haluan kerjaya di TNB malahan kepada yang berjaya akan menikmati pelarasan gaji sebanyak 15%. Srmua Rayuan KUP hendaklah dimajukan ke Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia), Bahagian Sumber Manusia TNB, Ibu Pejabat, Kuala Lumpur selewat-lewatnya pada 20 Ogos 2010

BONUS SYARIKAT

Ahli Lembaga Pengarah hanya akan bermesyuarat pada 26/8/2010 untuk membincangkan kertas proposal bayaran Bonus Syarikat kepada pekerja TNB menjelang perayaan. Ini bermakna bayaran bonus syarikat TIDAK akan dibayar sebelum 26/8/2010 kecuali kelulusan awal diperolehi.

Gaji dijangka akan dibayar sebelum atau pada 26/8.2010 manakala bonus syarikat hanya akan dibayar selepas tarikh 26/8/2010 (jika lulus). Untuk rekod pada tahun 2009, TNB membayar bersamaan dengan 0.4% gaji bulanan utk bonus syarikat pada semua pekerja dan difahamkan proposal bayaran pada tahun ini adalah lebih baik dari kadar pada 2009.

Pihak TNBJOU tidak bertanggungjawab diatas edaran e-mail yang berleluasa berhubung pelbagai spekulasi berkaitan bayaran bonus syarikat pada tahun ini.

'Pindaan Akta Pekerja hanya untungkan majikan' - Abdul Rahim Sabri

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendesak kerajaan menghentikan kesemua pindaan akta yang melibatkan kepentingan pekerja kerana ia didakwa lebih menindas dan mengurangkan hak-hak sedia ada mereka.

Pengerusi PSM Dr Nasir Hashim (kanan) mendakwa, cadangan pindaan Akta Pekerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 itu hanya memberi kelebihan kepada majikan.

"Rakyat menderita kerana hak mereka akan ditarik balik," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PSM di Brickfields, Kuala Lumpur.

"(Kita) kembali ke zaman penghambaan sedangkan kita mengganggap pekerja sebagai tulang belakang negara dan bukan komoditi."

PSM sebaliknya mendesak kerajaan sekali lagi memperkenalkan akta gaji minumum, pendaftaran autormatik dalam kesatuan sekerja dan mengutamakan gaji pekerja daripada pembayaran hutang syarikat.

Dalam sidang media yang sama, ahli jawatankuasa PSM V Selvam mendakwa cadangan pindaan itu dibuat dengan tidak mengambilkira pandangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan NGO terbabit.

Menurut Selvam (kiri sekali), antara cadangan pindaan yang harus ditolak antaranya dalam Seksyen 19 Akta Kerja 1955 didakwa membenarkan majikan melewatkan pembayaran gaji kerja lebih masa sehingga tempoh 30 hari.

"Sekarang ini, gaji lebih masa dibayar dalam tempoh tujuh hari. Kebanyakan pekerja di Malaysia bergantung kepada gaji itu supaya tanggungan mencukupi," katanya.

Manakala, dalam Seksyen 60A akta yang sama pula didakwa membenarkan majikan menentukan waktu bekerja yang "tidak munasabah" apabila pekerja boleh memulakan tugas seawal jam 5 pagi, dakwanya.

Sementara itu, mengulas mengenai gaji minimum, Dr Nasir berkata cadangan jumlah RM1,500 yang diperjuangkan mereka amat bersifat anjal.

Beliau yang juga Adun Kota Damansara berkata, dalam keadaan ekonomi tertentu, seperti inflasi atau peningkatan taraf hidup, nilainya harus berubah.

"(Tetapi) ia tidak boleh dikurangkan daripada jumlah tersebut," jelasnya.

http://www.malaysiakini.com/news/140515

Tuesday, August 3, 2010

ISU KEJANGGALAN GAJI KESAN SKIM PERKHIDMATAN BARU 2001 (dahulunya dikenali sebagai 'Anomolies)...

Naib Presiden Sumber Manusia-Tn Hj Muhammad Razif Abdul Rahman dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Bersama antara TNBJOU dan Bahagian Sumber Manusia Korporat(JCC Korporat)telah memaklumkan isu kejanggalan gaji kesan pelaksanaan Skim Perkhidmatan Baru 2001 sedang diambil tindakan oleh pihaknya.

Beliau turut memaklumkan 'kertas' berhubung isu tersebut telah disediakan dan dalam proses untuk mendapatkan persetujuan dan kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi TNB. Mereka yang terlibat dalam isu ini adalah anggota kerja yang telah dinaikkan pangkat bermula dari tahun 1990 hingga 31 December 2000. Naib Presiden Sumber Manusia tidak memperincikan butiran kandungan 'kertas' cadangan penyelesaian tersebut. Dalam ulasannya VPHR telah memaklumkan isu ini sudah terlalu lama berlarutan dan beliau berhasrat untuk membantu mencari solusi bagi penyelesaiannya supaya ianya tidak lagi menimbulkan keresahan dikalangan anggota kerja yang terlibat.

Adalah dijangkakan penyelesaian isu ini tidak akan dapat menyelesaikan keseluruhan rungutan anggota kerja yang terlibat tetapi sekurang-kurangnya ia merupakan satu anjakan terhadap makanisma penyelesaian yang diusahakan secara bersama antara Kesatuan dan Pengurusan TNB. Walauapapun keputusan isu ini akan diputuskan kelak, ianya haruslah memperlihatkan keprihatinan Syarikat & Kesatuan dalam mencari jalan penyelesaian bersama sesuai dengan amalan Keharmonian Perhubungan Perusahaan.

PROSES RAYUAN KUP 2010

Mesyuarat Majlis Perundingan Bersama Peringkat Korporat (JCC Corporate) yang diadakan antara TNBJOU dan Bahagian Sumber Manusia Kumpulan telah memutuskan Proses Rayuan Untuk Kenaikan Pangkat KUP akan diadakan dalam masa terdekat. VPHR Tn Hj Muhammad Razif Abdul Rahman dalam mesyuarat JCC Peringkat Korporat pada 2 Ogos 2010 telah memaklumkan surat makluman untuk anggota kerja yang berjaya ditawarkan kenaikan pangkat KUP telah dikeluarkan baru-baru ini. Sehubungan itu seramai 149 (67%) pekerja (PS & PP) yang berusia 50 tahun dan keatas serta 74 (33%) pekerja berusia di bawah 50 tahun telah diluluskan kenaikan pangkat secara KUP.

Pihak Sumber Manusia Kumpulan TNB akan mengedarkan Format BORANG RAYUAN RASMI KUP untuk diisi oleh pekerja-pekerja yang gagal dalam proses kenaikan KUP dan ingin membuat rayuan.Borang ini difahamkan akan dipaparkan dalam LIVEWIRE TNB. Edaran borang ini adalah untuk menyeragamkan format rayuan kepada pekerja-pekerja yang berhasrat membuat rayuan KUP. Semua ahli TNBJOU yang telah memajukan borang rayuan (yang diedarkan Kesatuan pada masa lepas) adalah diWAJIBKAN mengisi BORANG RAYUAN RASMI KUP yang akan dikeluarkan oleh TNB dalam masa terdekat.

Semua borang Rayuan rasmi yang telah dimajukan ke Bahagian Sumber Manusia Kumpulan kelak akan disemak dan disaring sebelum proses temubual dilakukan. Kerjasama semua Pegawai Kesatuan Cawangan untuk menghebahkan makluman ini kepada semua ahli-ahli amatlah dihargai.